Bab 20

7.8K 379 5
                                    


Mirza yang sedang makan tersedak apabila bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang.

"Tuan! Datang pun! Rugi Tuan tak datang semalam tau.. kalau tak boleh tengok kehebatan saya lafaz akad" Kata Farhan.

"Eleh dua kali lafaz dah nak berlagak." Balas Syafiq pula.

Mirza menolak tangan Farhan yang masih berada di bahunya. Bibirnya di lap.

Aku siku jap lagi jadi arwah budak ni. Nasib baik hari kau.

"Tahniah. Harap dah kawin ni perangai tu dah tak gila sangat lah eh."

Farhan tersengih "Ehehe biarlah saya perangai gila-gila. Barulah Farhan namanya"

"Esok kau dah ada anak tak tau mana anak mana bapak. Perangai sama je dua-dua." Balas Syafiq lagi.

"Tau tak apa. Aku pun tak taulah macammana boleh sangkut dekat dia ni." Mariam pula bersuara.

Satu meja itu ketawa. Betullah tu

"Dah kau takpayah nak cakap orang. Kau tu pun sama je." Kata Mirza.

"Kan!" Atikah bersetuju sama.

Aliya perhatikan sahaja mereka berbual. Mesra.

Walaupun hubungan mereka adalah sekadar majikan dan pekerja, tetapi mereka tidak pernah meletakkan had sesama sendiri. Sempoi-sempoi je.

Juruacara majlis telah memanggil pengantin untuk sesi pengambaran di atas pelamin. Mariam terlebih dahulu telah meminta diri untuk beredar setelah dipanggil berkali-kali oleh maknya.

Ooh..sabar lah sikit.

"Ha dah. Kauorang cepat sikit makan lepastu boleh ambik gambar. Lepastu boleh terus balik." Kata Farhan

"Eh kau nak halau kitaorang ke?" Soal Syafiq

Farhan mengeluh "takdelah, aku penat weh. Cepat kauorang balik, cepat habis, cepat aku boleh balik. Arasseo?"

Semua membuat muka toya. Apa-apa je lah..

***

Pelbagai gaya mereka buat ketika mengambil gambar.

Baring atas lantai lah, masuk bawah karpet lah, apa lah.

Sampaikan pengantin yang kena berdiri digantikan dengan si syafiq dan atikah. Selagi taknak buat selagi tu dia paksa.

"Oi dahlah. Bagilah tuan dengan aliya pulak ambik gambar. Asyik kauorang je." Marah farhan. Nanti penuh gambar diaorang je.

Mirza menyuruh Aliya pergi terlebih dahulu namun dia juga ditolak oleh syafiq.

"Ambik sekali je lah Tuan. Jimat kodak kamera."

Mereka berdiri di tepi penjuru seorang. Damia pula seolah-olah pandai ambil gambar. Baru atikah mahu agah dia sudah senyum.

"Halololo, pandai dia senyum eh?"

"Aliya, meh duduk sebelah ni"
mariam mengajak aliya untuk duduk di sebelahnya manakala Farhan pula disuruh berdiri.

"Hok aloh mu ni. Tuan, suruh mariam pegang Mia. Baru nampak macam ibu-ibu sikit. Haa pastu Tuan berdiri sebelah sana. Ni bini saya. Ehehehe"

Damia diberikan kepada Mariam kemudian dia beralih untuk berdiri di sebelah Aliya seperti yang dipinta oleh Farhan. Macam-macam lah budak ni. Tetapi lain yang dibuat oleh Damia.

Dia bergerak ke atas riba Aliya.

"Alah, dia taknak kat kita lah..tak nak lah kawan macam ni." Mariam pura-pura merajuk.

Ah kisah apa dia.

"Mia senyum 😊" kata aliya.
Kan dah kata budak ni pandai. Siap buat tanda 'peace' lagi walaupun tak berapa nampak bentuknya.

Mirza, jujur katakan. Walaupun dia hanya berdiri disebelah Aliya tetapi perasaan seolah-olah gementar itu muncul.

Aliya pun tipulah kalau tak rasa benda yang sama. Haba dari Mirza dapat dirasakan. Rapatkah dia berdiri sebelah aku.

"Okay dah! Jom!" Kata syafiq.

Masing-masing segera berdiri untuk mengekalkan jarak.

"Terima kasih ye datang. Lepasni kau tinggal berdua je lah dengan tikah kan? Even kita baru kenal sekejap, tapi akak rasa nanti akak mesti rindu kauorang. Huhuhu" kata mariam sambil pura-pura menangis.

"Alah akak jangan lah menangis! Kita boleh je jumpa lagi! Okay? Tahniah tau kak. Yaya tak sangka akak dah kahwin." Balas aliya pula sambil memeluk Mariam.

Eh?

Lah..tak sedar yang Damia terhimpit diantara mereka.

Kesian dia.

"Mia! Sorry, kakya tak perasan."

Dia menoleh untuk memberikan damia kepada mirza. Kelihatan mirza seperti dari tadi memandangnya sambil memeluk tubuh.

"Erk, sorry, tak perasan."

"Tau, tapi tak apa. Kau terus balik ke ada singgah mana-mana lagi?"

"Erm tak pasti. Ikut tikah jugak."

"Ooh ok. Um... jumpa isnin lah kalau macamtu?"

Aliya mengangguk.

Suasana diam yang lama.

Bila terpandang mata sesama sendir, cepat-cepat dialihkan ke tempat lain.

Dah pergilah aliya. Kau tercegat apa lagi dekat sini. Kekok. Tapi kenapa aku macam tak boleh nak bergerak. Dia pun tak bergerak kenapa?! Someone please help me.

Dia tak ada nak cakap apa-apa lagi ke? Apa pasal diam. Kalau tak aku nak balik. Kenapa dia tak berganjak? Kenapa aku berdiri kat sini lagi, pergilah dah kalau kata nak jumpa isnin.

"Ehm. Ya, jom. Kau tunggu apa lagi tu." Tegur atikah. Perasan akan mereka yang nak kata merenung sesama sendiri tak. Nak kata bersembang pun tak.

"Ooh um.. ok. Bye tuan."

Baru nafas lega dilepaskan oleh Mirza. Mukanya telah berubah rona ke merah padam. Kulitnya yang cerah lagi menampakkan perubahan itu.

Dia menoleh untuk bergerak, namun ternampak Farhan, Syafiq dan Mariam yang sudah sengih mengejek.

Buat tak tahu sahaja kemudian terus berjalan keluar.

Merepek,merepek.

***

Thanks to those yang vote, comment dan maybe yang share kalau ada?
Nomu Saranghaeee!!!😙😙😙😙😙

Kalau korg tak buat semua tu rasa macan krik krik je .

Dan..sori sbb selalu update lambat n buat korg tertunggu-tunggu.
Walaupun aku pun x tahu aku buat apa masa lapang.

Lots of love... bai bai.😚😚














Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now