Bab 30 (short chapter)

7.1K 214 34
                                    

Jalan cerita antara dia dengan Zaliya semakin berliku. Saat dia merasakan hubungan mereka mula membaik, saat itu jugalah perihal Delima timbul kembali, lantas mengaburi jalan yang sedang dia dan Zaliya lalui.

Panggilan telefon Delima tempoh hari mendesaknya untuk bertanggungjawab membuat Yusuf semakin tidak senang duduk. Sebelum itu, ibu bapanya yang mendesaknya menikahi Delima. Kini, Delima pula yang saban hari mulai kerap mengganggunya.

Yusuf resah.

Dia mengeluh perlahan sambil mengeratkan dakapannya ke tubuh Zaliya yang masih ditelan lelap. Kehendaknya sudah dipenuhi semalam tetapi pagi yang dingin ini membuat keinginannya bangkit lagi. Namun begitu, dia tidak mahu mengejutkan Zaliya yang masih terlena.

Dia menatap dalam-dalam wajah Zaliya yang masih lagi nyenyak dibuai mimpi. Gagal menahan diri, dia lalu mencium perlahan pelipis Zaliya. Melihat dahi itu sedikit berkerut, Yusuf tersenyum lalu membelai pipi halus itu.

Kepala Zaliya bergerak perlahan, menandakan dia sudah hampir terjaga. Yusuf mendekatkan wajahnya, ingin mengucup bibir halus itu.

Tiba-tiba mata bundar itu terbuka. Dua pasang mata saling bertatapan.

Tanpa bicara, Yusuf menghadiahkan sebuah senyuman pagi yang paling manis buat insan yang sedang berada di dalam dakapannya.

Dari renungan mata dan bahasa tubuh Yusuf, Zaliya faham kehendak lelaki itu. Dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya semalam. Sebesar manakah ketamakan Yusuf yang ingin terus mencicipi tubuhnya lagi dan lagi?  Angin Yusuf kelihatan tidak berapa baik sejak kebelakangan ini, dan dia seperti mengelak berbicara panjang dengannya. Sebaliknya, ketika malam menjelma, Yusuf akan mendatanginya berkali-kali tanpa jemu.

Adakah Yusuf hanya menganggapnya sebagai pemuas nafsu sahaja sepanjang dia berasa di sini? Hati Zaliya merintih sendiri.

Serta-merta suasana hatinya menjadi mendung, semendung cuaca pagi itu.
Tidak membalas senyuman Yusuf, Zaliya sebaliknya cuba merenggangkan pelukan Yusuf.

Tidak mahu berputus asa dengan tindak balas dingin Zaliya, Yusuf kembali membawa tubuh itu ke dalam dakapannya. Yusuf mendekatkan wajahnya, lalu dikucup leher yang terdedah itu, di kesan ciuman yang ditinggalkan olehnya semalam. Zaliya hanya membiarkan aksi kemesraan Yusuf.

Melihat tiada penolakan dari Zaliya, Yusuf menolak perlahan tubuh itu sehingga Zaliya terbaring di bawah tubuhnya.

Zaliya tidak menolak ciuman demi ciuman hangat Yusuf di sekujur tubuhnya. Ghairah Yusuf semakin berkobar-kobar.

Bibir Yusuf lalu kembali mendarat di bibir Zaliya, namun ketika itu Zaliya langsung tidak memberi sebarang respons kepada aksi Yusuf. Dia hanya membiarkan sahaja Yusuf membelai tubuhnya, sama seperti semalam, dan malam-malam sebelumnya. Untuk apa dia menolak, jika itulah tujuannya dibawa di dalam hidup Yusuf.

Perubahan emosi Zaliya menggusarkan Yusuf. Dia tahu Zaliya masih bersedih hati dengan peristiwa kepulangan mereka ke Melaka tempoh hari. Sudah dua minggu peristiwa itu berlalu, namun Zaliya berterus-terusan bermuram durja sehingga ke hari ini.

Yusuf menghentikan perbuatannya, lalu mengusap bibir bawah Zaliya dengan ibu jarinya, "Zaliya please, give yourself to me.."

Rayuan Yusuf itu berjaya membuat Zaliya kembali membuka matanya yang tadinya ditutup rapat. Jantungnya berdegup kencang ketika menatap renungan mata Yusuf yang begitu intens itu.

Adakah Yusuf akan memarahinya kerana dia tidak mampu melayan Yusuf dengan layanan yang hangat seperti seorang isteri yang taat?

