Bab 43

6.8K 303 17
                                    


Pejam celik, pejam celik dah 2 minggu. Hari yang paling ditunggu-tunggu Mirza akhirnya tiba.

Tahu-tahu je mereka dah berada di New York.

Aliya yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi asing itu sangat teruja. Macam rusa masuk kampung dah gayanya.

Nampak ni, tanya Mirza. Nampak tu, tanya lagi. Penuh rasa ingin tahu.

Tipulah kalau dia tak mabuk tadi. Nasib baik Mirza ada untuk membantunya. Teringat kembali sewaktu kali pertama dia menaiki kapal terbang untuk ke Langkawi. Mirza juga yang bantu menghilangkan mabuknya.

Some things never change.

Oh ya, mereka tak pulang berdua sahaja. Sudah tentu ada beberapa tetamu yang dibawa dari Malaysia. Penerbangan ditaja khas oleh Tuan Mirza.

Gitu.

Atikah sudah tentu kena ikut, itu wajib. Kemudian Nabil dengan keluarganya. Kawan karib dari kampung katakan. Nasib bukan satu kampung, mau naya.

Seterusnya Hareez dan Paksu.

Serta beberapa orang manusia dari pejabatnya. Agaknya dah boleh tahu kan siapa?

Ke tak tahu lagi?

Haih senang cerita Syafiq dan Farhan. Dua tu memang kena ikut. Atau sebenarnya berkeras nak ikut.

Dia orang tu dah tak macam orang luar buat Mirza. Jadi tak salah kalau dia bagi jemputan khas kan?  Hahaha, okay apa-apa jelah.

Akibat keletihan, mereka semua telah dihantar terlebih dahulu ke sebuah hotel yang berhampiran dengan rumah keluarga Mirza. Petang nanti baru datang ke rumah mereka. Tak sampai 10 minit dah boleh sampai jaraknya. Senanglah apa-apa urusan kan. Makanan pun sudah dibeli awal-awal untuk buat alas perut.

Haa, bilik mereka juga ditaja khas oleh pengantin lelaki. Naik segan mereka yang ada. Semua nak di sponsor nya.

Kalau tolak dia paksa juga. Tak apalah, murah rezeki.

Pasangan itu pula akan menginap di rumah keluarganya buat sementara waktu. Sehingga majlis resepsi itu selesai kemudian mereka akan pergi ke tempat lain.

Asyraf juga ikut sama. Dia seorang sahajalah yang ikut, sebagai wakil bagi keluarga sebelah bapa.

"Assalamualaikum Mum." Ucap Mirza sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam. Finally, you guys are here!" Kemudian dia memeluk anaknya. Dulu paras-paras pinggang aje anak sulungnya itu. Sekarang ni dia pula yang hanya paras bahu Mirza. Dah berkahwin pula tu.

Maya melihat Aliya yang berada disebelah anaknya itu. Menanti gilirannya untuk bersalaman.

Belum sempat Aliya ingin menghulur tangan, Maya telah memeluknya erat.

"Mum sihat?" Soal Aliya betanyakan khabar.

"Macam ni je lah. I'm an old woman. Aliya sihat ke? Anak mum jaga you elok tak?"

"Aliya sihat je. Anak Mum ni jaga elok sangat, alhamdulillah." Jawab Aliya sambil menepuk bahu Mirza.

Maya kemudian melihat di sekeliling mereka.
"Mana yang lain?" Soal Maya apabila melihat tetamu yang lain tiada di rumahnya.

"Oh ada kami hantar dekat hotel dulu. Bagi hilang penat lepastu nanti dia orang datang for dinner." Jelas Mirza.

"Myra dengan Papa mana?" Soal Aliya. Kelibat Damia pun tak nampak.

"Myra dengan Mia beli groceries sikit. Papa still at work. Nanti dia balik lah tu."

Maya melihat anak menantunya yang berada di hadapannya sekarang ini. Dah besar rupanya. Dah ada keluarga sendiri, tanggungjawab sendiri. Sekejap betul masa berlalu. Terasa macam baru semalam dia menyisir rambut anaknya yang ingin ke sekolah. Sebak sedikit rasa di hati.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now