Bab 31

3.3K 166 20
                                    

"Rizal, aku buntu.." luah Yusuf perlahan sambil pandangannya kosong menekur lantai.

"What happened?" soal Rizal kehairanan.

Umumnya, dia tahu situasi rumahtangga Yusuf yang berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarganya. Namun, dia tidak pernah bertanya apa-apa sesudah majlis pernikahan Yusuf lebih sebulan lepas, atas dasar menghormati kehidupan peribadi Yusuf.

Yusuf kembali memandang Rizal, lalu mengeluh dan meraup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

"Zaliya..she.." kata-kata Yusuf terhenti disitu. Dia lalu kembali menundukkan pandangan, cuba menahan emosinya yang meruntun, lalu menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Perlahan-lahan Rizal mendekati jejaka itu, lalu duduk di kerusi bersebelah Yusuf, "apa yang dah berlaku Is? Is she sick?" soalnya khuatir melihat Yusuf berterus-terusan mengeluh.

"Our marriage is impossible. It's impossible, Rizal.."

Terperanjat dengan kenyataan Yusuf, Rizal perlahan-lahan bersuara, "what actually happened, Is?"

Yusuf menarik nafas dalam-dalam, mengelipkan mata berkali-kali menghapuskan bibit air mata yang hampir tumpah di tubir matanya. Dia memandang wajah rakannya itu sebelum membuka mulut.

"Zaliya tak nak terima aku sebagai suami, Rizal.." luah Yusuf perlahan, penuh kekecewaan.

Dia tahu Yusuf hanya menginginkan seseorang untuk mengadu. Jadi, dia hanya diam, menunggu Yusuf menyambung ceritanya.

"and parents aku, kalau diorang tahu, diorang takkan terima Zaliya sebagai menantu. And now Delima.. Gosh.." Yusuf kembali meraup wajahnya, hatinya benar-benar berkecamuk.

"Delima?" Rizal agak terkejut mendengar nama yang sangat dia kenali itu.

Apakah kaitan Delima dengan semua ini?

Seolah-olah faham persoalan di minda Rizal, Yusuf kembali menyambung, "she comes back, demanding that I get married to her, Rizal. And dia dah jumpa parents aku, mengadu aku yang rosakkan dia."

"What??"

"Dan mak ayah aku desak aku nikah dengan Delima," sambung Yusuf lagi.

".. and Zaliya, dia langsung tak boleh maafkan aku. Dia benci aku. Pandang muka aku pun dia tak nak. Hari-hari dia nangis sebab aku, Rizal.."

"..she's not well, she's not supposed to be sad like this everyday. Kalau dia tahu pasal Delima and this problem, aku takut dia makin sedih and jatuh sakit."

"..I don't know what to do, Rizal. " suaranya semakin parau.

Setitis dua air mata lelakinya berderai menuruni pipi, ibarat hilang sudah rasa malunya di hadapan Rizal. Yang tinggal cumalah resah dan putus asa.

Rizal memandang Yusuf penuh simpati, lalu menepuk perlahan bahu Yusuf.

"Ask for your wife's forgiveness, Is. And never give up. Ask for it everyday. Make up for your mistakes, even if it costs you your pride.. It eats at you...your guilt clouds everything in your life now,"

"Jujurlah dengan parents kau, Is. Tell them kau dah kahwin dengan Zaliya. The best you could do now is to angkat status Zaliya as your wife, bukan isteri sembunyi-sembunyi macam sekarang.

"I know I should, Rizal," Yusuf akur dengan nasihat rakannya itu.

"Berdoa banyak-banyak. Kumpulkan kekuatan dan semangat secepat mungkin, Is."

"We are men, we're born to be protectors. Your wife is at her lowest point of her life now. Your baby is the priority now. And Zaliya hanya ada kau sorang je to take care of her, sama ada dia suka atau tak. Kau pun takde options lain but to take care of her as a husband.."

"Aku doakan Tuhan bukak jalan for your marriage, Is."

Saat Yusuf menatap mata Rizal mencari kepastian, Rizal menganggukkan kepalanya lalu menepuk bahu rakannya itu, memberikan semangat dari seorang sahabat.

Belum sempat Yusuf membalas jata-kata Rizal, deringan telefon Yusuf yang nyaring mengejutkan kedua-kedua mereka.

"Yusuf.." panggilan telefon dari Zaliya itu mengejutkan Yusuf.

Suara itu kedengaran seperti sedang ketakutan. Hati Yusuf berdetik bimbang.

"Ada apa Zaliya?" belum mendengar jawapan dari Zaliya, Yusuf sudah bingkas berdiri.

"Bo..boleh awak balik sekarang?" suara Zaliya yang terketar-ketar itu membuat Yusuf semakin tidak senang duduk.

"What happened?! Kau sakit ke" soal Yusuf semakin lantang.

"Please balik sekarang.." tidak sempat Yusuf menjawab apa-apa, talian sudah dimatikan.

"Zaliya, Zaliya?" Yusuf semakin tidak keruan. Jantungnya berdegup kencang.

"Kenapa Is?" Soal Rizal, khuatir melihat Yusuf menjadi cemas tiba-tiba.

Tidak menjawab pertanyaan Rizal, Yusuf sebaliknya bingkas menuju ke arah meja kerjanya, mencapai dompet dan kunci keretanya

"Rizal I need to go back. Zaliya... I don't know what heppened to her.."

"Be safe Is, don't drive too fast.." belum sempat Rizal menghabiskan kata-kata, Yusuf sudah bingkas berlari meninggalkan Rizal terpinga-pinga.

**********

Zaliya yang sedang menonton televisyen dikejutkan dengan ketukan kuat di pintu. Dia sedikit kehairanan kerana tidak pernah-pernah Yusuf mengetuk pintu setiap kali dia pulang ke rumah. Biasanya Yusuf hanya akan terus masuk dan menuju ke dapur, sebelum memanggilnya untuk makan bersama.

Dikerling jam di dinding. Pukul 11 pagi. Masih terlalu awal untuk Yusuf pulang menghantar makanan tengahari. Mungkin Yusuf membuat pesanan makanan untuknya dari Grab atau Foodpanda, getus hati Zaliya ketika itu.

Sepertinya Zaliya terlupa bahawa kondo Yusuf yang sedang didiami itu sebenarnya tidak membenarkan penghantar makanan untuk naik sehingga ke tingkat atas, sebaliknya mereka hanya dibenarkan untuk menghantar makanan di lobi sahaja.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Zaliya perlahan-lahan berdiri lalu menapak ke arah pintu. Belum sempat dia menapak jauh dari sofa di tengah ruang tamu itu, tiba-tiba pintu dibuka dari luar.

Jantung Zaliya hampir terlompat keluar dari dadanya. Ketika itu dia hanya mampu mengesyaki rumah itu dimasuki perompak. Meskipun otaknya mengarahkannya untuk lari dan menyembunyikan diri penceroboh yang mungkin membahayakan keselamatannya, namun kakinya seolah-olah terpaku di situ, sambil kedua-kedua tanganya dibawa melindungi kandungannya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain dari itu.

Saat dua sosok manusia yang tidak dikenali membuka pintu dan menapak ke dalam rumah itu, Zaliya menjerit nyaring, penuh ketakutan.


bersambung...



15.05.2024

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now