Bab 6

95K 681 68
                                    

"Makan jelah. Tak payah termenung. Kalau tak nak makan baik aku tak payah membazir beli," matanya memandang sekilas ke arah Dhia yang masih berdiri berhampiran meja makan itu, sebelum kembali memeriksa gambar di dalam kamera DSLR miliknya.

 Kalau tak nak makan baik aku tak payah membazir beli," matanya memandang sekilas ke arah Dhia yang masih berdiri berhampiran meja makan itu, sebelum kembali memeriksa gambar di dalam kamera DSLR miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah beberapa minit bungkam, Zaliya memecah suasana "Sampai bila awak nak kurung saya kat sini?"

Kegiatan Yusuf terhenti mendengar suara perlahan Zaliya. Matanya menatap mata yang sedikit lebam dan kemerah-merahan itu. Tajam pandangan matanya menikam, sehingga Zaliya tertunduk.

"Sampai bila-bila!" Perasaan Zaliya yang mula teresak langsung tidak dihiraukannya.

Menangis konon, hendak tagih simpati la tu. Habis tu nasib adiknya Nina ketika masih hidup dahulu, siapa yang bersimpati? Yusuf hanya mencebik.

Sudahlah semalam dia dimalukan di pasar raya, kerana perempuan itu. Dalam marahkan Zaliya, dia manusia biasa, tetap ada sekelumit rasa simpati terhadap Zaliya yang sedang datang bulan. Mahu membawa Zaliya keluar dari rumah itu, tentulah tidak sama sekali. Maka, jalan yang terbaiknya terpaksalah dia sendiri yang keluar mencari tuala wanita dan ubat tahan sakit.

Ubat tahan sakit dia tiada masalah. Tapi yang menjadi masalahnya ialah hendak memilih tuala wanita. Dahulu pernah sekali bekas kekasihnya mengamuk dengannya kerana tersalah membeli tuala wanita yang dipesan. Sangkanya semuanya sama sahaja, yang berbeza mungkin jenama. Ternyata sangkaannya salah, kerana sampai sahaja di rak tuala wanita, dia menjadi seperti manusia bodoh. Ternyata bermacam-macam jenis tuala wanita yang ada untuk dipilih. Ada yang untuk digunakan waktu siang, ada yang untuk waktu malam, malah ada yang bersayap! Sangkanya hanya burung sahaja bersayap.

Susah rupanya menjadi perempuan. Yusuf geleng kepala apabila teringat kejadian itu. Sejak dari itu dia memang tidak pernah entertain permintaan untuk membeli tuala wanita, meskipun didesak berkali-kali.

Cuma semalam.. mimpi buruknya harus dia lalui sekali lagi. Sangkanya sesudah mendapat apa yang dia cari, urusannya akan selesai. Rupanya tidak. Dia hanya perasan apabila ada seorang makcik di sebelahnya memujinya seorang cucu yang baik. Dia yang pada asalnya terpinga-pinga, hanya perasan apabila ditunjukkan ke arah lampin dewasa di kaunter ketika menunggu giliran untuk membayar. Manalah dia tahu, tuala wanita dan lampin dewasa adalah dua benda yang berbeza!

'Bodohnya kau, Is' Yusuf masih menyesali kebodohanya.

"Apa salah saya?" Yusuf memanggung kepalanya. Moodnya berubah mendengar pertanyaan Zaliya.

"Salah kau.. sebab kau perempuan jahat.." Yusuf mengetap bibirnya, menahan marah.

"Please.." Zaliya hanya mampu merayu ketika itu, "awak nak saya buat apa?"

Yusuf meletakkan kameranya di meja, lalu berdiri. Sambil matanya menatap ke dalam mata Zaliya, perlahan dia mendekati gadis itu lalu menapak ke arah belakang Zaliya. Bimbang dengan tindakan tidak terduga yang mungkin diambil oleh Yusuf, Zaliya menjauhkan diri sedikit dengan menapak ke arah meja di hadapannya. Malangnya dia tidak dapat melarikan diri kerana kini terperangkap antara meja dan Yusuf.

Dendam BerahiWhere stories live. Discover now