Bab 34

7K 329 10
                                    


"Aah..nganga besar-besar." Arah Myra kepada Mirza. Nasi yang berada pada sudu itu disuapkan kedalam mulut.

Selepas sahaja Asyraf menjemputnya dari lapangan terbang, terus dia suruh membawanya ke Hospital.

"Kau ni. Hospital dah bagi makanan, apahal suruh aku beli lagi nasi dekat luar? Membazir je." Rungut Asyraf  yang sedang duduk disebelah Mirza diatas katil.

"Mana ada membazir. Yang tu kau makan lah. Yang ni aku punya." Balas Mirza selamba.

"Eh Myra tak payahlah nak suap abang lagi. Tangan kiri elok lagi kut? Dah lah bak sini."

Sudu yang berada pada tangan Myra cuba diambil namun Asyraf menahan tangan Mirza daripada berbuat demikian.

"Yang kau nak makan tu pakai tangan kiri. Elok sangat lah tu. "

Myra turut mengangguk "Entahnya. Lagipun Myra cuma gantikan tugas Mum je. Tak payah nak mengada lah bang."

Dengar sahaja perkataan mum, Mirza terhenti. "Mum macam mana? Dia...okey ke? Dia tak risau kan?"

Bekas plastik itu diletakkan kembali di atas meja.

Myra ber ura-ura ingin menumbuk Mirza dan membuatkan Mirza menunduk ingin melindungi diri.

"Gila ke tak risau?! Mum nak menangis tau tak bila dengar abang macam ni? Lepastu dia nak pergi tapi Myra tak bagi sebab nak kena siapkan dress untuk seorang famous ni.  Nasib baik papa pun tak nangis."

"Ooh, nasib baik. Well, tell her I'm fine.
By the way, siapa famous tu? Cerita lah sikit." Soal Mirza sambil mengenyitkan matanya.

Kali ini Asyraf pula benar-benar menumbuk lengan kiri Mirza.

"Kau ni orang dekat sana risaukan kau sibuk nak tau siapa tulah siapa nilah."

Mirza menjelingnya. Sukahatilah! Sibuk je.

Namun Asyraf menjelingnya semula. Ada aku kesah?

"Hah dah, kalau tak nak makan, Myra pulak nak pergi makan. Lepastu I nak terus balik. Acap, jom makan sekali."

Asyraf bangun mengikuti Myra selepas menumbuk perut Mirza.

"Argh! Sakit lah woi!" Jerkah Mirza. Tetapi tak guna sebab Asyraf sudah keluar dari wad sambil skipping. Gila apa tumbuk perut aku. Dah lah dekat tempat yang ada jahitan.

Telefon yang berada di atas meja dicapainya. Nombor Aliya didail. Baru sehari tak jumpa Damia sudah membuatkan dia tidak senang.

Lima saat, 10 saat, akhirnya muncul wajah Aliya pada skrin.

"Mia tengok ni papalah sayang! Meh sini!" Aliya memanggil sambil menunjukkan telefonnya kepada Damia.

Apabila Damia sudah memegang telefon, senyuman di wajah Mirza makin lebar.

"Pa! Pa...ne! Paaa!"

"Iya Mia. Papa dekat hospital sayang. Bila Mia nak tengok papa? Hurmm?" Balas Mirza sambil memuncungkan bibirnya.

Wajah Damia tidak dapat dilihat dengan jelas kerana terlalu dekat. Nampak double chin dia lagi jelas adalah.

"Mia meh sini KakYa pegangkan."

Kini wajah Aliya pula yang menjadi tatapan.

"Kau okey ke jaga Mia? Barang semua cukup?" Soal Mirza.

"Eh cukup aje. Pagi tadi saya pergi rumah tuan ambil skuter. Lepastu saya ambiklah sikit barang Mia. Ehehe tak apa kan?"

Mirza mengangguk. "Kenapa tak ambik kereta tu sekali? Kan senang nak bawak Mia pergi mana-mana? Kau ada lesen kan?"

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now