Bab 2

73K 523 28
                                    

"Sh*t! Lupa nak bawak kunci pulak!" Iskandar memaki dirinya sendiri sambil tangannya menggagau-gagau ke dalam dasar backpack miliknya, masih berharap kunci rumah ada di dalam begnya.

Setelah berputus asa, ditekan loceng berkali-kali, mengharapkan ada orang di rumah ketika itu, kerana kereta papanya masih belum ada di garaj. Dia tersenyum sedikit apabila pagar automatik itu terbuka dan kelihatan ibunya muncul di pintu hadapan.

"Is, tak cakap pun nak balik malam ni? Mama tak masak lebih pun" Iskandar menundukkan wajahnya sambil mencium tangan ibunya.

"Eh, takpelah mama. Is dah makan luar tadi. Papa mana ma? Tak dinner kat rumah ke?" soal Iskandar sambil menggulungkan stokinnya.

"Papa ada reunion dengan kawan kolej dia, dinner kat luar. Mama malas nak ikutlah, asyik-asyik bincang pasal kerja aje" Iskandar tersenyum melihat ibunya sudah mula menarik muncung, sebijik perangai seperti...

Nina. Ingatan kepada adiknya masih memukul emosinya. Wajahnya sudah berubah kelat, tetapi dia cuba mengawal perasaan di hadapan ibunya.

"Habis tu mama dah makan ke ni?"

"Dah, lepas Maghrib tadi mama dah makan, simple-simple ajelah makan sorang kan. Is nak makan ke? Kalau nak, mama pergi dapur sekejap masak"

"Takpelah mama, kenyang lagi ni. Is masuk dulu ye? Nak rehat, penat harini" ujarnya sambil memanjat tangga menuju ke biliknya.

Puan Roslina hanya menggelengkan kepala melihat tingkah anak terunanya, beberapa bulan kebelakangan ini jarang benar tidur di rumah. Kebanyakan harinya hanya bermalam di banglo mereka di Gombak, sehingga dia terpaksa meminta Iskandar pulang ke sini sekiranya ingin bertemu dengan anak lelaki yang dirinduinya.

Sesampainya di bilik, Iskandar terus merebahkan badannya ke katil yang empuk itu. Belum sempat mandi dan menukar baju, Iskandar sudah ditelan lelap.

"Abang, tolong adik..! Adik sakit..abang!!!"

Iskandar mencari-cari dari mana punca jeritan itu. Dia tahu itu suara Nina. Kepalanya melilau ke kiri kanan, lorong yang gelap dan tidak berlampu itu langsung tidak membantunya. Yang dia tahu, dia perlu mencari adiknya.

"Adik! Adik!" Iskandar menjerit kuat, jantungnya berdegup kencang seakan-akan mahu keluar dari dadanya.

"Abang.....!!!" Jeritan itu makin lama makin menjauhinya, sehingga terus hilang ditelan kelam malam.

Iskandar panik, air matanya sudah berada di tubir mata "Adikkk!" Pecah jeritannya membelah kesunyian malam.

"Iskandar! Bangun Is!" Iskandar terjaga dari mimpi yang menyakitkan setelah mendengar suara panggilan ibunya yang lantang. Dia hanya terduduk dan berkali-kali meraup wajahnya, hatinya luluh.

"Is, kenapa dengan kamu ni? Mama risau tengok keadaan Is macam ni" Mamanya mengusap perlahan bahunya.

Iskandar hanya diam tidak berkutik, jantungnya masih berdegup kencang.

"Kamu baliklah duduk dengan mama dengan papa balik" pujukan demi pujukan ibunya dibiarkan berlalu begitu sahaja.

"Is..Is tak boleh balik sini mama. Is selalu mimpi adik kat rumah ni. Is..is tak boleh" suaranya parau terganggu emosi, air matanya dikawal agar tidak menitis di hadapan kedua orang tuanya.

"Kita janganlah berlebihan bersedih hati, nanti yang sudah pergi pun akan terseksa" Iskandar memanggung kepalanya sedikit memandang papanya yang tiba-tiba bersuara.

Terdapat satu kesedihan tidak tertanggung pada sepasang mata itu, kesedihan yang dia sendiri tidak sanggup untuk menyelaminya. Kalau kesedihan kehilangan seorang adik sudah tidak tertahan siksanya, apatah lagi kesedihan seorang ibu dan ayah kehilangan anak mereka.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now