Bab 7

8.9K 445 9
                                    


Spaghetti Carbonara menjadi menu pilihan mirza. Sesuap demi sesuap dimasukkan ke dalam mulutnya.

Aliya hanya memandang mirza sambil menyedut segelas air kosong yang berada ditangannya. Damia pula sedang tidur di pelukannya. Ye lah, ngantuk lagi.

Mirza mengangkat kepalanya kerana rasa dirinya ditenung. "Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Soalnya.

"Tak ada apa. Saya cuma bosan." Balas aliya.

Mirza mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan. "Kau nak makan apa?" Soalnya kepada aliya sebaik sahaja pelayan itu datang.

"Eh. Saya tak nak makan pun. Tak payah lah! Membazir aje sebab saya dah makan dah tadi." Terang aliya.

"Kau jangan nak mengada boleh tak? Kau nak makan apa?" Soal mirza lagi.

Aliya mengeluh perlahan."Saya tak nak... kan dah cakap saya dah makan tadi? Tak apalah kak, saya tak nak pesan apa apa." Pelayan tadi kembali ke kaunter hadapan apabila aliya tidak mahu memesan apa apa.

Pinggan berisi makanan yang tinggal separuh itu ditolak ke arah aliya.
"Makan." arah mirza.

Aliya mengerutkan keningnya. Masih lagi tidak mengambil pinggan itu.

"Makan." Arah mirza lagi dengan nada yang sedikit keras kali ini.

"Eee. Takkan lah saya nak makan bekas tuan? Lagipun saya dah makan tadi. Berapa kali nak cakap? Tak payahlah." Tolak aliya.

"Kau makan apa je tadi?" Soal mirza

"Maggi, nugget sikit. Cukuplah tu."

Mirza mengelap bibirnya menggunakan napkin lalu mencampakkanya ke atas meja. Dia bangun lalu menuju ke arah aliya.
Damia yang sedang tidur perlahan lahan diambil daripada aliya.

"Makan, Setakat maggi bukan sihat pun. Kalau kau sakit siapa nak jaga mia?"

Aliya menelan air liurnya. Apa masalah dia ni? Orang kata tak nak makan tak naklah. Nak paksa dah kenapa kan? Aliya masih lagi tidak mencapai garfu yang berada di hadapannya. Mirza memandangnya tajam.

Teragak agak dia ingin mengambil garfu yang terdapat bekas mirza. Baru sahaja dia ingin menggulungkan spaghetti , mirza terlebih dahulu meletakkan sebuah garfu yang baharu di sebelahnya. Aliya memandang mirza .

"Apahal? Kau nak share garfu aku ke?"

Aliya menggelengkan kepalanya. Spaghetti itu disuapkan ke dalam mulut.

Ya Allah sedapnya!! Bisik hati aliya.

Mirza kembali duduk sambil menepuk perlahan peha damia. Baru sesuap aliya sudah meletakkan  garfu itu ke atas meja. Mirza memandangnya hairan "dah ke?"

Aliya mengetap giginya "kenapa saya kena makan bekas tuan pulak?" Soalnya dengan nada sedikit tinggi.

Yelah tak malu ke? Dah kahwin tapi perangai macam apa je. Tak ke kesian dek bini dapat laki macam ni? Hah aku pulak rasa bersalah. Karang orang kata aku ada skandal dengan laki orang. Kenapa dia tak ajak bini dia aje teman lunch? Bini dia ni pun satu tak tahu nak muncul ke? Biar aje laki macamni. Hah sudah semua orang aku salahkan. Aku ni pun pabo sangat pi makan bekas dia dah kenapa?

"Dah kau tak nak order yang lain. Membazirlah apalah. Share je lah dengan aku." Jawab mirza tanpa rasa bersalah.

"Gila." Kata aliya perlahan cukup untuk dia sahaja yang dengar.

"Dah lah. Kau tak nak makan, jom balik." Kata mirza lalu bangun dari kerusinya.

Kan senang kalau awal awal kata macam tu. Tak payah aku nak kena makan sisa dia pulak. Hish!

