Bab 27 (mature content)

36.4K 476 58
                                    

Note: Sorry to keep you waiting dear readers. Terimalah short chapter ini untuk mengubat kerinduan korang semua kepada Yusuf & Zaliya, okies :)

Cumbuan hangatnya ke seluruh wajah ayu itu membuat isterinya menggeliat manja. Ciumannya lalu turun ke dagu dan leher jinjang itu. Mata yang terpejam rapat dan desahan halus yang terbit dari bibir itu cukup menggetarkan naluri kejantanannya. Keinginan Yusuf meronta-ronta minta dilunasi.

"Zaliya... I miss you so much.." suara garaunya termengah-mengah, hampir tidak kedengaran, hanyut ditelan ombak ghairah.

"Zaliya?" seru Yusuf perlahan sambil mengusap pipi mulus itu.

Zaliya membuka mata mendengar panggilan Yusuf.

"Are you ready?" soal Yusuf sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Zaliya.

Menatap mata Yusuf penuh berharap beberapa saat, Zaliya lalu mengangguk.

Persetujuan tanpa bicara dari Zaliya sudah cukup buatnya. Yusuf tersenyum lalu membelai rambut Zaliya.

Kali pertama dia menyentuh Zaliya seminggu lepas, dia perasan ada sedikit ketidakselesaan pada Zaliya sehingga dia perlu menggerakkan tubuhnya perlahan-lahan sahaja supaya tidak menyakitkan isterinya. Dia perlu berhati-hati agar tidak mengapa-apakan kandungan Zaliya. Oleh itu, setiap kali sebelum menyentuh isterinya, Yusuf akan memastikan Zaliya sudah benar-benar bersedia untuk meneruskan penyatuan fizikal mereka.

Namun dia bersyukur ketika itu Zaliya tidak menolaknya, sebaliknya tetap mampu menerima tubuhnya, sehingga akhirnya mereka mencapai kemuncak nikmat bersama. Sejak itu, hampir setiap hari dia tidak lagi membiarkan isterinya tidur bersendirian.

Tanpa menunggu lama, Yusuf kembali menyerang bibir Zaliya dengan ciuman hangat, sambil tangannya menyelak blouse longgar di tubuh itu. Kulit lembut dan hangat sekujur tubuh itu membuat asmara kian bergelora.

Tanpa tangguh, Yusuf mengangkat baju itu melepasi kepala Zaliya dan mengecup bahu terdedah itu.

Zaliya tidak tahu mengapa dia begitu ketandusan mengecapi kenikmatan asmara. Setiap kali Yusuf mendatangi, setiap kali itu juga tubuhnya akan menerima dengan penuh kerelaan, malahan tubuhnya seolah-olah menginginkan lagi seperti seorang yang sedang mabuk asmara.

Dia kembali terbayangkan malam pertama mereka ketika Yusuf hampir memarahinya disebabkan panggilan telefon dari klinik itu tempoh hari. Sebenarnya bukan malam, tetapi siang buta. Tubuh mereka yang terdedah tanpa seurat benang di tengah katil itu langsung tidak dipedulikan. Mereka hanya berhenti apabila kedengaran keroncong yang kuat dari perut mereka berdua, kerana sudah jauh melepasi waktu makan tengahari!

Wajah Zaliya semakin merah membayangkan peristiwa itu.

"Zaliya, kenapa?" Yusuf menghentikan perbuatannya.

"Tak... takde ape.." Zaliya termalu sendirian.

"Kenapa telinga merah ni? Demam ke?" soal Yusuf berpura-pura tidak mengerti.

Dikecup telinga kiri Zaliya. Perbuatan itu membuat telinga Zaliya semakin merah. Wajah Yusuf yang merenungnya ditatap penuh erti. Pandangan matanya bergerak ke arah mata Yusuf, ke arah hidung mancung itu, lalu pandangannya tertancap pada bibir merah yang tersenyum manja.

Zaliya membasahkan bibirnya yang terasa kering. Dia ingin bibir Yusuf menyentuh bibirnya. Keinginannya kembali bangkit. Nafasnya semakin laju.

Faham bahasa tubuh Zaliya, Yusuf perlahan-lahan menurunkan wajahnya, mendekati wajah Zaliya yang sedang menunggu untuk dikucup.

*****

Yusuf tersenyum melihat Zaliya yang sedang berbaring mengiring ke arahnya dan mata itu terpejam rapat. Dia tahu Zaliya tidak tidur kerana kelihatan dada isterinya itu masih berombak-ombak menarik dan menghela nafas dari aktiviti mereka yang baru sahaja selesai. Tangannya mengusap-usap bahu Zaliya yang terdedah itu, lalu belaiannya beralih pula ke wajah Zaliya.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now