Bab 45

5.8K 329 11
                                    

"Aliya...sayang. Look at me."

Mirza melangkah mendekati Aliya lalu melabuhkan punggunya di atas katil, berhadapan dengannya.

"Sayang, tengok muka Biy." Kata Mirza sekali lagi dengan suara yang lembut.

Aliya akhirnya mengangkat muka seperti yang disuruh suaminya.

Hati Mirza terasa pedih melihat isterinya begitu. Melihat isterinya menahan tangisan.

Tangannya naik untuk mengesat air mata yang masih bersisa di mata Aliya.

"Siapa Rose sebenarnya?" Aliya menyoal. Suaranya menahan sebak.

Mirza masih mendiamkan diri. Tak tahu bagaimana nak mulakan.

"Siapa Rose? Siapa Rose pada awak dulu?" Aliya menyoal lagi. Kali ini matanya tepat memandang ke arah Mirza. Menunjukkan yang dia bersungguh-sungguh ingin tahu.

Mirza menghembus nafas. Mencari di mana dia patut memulakan ceritanya.

Matanya melihat pada gambar yang nenunjukkan seorang wanita yang mendukung seorang bayi.

Rose mendukung Damia.

"Rose, dia ibu kepada Mia."

Mirza kemudian diam seketika.

"Arwah ibu kepada Damia Rose." Sambungnya.

"Dan isteri awak dulu." Potong Aliya.

Mirza mengangkat muka memandang wajah Aliya.

"No, she's not my wife. Never was. Biy pernah cakap dekat sayang masa awal-awal kita jumpa. Yang Biy tak pernah kahwin. And I'm telling you the truth."

Aliya mengerutkan dahinya. Makin tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang ni.

Ya, seingatnya dahulu Mirza pernah mengatakan yang dia tak pernah berkahwin. Tetapi sekarang ini makin banyak persoalan yang bermain di difikirannya.

"Biy tahu sayang confuse. Jadi, Biy akan ceritakan satu-satu. Sampai sayang faham dan jelas."

Aliya mengangguk. Dia bersedia untuk dengar semuanya.

"Satu aje Biy minta, tolong...dengar sampai habis. Biy bukan nak mengenang kisah lama,tak."

Mirza mengenggam tangan Aliya erat.

Kad pelajar yang berada di dalam kotak itu dikeluarkannya kemudian ditunjukkan kepada Aliya.

"Ini, Rose Evans. My bestfriend, and was my  fiancée."

Badan Aliya mengeras sedikit apabila mendengar perkataan tunang itu. Cemburu? Ya, sedikit.

Tak perlu dinafikan lagi. Tetapi itu kisah silam Mirza dan dia sendiri yang meminta penjelasan jadi dia perlu mendengar semuanya agar tiada salah faham antara mereka.

"Kami kenal sejak belajar di universiti, kami masuk pada tahun yang sama. Jadi daripada situlah kami mula kenal antara satu sama lain dan menjadi kawan rapat."

"Lepas beberapa tahun belajar bersama, mengenali dia, jujur Biy kata, Biy masa tu jatuh suka pada dia. Tapi Biy tak bagitahu dia sebab agama kami yang berlainan. Biy hormat agama dia."

"Jadi kami teruskan hubungan persahabatan tu sampailah satu hari tu, kami baru lepas grad. Rose datang sendiri pada Biy dan minta Biy ajarkan dia tentang Islam. Siapa je tak gembira kan bila ada orang nak kenal agama kita sendiri?"

"Biy pun cerita dekat dia, ajar dia sikit-sikit. Lepastu Dia kata yang dia nak masuk ke Islam. Dia dah jatuh cinta pada Islam. Tapi sayang, keluarga dia tak restu. Keluarga dia halang kerana katanya, itu akan pecah belahkan keturunan tu."

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now