***

Sepanjang perjalanan di dalam kereta aliya hanya mendiamkan diri. Dah kalau dia diam mirza lagi lah diam.

Setelah beberapa minit barulah mereka sampai ke rumah. "Ingat, kalau nak keluar mana mana bagitahu aku. Jangan tinggal mia. Bawak kereta yang lagi satu tu. Faham tak?" Pesan mirza.

"Hmm. Ye" itu sahaja yang dibalas oleh aliya. Biadab? Kalau tengah angin tu dia memang tak kesah apa dah. Nak aje dia ungkit. Memang kalau pandangan sesetengah orang itu benda kecil. Mungkin. Tapi tak bagi dia. Nak dijadikan cerita.... macam tu lah.

Sebaik sahaja aliya keluar dari perut kereta, mirza terus memandu ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat.


          Selesai sahaja mesyuarat, mirza kembali ke biliknya. Telefonnya dicapai lalu mendail nombor aliya.

Tidak dijawab.

Didail lagi sekali pun tidak dijawab.

Haih, marah ke? Sebab apa?

Atikah dipanggil untuk masuk ke biliknya.

Atikah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk.

"Ye tuan ada apa?"

"Kau ada call adik kau tak?" Soal mirza

"Uh, belum lagi. Kenapa ya? Tuan nak nombor dia ke?"

Mirza menggeleng "cuba kau call dia. Tengok dia jawab ke tak. "

Atikah mengerutkan keningnya "kenapa? Ada hal penting ke? Dia tak jawab call ke?"

"Call aje lah."

Atikah mengeluarka  telefon pintarnya daripada poket seluar lalu mendail nombor adiknya.

Tidak berjawab.

"Tak jawab lah tuan. "

Mirza hanya mengangguk kemudian mengarahkan atikah untuk keluar.
Dia memusingkan kerusinya menghadap monitor cctv. Kelibat damia mahupun aliya tidak kelihatan di mana-mana ruang.

Mungkin dalam bilik kot.

Mirza segera menyiapkan kerjanya.

Cepat siap cepat lah dia balik kan? Entah apa apa jadi dekat mia karang susah. Bukan boleh percaya pengasuh sekarang ni. Kan?

Hmm ye lah tu mirza oi...

***

Salam diberi dari luar rumah. Tanpa melihat dia sudah tahu itu siapa. Mestilah majikan dia kan? Dah rumah  dia.

Pintu dikuak dari luar. Mirza masuk ke dalam dalam keadaan lengan kemejanya dilipat hingga ke siku. Tali lehernya sudah dibuka dan kini berada di lengannya bersama dengan kot.

Aliya pula sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Dia cuma menunggu arahan daripada mirza yang dia boleh balik.

"Apasal kau tak angkat call aku?" Soal mirza.

"Oh.." Aliya kemudian mengeluarkan telefon daripada beg silangnya.

Telefon itu telah terbuka bahagian belakangnya berserta dengan bateri yang turut tidak berada di dalam telefon. Skrin telefon juga sudah retak. Tambah lagi dengan rupa telefon tu yang dah .... ehem....
Telefon murahlah. Standard lah kan.
Tapi kalau dah jatuh daripada tempat tinggi, terhempas pulak dekat jubin keras. Tak ke innalillah benda tu.

"Dah kenapa telefon kau?" Soal mirza.

Aliya memasukkan semula telefonnya ke dalam beg " tak ada apa. Jatuh tangga tak silap saya tadi. Kalau saya tak cuak tadi tak ada nya saya terlepas benda ni kan?" Terang aliya sedikit sarkastik.

"Oh. Hmm... kau boleh balik. Thanks jaga mia."

Aliya hanya senyum kemudian keluar dari rumah itu. Alhamdulillah hari pertama nya selesai. Siapa sangka first day boleh jadi macam macam.

***
Dah.....
Kenapa aku rasa merepek aje chapter ni? Entahlah. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Eceh.. komen lah apa apa. Bye!!

Tq!!

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now