Bab 14

56K 1K 112
                                    


Rambut lurus yang lebat itu ditocangkan kemas, tetapi Yusuf yakin itu memang 'dia'. Menyedari hakikat itu, jantungnya mulai berdegup kencang. Inilah saat-saat yang dinantikannya setelah pencariannya yang tidak membuahkan hasil selama berbulan-bulan ini.

Dia bernasib baik akhirnya penyiasat yang diupah menemui seseorang yang dikatakan kelihatan seperti Zaliya berada di Mentakab dan bekerja sebagai pelayan sebuah cafe. Kali ini dia perlu memastikan keberadaan Zaliya itu dengan mata kepalanya sendiri. Disebabkan itu, awal pagi lagi dia sudah bertolak dari rumahnya dan sekitar jam 11 pagi dia sudah sampai ke negeri Pahang. Lebih tepat lagi, dia sudah terpacak di Mentakab Mall untuk berjumpa dengan Zaliya.

Ada sebab mengapa dia bersusah payah mencari Zaliya. Ada sesuatu yang dirasakan tidak kena dengan seluruh situasi ini. Dia teringat kembali saat pertemuannya dengan Khairil ketika dia memutuskan untuk pergi bersemuka dengan lelaki itu hampir dua bulan lepas.

*****

"Aku nak cakap dengan kau"

Khairil yang baru sahaja memarkir motosikalnya terkejut apabila disergah dari belakang.

"Abang Is?" Khairil terkejut dengan kehadiran Yusuf Iskandar di kampusnya, tambahan kali terakhir dia menemui lelaki itu lebih setahun lepas.

Dengan tergesa-gesa dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Yusuf, sebaliknya dia sedikit terkedu apabila Yusuf hanya memandangnya dingin tanpa menyambut tangannya.

"Aku bukan abang kau!" Sedikit terkejut dengan nada bengis Yusuf yang tidak pernah dipamerkan sebelum ini.

"Err.. nak cakap pasal apa?" Khairil hanya tersenyum sedikit sebagai tanda dia masih hormat kepada orang yang lebih tua darinya.

"Kau jangan nak berpura-pura baik depan aku. Kau ingat aku akan biar je kau terlepas lepas apa dah buat pada Nina?" Kali ini Khairil tersentak.

Nama Nina sudah lama tidak disebut oleh sesiapa sejak kejadian tahun lepas. Wajahnya semakin beriak duka.

Luka pedih dari sebuah pengkhianatan terasa masih segar menoreh jantungnya, tetapi cinta di dalam hatinya tetap utuh dan belum terkubur buat cinta pertamanya itu.

"Nina.. Nina apa khabar?" soal Khairil perlahan, dia mencuba sedaya upaya menyembunyikan simpulan sebuah rasa di dalam jiwanya.

"Nina dah mati!" Getus Yusuf kasar.

"Abang Is!" Khairil terkejut dengan kata-kata Iskandar yang baginya terlalu kasar, seoalah-olah mendoakan kecelakaan adiknya sendiri.

"Kau tak perlu tahu pasal Nina. Apa yang kau buat pada Nina, itulah yang aku akan pada Zaliya. Biar korang berdua rasa apa yang aku rasa," bisik Yusuf pada Khairil yang memandangnya terpinga-pinga.

 Biar korang berdua rasa apa yang aku rasa," bisik Yusuf pada Khairil yang memandangnya terpinga-pinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Zaliya? Apa maksud abang?"

Bosan dengan sikap Khairil yang hipokrit itu, kemarahan Yusuf semakin meluap-luap.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now