Bab 11

56K 558 81
                                    

Cumbu rayu Yusuf hanya dibiarkan dengan pasrah. Zaliya tahu dia tidak mungkin mampu menolak keinginan Yusuf meskipun dia mencuba sehabis tenaganya. Dengan kudratnya yang sangat sedikit tersisa akibat demam yang dihadapinya sejak semalam, semakin tidak memungkinkan dia menolak kehendak Yusuf yang kini semakin galak menanggalkan pakaiannya satu persatu.

Jari kasar itu bergerak perlahan menanggalkan butang baju tidurnya, seakan-akan cuba menyiksa gelora jiwanya. Tidak tahan dengan godaan demi godaan serta ciuman hangat Yusuf dari wajah hingga ke lehernya, Zaliya memejamkan mata. Bibirnya diketap kuat, cuba mengawal desah nafasnya. Saat jemari kasar itu mula mengusap dadanya, pertahanan Zaliya mulai roboh. Sedikit demi sedikit usapan mesra itu membuka jiwa dan raganya. Setitis air matanya jatuh mengenangkan kelemahan dan kebodohannya.

 Setitis air matanya jatuh mengenangkan kelemahan dan kebodohannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yusuf tahu Zaliya masih belum sihat sepenuhnya. Badannya masih terasa suam, meskipun tidak lagi panas seperti sebelumnya. Dia tahu tindakannya yang cuba untuk mendatangi Zaliya ketika gadis itu masih dalam keadaan lemah itu adalah tindakan yang sangat dayus. Dayus dan mementingkan diri sendiri. Namun naluri lelakinya yang meruntun tidak dapat dia tahan lagi. Tubuh yang sedang erat di dalam pelukannya itu dipergunakannya sepuas-puasnya untuk memenuhi kehendaknya yang meronta.

Zaliya seakan-akan dadah yang membuatnya mahukan lagi dan lagi. Dia tidak pernah merasakan keadaan ini dengan mana-mana wanita sebelum ini, sehingga dia merasa sudah kecanduan dengan pesona Zaliya. Gadis itu begitu kuat meskipun terlihat lemah lembut. Penuh dengan penentangan dan perjuangan meski berkali-kali dia dilecehkan dan direndah-rendahkan olehnya. Sifat itulah yang membuat dia ingin terus mencuba menguasai Zaliya sehingga gadis itu akhirnya akur dan tunduk kepadanya.

Perhatian Yusuf kini kembali pada sekujur tubuh yang terbaring lesu di bawahnya. Kedua-dua tangan Zaliya terletak tidak berdaya di sisi kepalanya. Pandangan matanya tertancap pada wajah Zaliya yang kini sudah terlena. Sedikit sisa air mata itu disapu perlahan dengan ibu jarinya lalu dicium kedua kelopak mata yang sedang terpejam erat itu perlahan. Jari kasarnya kini turun mengusap kesan merah bekas ciumannya pada dada kiri milik Zaliya. Esok kesannya pasti membiru dan Zaliya mesti akan semakin membencinya setiap kali melihat kesan-kesan yang ditinggalkan pada tubuhnya.

Yusuf mengeluh berat lalu menatap wajah Zaliya yang sedang terlena. "I'm sorry Zaliya..." bisik Yusuf perlahan lalu dia mengalihkan tubuhnya ke sisi Zaliya dan menyelimuti kedua-dua tubuh mereka yang terdedah.

Dipeluk erat tubuh kecil itu, lalu dikucup bahu Zaliya berkali-kali. Aroma tubuh gadis itu dihirup dalam-dalam untuk disimpan di dalam ingatannya. Malam ini perasaannya bercampur-baur, menyiksa emosinya sehingga menyesakkan ruang dalam dadanya.

Gaya percintaannya malam ini juga sangat berbeza, malahan dia yakin Zaliya turut merasakan perbezaan ini, kerana ada ketika Zaliya turut membalas ciumannya dengan keghairahan yang sama. Dieratkan pelukannya pada tubuh Zaliya, lalu dia membisikkan lagi kata-kata maaf sehingga dia sendiri terlelap ditelan mimpi.

*****

Zaliya terpinga-pinga melihat keadaan bilik yang sepertinya diserang garuda ketika dia terjaga. Apa yang sudah berlaku?

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now