Bab 19

16.7K 423 53
                                    

Usai mengelap rambutnya, Zaliya menuju ke meja solek untuk menyikat rambutnya. Namun, ketukan pintu biliknya menghentikan langkah Zaliya, dia sebaliknya menuju ke arah pintu bilik.

Sebaik sahaja pintu terbuka, kelihatan Yusuf sudah terpacak di hadapan pintu biliknya "Siap-siap, aku nak bawak kau pergi mall," ujar Yusuf sambil memandang Zaliya dari atas ke bawah.

Mall? Zaliya mengerutkan kening.

"Nak buat apa?" soal Zaliya kehairanan. Kenapa dengan lelaki ni tiba-tiba sahaja mengajaknya keluar? Sangkanya Yusuf hanya ingin mengurungnya di sini sehingga dia melahirkan anaknya.

"Nak beli barang. Ikut je," ujar Yusuf ringkas sambil memalingkan tubuhnya ingin berlalu.

"Err.." Zaliya ingin berkata sesuatu tetapi dia ragu-ragu.

Mendengar suara Zaliya, Yusuf pantas berpaling kembali "Kenapa?"

Sambil memandang tubuhnya sendiri, Zaliya mengeluh kecil, "saya takde pakaian yang sesuai," ujarnya perlahan.

Dia kini hanya mengenakan sepasang t-shirt kosong lengan pendek bersama palazo ringkas paras betis, menampakkan buku lalinya yang sedikit bengkak.

Yusuf menjungkitkan keningnya "kenapa pulak? Bukan ada beg pakaian kau bawak ke haritu? Dalam tu takde baju?" soalnya kehairanan.

"Beg tu ada t-shirt lengan pendek je semua.. nanti..nanti.." Zaliya sedikit teragak-agak  sambil mengusap perutnya perlahan. Dengan keadaan kewangannya tidak mengizinkan, dia sudah lama tidak membeli pakaian untuk kegunaan hariannya. Pakaian untuk ibu mengandung apatah lagi.

Tambahan pula hari ini Sabtu, Zaliya bimbang ramai orang berkunjung di pusat membeli-belah. Bagaimana pula kalau dia ada seseorang yang mengenali Yusuf dan jika mereka berdua dilihat berjalan bersama, apa pula kata orang?

Mendengar butir bicara Zaliya, Yusuf hanya termenung kosong sambil memikirkan sesuatu, "takpe, pakai je apa-apa baju yang ada dulu," ujarnya ringkas.

"Nanti kalau orang tengok?," Zaliya akhirnya meluahkan kebimbangannya.

"Kita pergi tempat jauh sikit, tempat yang aku jarang pergi," jawapan Yusuf sedikit sebanyak membuat Zaliya lega. Ternyata lelaki itu terlebih dahulu memikirkan solusi bagi permasalahan yang membelenggu fikirannya.

Tengahari itu Yusuf membawa Zaliya ke Alamanda Putrajaya. Zaliya sedikit lega kerana di situ agak kurang orang berbanding dahulu. Sekarang orang lebih banyak membanjiri IOI City Mall yang lebih besar dari pusat membeli belah Alamanda. 

Yusuf kurang suka untuk menghabiskan masanya di pusat-pusat membeli belah kerana kebanyakannya sangat crowded dan membuat dia kurang selesa. Walaupun dahulu dia dikenali sebagai agak playboy di kalangan kawan-kawannya, dia sebenarnya seseorang yang sangat mementingkan privasi dan kurang gemar suasana yang terlalu sesak. Dia hanya akan pergi ke pusat membeli belah apabila dalam keadaan terpaksa sahaja. 

Seperti sekarang. Ada rencana yang perlu dilaksanakan dengan segera dan tidak dapat tidak, dia terpaksa membawa Zaliya ke sini. Melihat keadaan Zaliya, dia merasakan hampir tidak mungkin untuk Zaliya mempunyai pakaian sesuai untuk rencanya itu. 

Sesudah mereka membeli belah, Yusuf membawa Zaliya ke sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari Alamanda. Mereka perlu mengisi perut terlebih dahulu sebelum balik ke rumah.

"Aku dah register kursus kahwin untuk kita berdua," ujar Yusuf acuh tak acuh sambil meneguk Cappucino yang dipesannya. 

Zaliya terpinga-pinga. Air madu dan lemon suam yang sedap dicicipinya tiba-tiba terasa pahit.

Kursus kahwin? Perlu ke dia pergi? Tapi.. tapi perutnya yang sudah mula kelihatan pasti tidak elok dipandang bukan?

"Tapi..errr," Zaliya teragak-agak sambil tangannya mengusap perutnya.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now