Bab 27

7K 317 5
                                    


Mirza sudah bersiap-siap untuk membawa keluarganya jalan-jalan makan angin. Dah lama tak singgah lah katakan.

"Myra, nak pergi mana dulu?" Soal Mirza kepada adiknya.

Myra yang sedang memakai kasut itu berhenti kemudian memandang ke arah abangnya.

"Bukit Melawati jom!" Ajaknya segera.

Mirza tersengih. "Ooh, rindu member ye? Maklumlah,lama tak jumpa." Usiknya.

Member yang dimaksudkan adalah lutung-lutung yang terdapat di sana.

Myra mencebik. Kau nak samakan aku dengan lutung ye?

"Haa yelah. Jom."

Damia? Sejak keluarganya datang, lupa terus pasal Mirza. Mirza nak keluar pun dia tak kesah. Sanggup tunggu atok dengan nenek dia dulu.

"Dani, nanti bolehlah singgah rumah Asyraf sekali ya? Area situ juga kan?" Soal Khairul.

Kaca mata hitamnya dipakai terlebih dahulu kemudian pintu kereta dibuka "Boleh je pa." Balasnya dengan lagak cool.

"Fikir cool ke?"  Omel Myra.

Mirza pula mencebik. Suka hatilah.

***

Pagi itu, Aliya menemani Nabil dan Sofi ke pekan dengan menaiki kereta yang dimiliki Nabil.

Nak mencari barang apa entah.
Sedang pusing-pusing pekan, boleh pula terserempak dengan kawan-kawan lama mereka.

Atikah pula ingin tinggal sahaja di rumah. Nak bersihkan laman belakang katanya. Ada juga Cik Senah datang untuk memberikan kuih yang dia buat. Rajin betul, dari dulu lagi.

Elok dia bersembang dengan Cik Senah, tiba-tiba dia terdengar bunyi geseran batu. Seperti ada kereta yang masuk di halaman rumahnya.

Dia dan Cik Senah saling berpandangan. Sangkanya Aliya baru balik dari pekan.

Dia bangun dari kerusi kemudian pergi ke depan untuk membuka pintu.

Kelihatan sebuah teksi terpakir elok dihadapan rumahnya. Siapa pula tu?

"Cari siapa?" Soal Atikah sebaik sahaja sebuah susuk ingin keluar daripada teksi

Tercengang di dibuatnya apabila orang yang datang itu adalah orang yang langsung tak diingininya.

Riak wajahnya terus berubah. Dia dan  lelaki itu saling berpandangan.

"Kenapa Paksu datang sini?" Soalnya dingin.

Lelaki yang dikatakan Paksu tadi seperti terkejut juga reaksinya. Mungkin tak sangka yang dia akan benar-benar berjumpa dengan mereka semula.

"Um- tak apalah Tikah, lain kali jelah Paksu d-datang. Maaf mengganggu." Kemudian dia ingin masuk semula ke dalam kereta.

Atikah terus turun kebawah untuk menahan Paksunya daripada pergi. Pintu teksi ditahan daripada ditutup.

"Kenapa Paksu datang sini? Mesti ada sebab kan? Bagitahu sekarang." Soal Atikah lagi. Wajahnya masih kekal dingin menahan marah.

"P-paksu cuma-" kata-katanya terhenti apabila sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.

Dia menoleh. Kelihatan Aliya, sedang keluar daripada perut kereta. Nabil dan sofi juga turut keluar daripada kereta dengan beberapa beg plastik di tangan mereka.

"Hah! Tu lah orangnya Yaya! Eh eh,dia memang Paksu kau lah..." kata Nabil dengan teruja namun sekejap sahaja apabila dia dapat tahu bahawa orang itu adalah sememangnya Paksu kepada Aliya.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now