Bab 24 (mature content)

36.4K 473 60
                                    

"Kenapa awak kat sini??" Zaliya gugup.

"Tempat seorang isteri ialah di sisi suaminya, Zaliya.."

"Tapi.." otak Zaliya berfikir keras, mencari alasan yang masuk akal untuk dia menolak Yusuf.

"Saya tak.. tak boleh.." dia tidak berapa sihat bukan? Pasti doktor tidak akan membenarkan dia melakukan 'aktiviti suami isteri' dalam keadaan seperti ini kan?

"Tapi.. nanti doktor.."

"Kenapa? Ingat aku nak ganas-ganas ke?" Yusuf angkat sebelah keningnya sambil menatap wajah resah itu.

Merah padam wajah Zaliya. Dasar fikiran kotor!

"Bukan.. saya.." kali ini dia mati kutu.

"Kau nak menolak suami? Dah lupa ke kita dah kahwin?"

Yusuf tergelak kecil melihat Zaliya terpinga-pinga sambil perlahan-lahan mengundur ke belakang.

Kasihan bercampur terhibur melihat wajah panik Zaliya, Yusuf menepuk katil, "dahlah, jom tidur. Kau pun mesti penat kan?"

Yusuf meletakkan bantal peluk di tengah-tengah katil lalu kembali berbaring.

"Awak..?"

Yusuf kembali membuka matanya apabila mendengar suara Zaliya.

"Kenapa?"

"Kenapa awak tidur sini?" Soal Zaliya perlahan.

"Saja, nak tukar angin," Yusuf memandang Zaliya tidak berkelip.

Tidak selesa, Zaliya menyilangkan tangannya menutup dada.

"Dah, pergi pakai baju pastu tidur.." lalu Yusuf membalikkan tubuhnya. 

Zaliya terpinga-pinga. Dasar!

*********

"Jangan gerak.. this is nice.." Zaliya yang baru terjaga mengangkat kepalanya dan memandang wajah Yusuf. Tubuhnya terasa terperangkap di dalam tubuh hangat seseorang.

Sepasang mata yang sedang merenungnya itu sedikit kuyu, masih bersisa mengantuk. Namun kelihatannya seperti Yusuf sudah terjaga terlebih dahulu darinya dan seluruh tubuh sasa lelaki itu sedang memeluk tubuh Zaliya.

Masih sedikit mamai, Zaliya cemas dan cuba untuk menjarakkan tubuhnya, tetapi semakin Zaliya berusaha, semakin tubuhnya didakap erat.

"A few seconds more please.." kali ini Zaliya hanya membiarkan sahaja perbuatan Yusuf, tidak berdaya untuk menolak.

"Satu benda yang tak berubah.." perlahan ucap Yusuf sambil jarinya menyentuh perlahan pipi Zaliya.

"Kau still cantik bila bangun tidur.." Yusuf hanya merenung wajah Zaliya, pandangannya sukar dimengertikan.

Tenggelam di dalam lautan madah Yusuf, hatinya tersentuh dengan ketulusan suara Yusuf ketika itu. 

Sebelum sempat Zaliya mempersoalkan akal warasnya, dia perlahan-lahan mendekatkan wajahnya ke wajah Yusuf. Tanpa dirancang, bibirnya mendarat ke arah bibir Yusuf. Perlahan, namun tepat.

Yusuf sepertinya agak terkejut dengan tindakan tidak terduga Zaliya, namun dia tidak menolak.

Langsung tidak menolak.

Yusuf tidak bergerak, membiarkan Zaliya meneroka wajahnya dengan bibir halus itu. Lengan kekarnya menggenggam bahu isterinya, lalu tangannya melingkari Zaliya untuk merapatkan jarak tubuh itu kepadanya.

Yusuf membuka sedikit bibir, membalas ciuman Zaliya. Lembut dan perlahan pada mulanya, namun rentaknya semakin rancak. Nafasnya semakin pantas dan hangat. 

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now