Dia tahu sejak dia dibawa kembali ke sisi Yusuf, lelaki itu tidak pernah berkasar dengannya. Namun, bagaimana kalau dia kini sudah membuat Yusuf marah? Dia tahu seganas apakah tindakan Yusuf jika lelaki itu sedang marah. Peristiwa malam yang malang itu kembali bermain di minda Zaliya. Jantungnya berdetak kencang. Hatinya dipagut bimbang.

Serta-merta, Zaliya terus menyelak selimut yang masih menutupi sebahagian tubuhnya, sehingga kini seluruh tubuhnya terdedah di bawah tubuh Yusuf. Dia bersedia menyerahkan tubuhnya untuk dijamah oleh Yusuf.

Yusuf masih diam, tidak meneruskan aksi ketika isterinya itu memandangnya kosong, seperti lohong yang kosong tiada berjiwa.

"Zaliya, look at me"

Zaliya mendengar bisikan Yusuf, namun dia memalingkan wajahnya ke sisi, tidak mahu menatap mata Yusuf. Meskipun dia agak takut akan mendatangkan kemarahan Yusuf, dia malu dengan keadaannya yang terdedah tanpa seurat benang. Di dalam hatinya, dia kini tidak rela disentuh dengan intim oleh Yusuf. Tetapi, apakah pilihan yang dia ada, kecuali merelakan tubuhnya untuk dipergunakan Yusuf.

Yusuf menyentuh pipi Zaliya, memalingkan wajah itu ke arahnya.
Pandangan mata Zaliya terkebil-kebil memandang Yusuf.

"Please, come back to me.." lembut rayuan Yusuf sambil mengucup lembut bibir Zaliya.

Isterinya hanya berdiam, kemudian membuka sedikit mulutnya seperti ingin berkata sesuatu, tetapi menutupnya kembali.

Yusuf kecewa. Bukan tubuh Zaliya semata-mata yang dia inginkan. Dia inginkan Zaliya yang membalas pelukan dan ciumannya dengan hangat membara. Dia mahukan keseluruhan jiwa dan raga Zaliya, bukan sebatang tubuh tanpa jiwa yang membatu menyerah kepadanya.

"Zaliya, kenapa tiba-tiba macam ni?"

"Ini sahaja yang saya mampu bagi untuk balas budi awak, atas kebaikan awak kutip dan jaga saya.."

Yusuf tersentap mendengar bisikan Zaliya.

"Saya takde duit. Saya takde harta. Saya hanya ada tubuh saya saja yang boleh bagi kepada awak. Walaupun mungkin takde harga pun untuk awak, ini je saya mampu bagi. Saya tak nak nanti awak mengungkit kebaikan awak.."

Ketiku itu nafsunya serta-merta terpadam. Yusuf mengeluh berat. Perlahan-lahan jari kasarnya menarik selimut di sisinya lalu menyelimuti tubuh Zaliya yang terdedah itu. Dia menjarakkan dirinya dari Zaliya, lalu berdiri dan memakai seluar pendeknya yang dicampakkan di atas lantai di sebelah katil semalam. Dia memandang Zaliya yang masih kaku berbaring di katil, tidak berkata apa-apa, lalu berlalu dari situ.

Sesudah Yusuf pergi meninggalkan bilik mereka, Zaliya menghembuskan nafas yang tertahan di dada, dan menghamburkan tangisan semahu-mahunya. Peristiwa malam pernikahan mereka berulang lagi.

Dia sudah tidak mampu untuk menyembunyikan rasa hati. Dia tidak mampu menyerahkan tubuhnya untuk melayan Yusuf dengan hangat, sedang hatinya sedang terluka berat.

"Dengan kamu pun dia senang-senang boleh buntingkan macam perempuan takde maruah, kamu ingat dia tak berfoya-foya dengan perempuan lain selain kamu?"

Kata-kata ibunya itu saban hari menghantuinya, sehingga hatinya tergores dengan begitu dalam. Dia kini membenci dirinya sendiri, dia benci kepada Yusuf, dan dia benci segala-galanya yang sedang dia lalui.

Masih terbayang-bayang tatapan kecewa Yusuf sebelum dia berlalu meninggalkannya sebentar tadi. Zaliya yakin, Yusuf sudah mulai membencinya. Dia pasti dia akan dibuang suatu hari nanti jika Yusuf sudah bosan dengannya. Namun, bagaimana jika Yusuf memisahkannya dengan anaknya nanti? Separuh hatinya sudah merelakan jika itu berlaku, kerana setidaknya anak itu ada seorang bapa yang mampu menjaganya.

**********

7/1/2024

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now