Bab 17

7.3K 340 6
                                    

Telah seminggu berlalu sejak mereka pulang dari Langkawi.

Apa yang berlaku disana, kekal di sana.
Hari berjalan seperti biasa dimana aliya akan pergi ke rumah mirza dan laksanakan tugasnya.

Mirza, cuba untuk mengawal emosinya dan kuatkan diri.
Kenapa?

Itu adalah sebab pertama mirza ingin mengambil Aliya berkerja.
Hal ini kerana Aliya amat mengingatkannya kepada seseorang yang sangat disayanginya malah dia yakin bahawa aliya adalah orang yang sesuai untuk menjaga damia.

Sekarang, dia seolah-olah, menyesal.
Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan  kerana perasaannya setiap kali bertemu dengan aliya adalah sama sepertimana perasaannya dengan dia walaupun mereka berdua adalah dua orang yang berbeza,

Rose.

Kalau boleh dia ingin mengelak daripada Aliya. Tetapi bila difikirkan balik, dia sahaja yang melebih-lebih.

Deringan telekom menyedarkan Mirza dari fikirannya. Butang ditekannya.

"Yes?"

"Tuan, saya balik dulu. Dah 6.30. Tuan nak stayback ke?"

Jam tangan dikerlingnya. Ya, dia dah lambat!

Selalunya dia akan balik tepat jam 5. Boskan.

"Uh haa. Ye ye. Aku pun nak balik dah."

Setelah itu dia mencapai segala barangnya lalu terus menuju pulang ke rumah.

"Ah sudah..."

***

Damia lena tidur diatas pangkuan Aliya. Aliya pula dua kali lima juga terlentok di atas sofa. Lama menunggu tidak sedar yang dia sudah terlelap.

Salam banyak kali diberikan dari luar. Langsung tidak bernyahut. Terpaksa dia mengeluarkan kunci dari kocek menggunakan tangannya yang penuh.

Pintu dikuak perlahan.

"Aliya! Ali- apa benda tu?"

Sesuatu berwarna merah hati di atas sofa menarik perhatian Mirza. Makin dekat makin jelas. Aliya yang sedang tidur.

Rambutnya diraup kebelakang.

"Uhm..Aliya. Aliya.. bangun."

Namun tiada sebarang balasan. Lagi ditambah dengan dengkuran halus dari Aliya membuatkan mirza tertawa kecil. Ayu sangat.

"Tidur mati kau eh. Mia dah senget-senget pun kau tak sedar. Haduh, macam mana ni." Bebel mirza sendirian.

Dia duduk di meja kopi lalu mendail nombor Aliya.

Ringtone telefonnya yang berbunyi berkali-kali akhirnya membuatkan dia terjaga.

Panggilan itu dijawab tanpa menyedar kelibat Mirza didepannya.

"Helo?" Aliya menyapa sambil matanya masih tertutup.

"Dah bangun?" Soal mirza layankan sahaja Aliya yang masih mamai.

"Hmm....Tuan ni tak balik-balik lagi. Nak dekat sejam setengah aku tunggu. Eh, siapa ni? Yong ke? Apesal suara kau lain?"

Panggilan dimatikan.

"Eh letak pulak dia... haih..mana dia ni. Balik lambat tak bagitau aw- MAK KAU DAH BALIK!" Aliya menekup mulutnya kerana terkejut.

Apa yang aku dah cakap tadi? Masa bila dia ada kat sini. Dia ada buat apa-apa ke kat aku?

Aliya memandang ke bawah. Dirinya masih selamat. Damia pula, sudah senget ke tepi.

Kedudukan Damia diperbetulkan. Dia baeu sahaja ingin mengangkat kepala tetapi kembali tunduk apabila dipandang tajam oleh Mirza.

Malulah aku! Dia ni pun. AH! Nak marah pun marahlah. Ok Aliya kau tebalkan muka je.

"Sorry sebab aku kau balik lambat."

Huh? Hah? Dia minta maaf? AHAHAHA. EHEM.

"Eh, um tak apalah. Saya pun minta maaf sebab..um sebab tadi. Ha. Jadi,saya dah boleh balik lah kan?"

Damia diletakkan perlahan-lahan di atas sofa. Kemudian dia berdiri lalu membetulka  bajunya yang sedikit kedut.

"Saya balik dulu.."

Aliya melangkah untuk keluar dari rumah. Dia berpaling semula apabila dipanggil oleh Mirza.

"Nak makan sekali tak? Aku belanja. "

Ah nak belanja makan pulak.. aku dah la malu tak habis lagi.

"Um,tak apa lah. Lagipun Mia tidurkan. Kesian nak bawak dia. Kakak saya mesti tunggu dekat rumah tu. Terima kasih  je ye Tuan."

***

Mi yang digorengnya tadi dikuis kuis menggunakan garpu.

"Aliya! Aliya! Weh bangunlah.. macam mana nak kejut budak ni."

Aliya bergerak-gerak sedikit kemudian  kembali lena.

"Tidur mati kau eh. Mia dah senget-senget pun kau tak sedar. Haduh, macam mana ni." Bebel mirza sendirian.

"Tak....maklong tolong..paksu!
Sanggup kauorang.."

"Aliya..aliya bangun"

Diam..

***

Hai. Ehehehe..
Thnx kepada yg masih tunggu even lambat update😢
sayang sama kamu😚






Babysitter Tuan Mirza [✔]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt