Bab 11

8.6K 423 14
                                    


Aliya dan Atikah makan di kedai mamak sahaja untuk makan malam. Yelah, chef rumah kena kerja awal. Kalau nak suruh dua orang tu masak, memang tak makan lah. Masing-masing malas.

"Jadi, dia bagi kau telefon, suruh kau masak untuk dia setiap hari, lepastu suruh kau ikut kitaorang pergi bengkel?!" Soal atikah inginkan kepastian.

"Iyaa yong! Tak yang pergi bengkel tu sebab nak jaga anak dia je. Patutnya hantar je lah kan kat rumah orang?! Kan?!" Adu aliya lagi tak puas hati.

"Dia memang macamtu ke dengan babysitter sebelum ni?" Sambungnya lagi.

Atikah menggeleng sambil berfikir.
"Yong rasa lah kan, ini salah satu test dia untuk kau. Cuma bezanya,test kau ni macam lain daripada yang lain." Terangnya lagi.

"Test?"

Atikah angguk. "Kan yong pernah cerita dekat kau yang pekerja sebelum ni tak pernah tahan sampai sebulan pun. Hah, macam tulah dia nak test kau."

"So.... yaya nak kena sabar je lah?" Soal aliya.

Atikah menjongketkan bahunya "mungkin. Alah, selagi arahan dia tak melampau kau ikut ajelah. Bayar pun ye. Nanti masa bengkel tu, kau duduk lah sebilik dengan Yong. Apa masalahnya."

"Eh? Macamtu yeh? Hmm... pelik pelik orang zaman sekarang ni."

"Eleh, habis kau orang zaman bila? Zaman batu?" Balas atikah balik.

"Halo. Tak payah lah serius sangat pun." Cebik aliya.





****

Pagi sabtu yang sejuk membuatkan aliya menggigil di dalam lapangan terbang yang berhawa dingin itu. Atikah menghulurkannnya secawan kopi panas sementara menunggu rakan sepejabatnya yang lain.

"Yong, flight pukul berapa?  Mana yang lain?" Soalnya

"Pukul lapan." Jawab atikah.

"Lapan? Dah kita datang awal kenapa?" Soal aliya lagi.

"Senang lah, dah buat semua awal-awal tak adalah kalut nanti." Jawab atikah sambil menelek telefonnya.

Aliya melelapkan mata sementara menunggu. Dalam masa yang sama dia gementar kerana ini adalah kali pertamanya menaiki pesawat berbanding dengan kakaknya.

30 minit kemudian...

Sekumpulan pekerja sedang berjalan ke arah atikah dan aliya. Yang pergi bengkel ni semua dari department pengerusi.

Atikah berdiri untuk menyapa rakannya."Eh, tikah. Kau bawak teman ke?" Soal aina.

Aliya juga turut berdiri untuk menyapa mereka.

"Tak lah, adik aku. Dia ikut sebab tuan." Terang atikah.

"Kenapa dengan tuan?" Soal Syafiq pula.

"Saya babysitter Tuan Mirza." Jelas aliya pula.

"Hah?! Ba-babysitter tuan? Kau biar betul! Bini dia ke?!" Soal Nabila.

Muka aliya sudah berubah riak. Apa kaitan bini-bini pulak ni? "Eh tak! Saya babysitter ANAK tuan. Apa akak ni.." terang aliya.

Mereka semua mengangguk faham.
"Muka kau orang sama lah! Tapi adik kau lagi lawa la tikah." Gurau farhan pula.

Semua orang ketawa termasuk atikah. Langsung dia tak ambil hati. Lagipun memang benar apa yang dikatakan oleh farhan.

Dalam gurau senda mereka, akhirnya mirza tiba dengan damia yang berada di dalam dukungannya. Automatik semua berbaris dan tunduk hormat pada mirza.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin