Bab 47

6.4K 294 14
                                    


Pada hari ini, tibalah hari bagi majlis resepsi mereka yang telah diaturkan khas oleh Maya.

Ramai juga tetamu yang hadir, baik ahli keluarga, rakan-rakan, malah juga pihak media.

Mana taknya, model terkenal punya majlis kut! Know-know dah married!

Walau apa pun, majlis itu masih lagi berada dalam keadaan terkawal. Sekurang-kurangnya tak adalah wartawan serbu, tak pun peminat Mirza dari zaman dia bujang yang asyik usya dari majalah.

Mirza yang berada di sebalik pintu cuba mengambil nafas dalam-dalam. Bukannya dia gementar, tapi rasa tak senang duduk.

Lagi sekali, perut dia memulas. Nak membuang tidak, nak muntah pun tidak. Main-main eh!

Kali ni pakej dengan sakit kepala sekali. Nasib baik tak teruk sangat.

Minyak angin dah siap-siap dalam poket.

Sekejap sihat siap boleh melompat, sekejap sakit yang tak larat nak jalan. Macam yang dikata tadi, main-main pulak!

Tetapi Mirza masih kuatkan semangatnya. Setakat sikit je tak ada hal lah!

Bahunya ditepuk oleh Asyraf yang berada di belakangnya "Dani, kau okey tak? Nak pergi tandas dulu ke? Aku bagitahu Ryan nanti."

"Tak apa, aku okey." Kata Mirza sambil tangannya menggenggam erat tangan Aliya yang berada di sebelahnya.

Apabila isyarat telah diberikan oleh Ryan untuk pasangan utama itu masuk, pintu besar itu dibuka dari dalam dewan oleh dua orang lelaki yang berpakaian segak.

Lagu For A Lifetime oleh Ryann Darling dimainkan seiring dengan perjalanan mereka turun dari tangga sehingga ke tengah ruang.

Selangkah demi selangkah. Sangat elegan.

Kelipan daripada cahaya kamera turut mengiringi mereka berserta pandangan semua tetamu yang hadir.

Aliya sedikit gementar kerana tak pernah dia mendapat perhatian sebanyak ni. Masa ambil anugerah di sekolah dulu pun tak macam ni. Haduih.

Tak kurang juga dengan bridesmaid dan best man yang mengikuti di belakang mereka. Separuh jalan kemudian mereka berdiri di tepi laluan berkarpet yang berwarna putih. Lampu yang sedikit malap dan perhiasan yang berkilauan membuatkan segenap ruang itu seperti alam fantasi.

"And now, we let the couple have the first dance"

Dengar sahaja isyarat itu, terus Mirza memusingkan tubuhnya begitu juga dengan Aliya.

Sebelah tangan dibawa ke pinggang isterinya manakala sebelah lagi diangkat lalu memegang kemas tangan Aliya.

Aliya meletakkan tangan kanannya di atas bahu Mirza.

Mereka bergerak dari kiri, ke kanan mengikuti rentak lagu yang tenang.

Mata masing-masing tidak lepas dari memandang satu sama lain.

Menghargai orang yang mereka sayangi sepenuh hati. Sanggup melakukan apa sahaja supaya mereka ada di depan mata, sentiasa berada di sisi, menemani hingga ke akhirnya.

For a lifetime of "I love you"
Two hearts, one beat
You whisper to me
Be mine for a lifetime
It's the little things that make our heart's meet

Tubuh Aliya diputarkan sedikit kemudian kembali ke dakapan Mirza.

Every day I swear I need you
With each glace I love you more and more
Our walls came crumbling down
Now hand and hand we soar

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now