Bab 23

6.8K 319 7
                                    


Damia sudah ditidurkan ketika diberi susu. Hujan-hujan, minum susu panas.. dodoikan sikit..

Eh, tidur..

Memang dah penat dia ni..

Mainan dan buku-buku yang bersepah dimasukkan ke dalam kotaknya semula.

Matanya kemudian beralih ke arah mirza yang turun dari tangga.
Dari kemeja pejabat yang segak sudah bertukar kepada sweatshirt dan sweatpants yang nampak lagi selesa dan, cool.

Mana pernah aku nampak dia pakai macamni. Sikit-sikit, kemeja.

Rambutnya yang basah lagi serabai tu membuatkan nampak lebih panjang.

Haip! Jangan senyum!

"Aliya, kau nak balik macam mana? Hujan lebat lagi tu." Soal Mirza sambil berjalan ke dapur.

Aliya tidak menjawab sebaliknya mengintai dari atas sofa apa yang sedang dilakukan oleh Mirza.

Ketang ketung bunyi seperti cawan kaca dilaga dengan sudu.

Dia kembali semula ke depan dengan membawa dua cawan teh. Satu diletakkan di atas meja untuk diberi kepada Aliya.

"Oh,terima kasih."

Hal itu juga memberikan Aliya peluang untuk nampak atau secara spesifiknya teliti wajah Mirza dengan lebih dekat.

Okay sekejap
Umur dia berapa? Weh sumpah nampak macam remaja! Muka flawless, bibir merah tak dicemari, rambut dah gaya ala-ala bad boy gitu. Hshshsh..
Jawline dia kau jangan cakap...

Eh, aku drooling ke? Astaghfirullah..

Mirza kemudiannya pergi membuka pintu. Sebuah kerusi ditarik untuk dia  duduk ditepinya.

Aliya yang hairan terus membuka mulut untuk bertanya "kenapa buka pintu? Duduk dekat situ kenapa? Tak sejuk ke?"

Mirza memandangnya dengan pandangan yang seolah-olah tidak percaya.

"Aliya..kau nak kita kena tangkap khalwat ke? Mia tu kecik lagi. Aku lelaki, kau perempuan. Kita tak tau apa yang boleh jadi. Mana tau kau buat benda buruk dekat aku ke, aku boleh terus jerit, jiran dengar."

Terus Aliya tersedar. Eh ye tak ye. Sebelum ni bila dia ada dalam rumah, pintu mana pernah tutup.

Rasa bersalah pula dia. Yelah, tuan rumah pula yang duduk tepi pintu. Patutnya aku lah kan.

Eh jap, dia kata aku nak apa-apakan dia? Tak ada keinginan aku.

"Well, kalau kau nak, aku boleh je tutup balik pintu ni, duduk sebelah kau. Aku tak kesah. Sejuk juga sebenarnya." Kata Mirza sambil berura-ura untuk bangun dan menutup pintu.

Cepat-cepat dia menggeleng.

Cawan yang diberikan oleh Mirza tadi dicapai namun dia teragak-agak.

Dia...hidu?

"Kalau aku nak racun kau tak payah nak tunggu sekarang. Dulu lagi aku dah buat." Terang Mirza apabila melihat Aliya yang seperti curiga.

Tersedak Aliya. Bukan tersedak air, tapi apa yang dikatakan oleh Mirza itu.

"Ma-mana ada saya fikir macamtu. Ehh...Tuan kot! Takkanlah sanggup nak-buat semua tu."

Teh itu diminum. Manis-manis madu.

"Oh sebab aku bos kau aku boleh dipercayai? Macamtu? Macam mana kalau aku memang letak sesuatu dalam tu? "

Soal Mirza ingin mencabar Aliya.

Aliya meletakkan cawan yang dipegangnya ke bawah. Kemudian menoleh untuk memandang Mirza secara berseluruh.

"Sebab saya percayakan Tuan lah. Saya tau Tuan tak akan buat macamtu. Kan?"

Mirza terdiam.

Dia, percayakan aku.

"Apa-apalah. Ni aku tanya tadi kau tak jawab. Kau nak balik macam mana? Hujan  lebat lagi." Soalnya menukar topik.

"Oh saya dah mesej Kakak mintak tolong ambik. Tak apa ke saya tumpang lama-lama."

Mirza mengangkat tangan tanda tidak mengapa.

Hujan lebat masih belum reda.

Masing-masing membuat hal sendiri.
Kekok pun ada sebab tak ada topik nak dibualkan.

"Sabtu ni birthday Mia." Mirza memecahkan suasana sunyi itu apabila dia teringat pesanan maknya.

Aliya menoleh.

"Iya? Ooh haah!"

"My family akan datang sini nak buat birthday party kecik-kecik. Dan, diorang suruh kau datang sekali."

"Oh..sabtu ni eh? Hmm..tengok dulu. By the way, Tuan ada apa-apa ke nak saya tolong? Tempahkan kek ke? Beli barang apa-apa ke untuk majlis tu?"

Mirza baru teringat. Dia tak fikir langsung nak sediakan semua tu.

"Hmm..tak apa."

Kembali diam.

Setelah sekian lama, barulah Atikah datang untuk menjemput adiknya.

Dah macam nak jemput dari tadika gayanya.

Skuter milik Aliya dibenarkan oleh Mirza untuk meninggalkannya disitu.

Hujan memang lebat sungguh. Sampai malam pun belum berhenti.

Tapi baguslah, sebelum ni hujan sekejap-sekejap.

***

"Yong, sabtu ni tuan ajak yaya pergi rumah dia. Ada birthday Mia." Kata Aliya kepada Atikah.

"Oh,hmm,ha pergilah." Jawabnya sambil mata masih melekat pada kaca tv.

Dia ni tak habis lagi ke tengok cerita tu?

Oh tak, cerita lain dah.

"Kita, tak balik kampung ke?" Soalnya lagi.

"Plan memang nak balik jumaat. Dah kau kata nak pergi sana, balik sabtulah lepas habis majlis tu." Terang Atikah lagi

"Hmm,kalau balik sabtu, pastu balik sini ahad? Kejapnya."

Atikah mencapai kalendar yang berada di tepinya "kau tengok hari isnin hari apa. Cuti kan. Haih..apa lah kau ni. Balik sini Isnin lah.."

Ooh...

Okay.

***

Pfft,
yang part last tu cam tiber.🙂

Tapi x pe. Ok bye

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now