Bab 7 (mature content)

125K 806 56
                                    


"Saya dah.. err.. dah siap kemas" ujar Zaliya perlahan.

"Naik atas" tanpa menoleh, Yusuf memberi arahan. Matanya masih fokus kepada laptop di hadapannya.

Berharap Zaliya akur dengan perintahnya, Yusuf panggung kepala ketika Zaliya sebaliknya menjawab perlahan, "Saya tak nak naik atas.."

"Jangan mengada. Aku banyak kerja ni" tajam mata Yusuf menikam pandangan mata Zaliya yang memandangnya sayu.

"Please, awak janji awak akan lepaskan saya kalau saya buat apa yang awak suruh" rayu Zaliya lagi.

Sedikit jengkel dengan sikap degil gadis itu, Yusuf lalu mendekati Zaliya yang kini sedang berdiri bersebelahan tangga.

Melihat Yusuf mendekat, tangan Zaliya semakin kuat menggenggam pemegang tangga itu, risau dihukum di atas kedegilannya.

"Kau dengar sini. Aku kurung kau kat sini, bagi kau makan, suruh layan aku sorang pun kau dah cukup beruntung tahu?"

Zaliya hanya menundukkan pandangannya ketika Yusuf mencengkam kuat kedua-dua belah bahunya, menyedarkannya akan tempatnya di dalam rumah ini.

"Kalau ikutkan hati aku, nak je aku ikat campak ke lombong. Tapi.."

Yusuf memandang tubuh itu dari atas ke bawah berulang-ulang kali.

"..kau terlalu cantik untuk disia-siakan macam tu. Tengoklah macam mana bila aku dah puas nanti" ujar Yusuf sambil menyeringai.

Zaliya hanya terduduk sambil menangis teresak-esak, dia masih enggan mempercayai nasibnya seburuk ini.

Tidak mahu dipengaruhi oleh tangisan Zaliya, Yusuf terus mengherdiknya "Tunggu apa lagi? Aku cakap naik, naiklah!"

Perlahan-lahan Zaliya menyapu air matanya, meskipun tangisannya hampir tidak mampu dia hentikan, lalu perlahan kakinya menapak ke arah anak tangga.

Yusuf berpaling lalu kembali ke sofa di ruang tamu yang dia diami tadi. Dia memicit perlahan kening dan dahinya, pening dengan semua ini. Sudahlah kerjanya banyak, rehat pun tidak sempat. Sekarang mahu melayan karenah perempuan itu lagi.

Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggungnya ke sofa, Yusuf berpaling ketika bunyi dentuman kuat dari tangga menyapa telinganya.

Matanya terbuntang ketika melihat Zaliya kini berada di anak tangga yang paling bawah, terkulai layu dengan wajahnya berdarah. Wajah Yusuf sudah pucat lesi dengan pemandangan di hadapannya. Apa yang sudah berlaku?!!

Bingkas dia berlari ke arah Zaliya yang sedang terbaring lesu "Zaliya! Zaliya?" Berkali-kali dia menepuk-nepuk perlahan pipi Zaliya yang terasa sejuk dan kelihatan pucat itu.

Yusuf semakin panik ketika Zaliya langsung tidak memberi apa-apa respon terhadap sentuhannya, sebaliknya tubuh Zaliya dirasakan semakin sejuk.

"Ya Allah.. Zaliya! Bangun Zaliya! Please, aku minta maaf" tanpa sedar Yusuf merayu Zaliya yang berada di dalam rangkulannya.

Jari telunjuk dan jari tengahnya menekap kuat pada pergelangan tangan Zaliya.

Nadinya masih berdenyut!

Dengan bersusah payah Yusuf mengangkat tubuh gadis itu lalu diletakkan di tempat duduk penumpang di dalam keretanya. Sebaik sahaja menghidupkan enjin, terus dia meluncur laju membelah jalan sambil tangannya menggenggam kuat tangan Zaliya yang sejuk seperti ais. Dia perlu cepat sampai ke hospital. Tuala putih kecil yang digunakan untuk menekap kepala Zaliya juga kini sudah lencun dan bertukar menjadi warna merah.

'Ya Allah, maafkan aku Ya Allah.. Aku berdosa!' detak hati Yusuf kini merayu agar Tuhan memaafkan perbuatanya terhadap Zaliya.

"Zaliya, bangun please.. Jangan buat aku macam ni" Yusuf terus merayu ketika Zaliya masih langsung tidak menunjukkan sebarang tanda untuk terjaga. Jari-jemari itu dikucup berkali-kali lalu diletakkan ke dadanya, langsung tidak dilepaskan sambil dia memecut laju.

Dendam BerahiOnde histórias criam vida. Descubra agora