Bab 3 (mature content)

165K 696 40
                                    

WARNING: THIS CHAPTER CONTAINS A STRONG LANGUAGE & NON-CONSENSUAL SEXUAL SCENES. FOR THOSE WHO ARE EASILY OFFENDED, PLEASE SKIP THIS CHAPTER ALTOGETHER!

CONSIDER YOURSELF WARNED.

*****

Zaliya terpisat-pisat ketika terjaga dari lenanya yang terasa panjang. Kepalanya yang masih berdenyut dipicit-picit, dahinya berkerut.

Matanya melilau ke sekeliling. Ini bukan bilik dia! Di mana dia berada sekarang? Baru sahaja dia ingin bangun dari katil, terdengar pintu dibuka dari luar. Langkahnya mati, pandangan matanya berjaga-jaga.

Wajah yang amat dikenali itu masuk dan merenungnya tajam.

"Yu.. Yusuf.." Pucat lesi wajah Zaliya.

"Saya kat mana ni? Kenapa awak ada dekat sini?"

Lelaki itu mengunci pintu dan menyandarkan belakangnya pada pintu. Matanya masih tajam memandang Zaliya yang sedang bingung dan panik. Soalan Zaliya yang bertalu dibiarkan begitu sahaja.

"Yusuf please..apa yang dah berlaku?" Suara Zaliya mula terketar-ketar. Keadaan bilik yang sedikit malap dan hanya ditemani lampu meja semakin menakutkannya.

Zaliya memeriksa keadaan dirinya, lega kerana pakaiannya masih elok terletak di badannya. Kepalanya masih pening dan dia berasa sedikit hanyut, tetapi dia tahu ada sesuatu yang tidak kena di sini.

"Kita kat satu tempat selamat, jangan risau" akhirnya jejaka itu membuka mulut.

"Please, saya nak balik.."

Ketika permintaannya hanya dibalas dengan senyuman sinis Yusuf, Zaliya mula hilang tingkah.

"Please..janganlah macam ni"

"Tsk tsk tsk..takut ke?" Pertanyaan Yusuf itu tidak dibiarkan tidak berjawab.

"Apa yang awak nak?" Zaliya bertanya, takut dan ragu.

"Kau" sepatah jawapan Yusuf mengejutkan Zaliya.

Dia? Kenapa dengan Yusuf? Gusar dengan wajah dan intonasi Yusuf yang berbeza malam ini, Zaliya mula merangka di dalam otaknya untuk mencari penyelesaian di atas kekeliruan ini.

"Saya minta maaf kalau ada buat salah, tapi please hantar saya balik"

"Muka cantik, sayangnya tersalah buat pilihan. Memang nasib kau lah"

Zaliya terkejut. Pilihan apa? Apa yang sudah merasuk Yusuf? Dia hanya menggelengkan kepalanya.

"Kau dah bunuh anak orang, kau buat-buat innocent"

Zaliya masih lagi keliru dengan kenyataan-kenyataan aneh yang diucapkan Yusuf.

Kali ini Yusuf sudah mendekatinya. Belum sempat dia melarikan diri, kedua-dua tangannya digenggam dan lelaki itu mendekatkan wajahnya.

"Aku tolong someone menuntut bela"

"Aku tolong someone menuntut bela"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dendam BerahiWhere stories live. Discover now