Bab 10

9K 416 8
                                    

"Dah. Pergi duduk depan dengan mia." Arah mirza kepada aliya.

"Um tuan."

"Apa lagi?"

"Terima kasih tau belikan saya telefon. Disebabkan tuan tak potong gaji saya, saya janji! Saya dapat aje gaji pertama, saya akan bayar balik. Okey? So tuan tak payah fikir bila saya nak bayar." Kata aliya.

Mirza mengetuk jari jemarinya untuk membersihkan nasi. Kemudian dia memandang aliya dengan riak bosan. Bosan?

"Berapa kali aku nak kena cakap dengan kau? Aku nak bagi kan. Tak payah lah nak bayar balik? Apa masalah kau sekarang ni? Memang kalau orang bagi hadiah kau pulang balik ke macam mana? Tak kan?"

"Kalau tuan kata tuan nak bagi, saya pun samalah. Saya nak bagi balik duit tu. Tuan memang jenis suka tolak hadiah orang ke macam mana? "Apa yang dikatakan mirza itu berpatah balik ke dirinya.

"Lagipun,tak ada sebab kenapa tuan bagi saya hadiah. Nak kata sebab saya kerja sini,baru dua hari. Kan? So, tuan tak ada pilihan"  sambung aliya lagi.

Dia memang tidak suka berhutang. Tapi kalau dengan atikah ye. Tapi sekarang ni bukan hutang pun kan? Peninglah kepala  macam ni.

"Aku tak nak ambil."

"Tak nak sudah. Saya bagi mia nanti."
Jawab aliya selamba.

Mirza sudah terlampau geram dengannya sampaikan dia berdiri dari bangku.Pinggan diangkat lalu berjalan ke arah aliya.

Aliya sudah menelan liur. Hah tulah kau berani sangat tadi.

"Apa masalah kau sebenarnya?" Soal mirza. Kali ini mukanya lebih serius. Hebat. Sembang pasal telefon pun boleh buat dia naik angin.

"Uh, tak ada." Jawab aliya dengan kepalanya tertunduk ke lantai.

"Dah tu?"

"Eh tak apalah, tadi tuan suruh pergi depan kan? Kesian mia duduk bawah kan? Jom mia! Hehe. Bai papa, mia pergi dulu!" Aliya cuba mengubah topik.

Damia yang berada di lantai didukung lalu dibawa ke depan. Nasib kau dapat lari.

"Mia. Mia. Mia. Dah tengah hari tapi mia tak tidur pun.... sebab apa? Sebab bangun lambat tadi kan? Haa tulah. Kan sekarang dah tak tahu nak buat apa." Kata aliya kepada damia sambil berura ura ingin melambungnya.

"Yaa! Eeeeee!" Balas damia. Dia telah mencengkam tangan aliya menggunakan kukunya.

"Eh sakitlah mia... geram lah tu. Tak kesian ke dekat kak ya ke? Ooh, pandai eh. Jomlah naik atas. Jom!!!!"

***








"Aliya! Aliya!" Jerit mirza dari ruang tamu namun masih tiada balasan. "Dekat atas ke?"

Dia naik ke atas lalu pergi ke arah di mana dikatakan bilik aliya.

Baru sahaja dia ingin memulas tombol namun tangannya terhenti.
Tangannya dibentuk menjadi buku lima lalu mengetuk pintu.

Namun ketukan dibalas dengan cakaran. Mirza mencangkung untuk menyamakan paras dengan damia "Mia? Kak ya mana sayang?"

"Paa...! Mmmmm iyya." Jawapan Damia membuatkan mirza ketawa kecil.

"Aliya....?" Panggil mirza lagi.

Setelah beberapa saat baru suara aliya kedengaran.

"Mia, sini kejap. Kak ya nak buka pintu." Lalu pintu dibuka oleh aliya yang bertelekung putih.

"Ooh kau solat eh. Sorry. Ni aku nak pergi kerja balik dah"

"Ooh haa. Ok. Kejap lagi saya turun." Balas aliya. Baru dia ingin menutup pintu tapi bila melihat mirza yang masih belum berganjak membuatkan dia terhenti. Dia masih takut dan malu sebenarnya. Ye lah tadi dah berperang mulut. Lepastu sekarang dah berubah macam tak ada apa yang jadi. Baguslah tu.

"Ye tuan? Ada apa lagi? Saya nak pakai tudung ni?" Tanya aliya.

Mirza mengelipkan matanya seolah olah seperti tersedar dari sesuatu "Oh, aku ada benda nak bagi tahu kau. Tapi balik nanti aje lah."

"Kenapa tak cakap sekarang?"

"Aku dah lambat. Ada meeting. Aku pergi dulu. Jaga mia elok elok." Kemudian mirza terus bergegas turun ke bawah. Wajahnya diraup "Ya ALLAH... apa benda lah aku ni."

Setelah kelibat mirza hilang dari pandangan baru aliya menutup pintu.
"Kalau dia nak bagi tahu nanti sebab dia lambat nak pergi kerja, nanti aku pula lambat balik sebab bercakap dengan dia. Haih, hidup hidup."

Matanya teralih ke arah damia yang sedang menggigit hujung tudung bawal aliya yang terjuntai dari katil.

"Hei! Mia! Apa ni makan tudung... mana boleh. Amboi.... semua nak masuk dalam mulutnya. Sini kak ya tengok, dah nak ada gigi baru ke?"

Namun damia telah mencubit lagi sekali tangan aliya. "Mia....! Kenapa suka sangat cubit kak ya ni? Kalau geram pun janganlah.... nanti dah ada gigi baru, nak gigit pulak ke? Hmmm." Kata aliya lalu memicit pipi tembam Damia.

***

Petang telah pun tiba. Aliya telah bersedia menunggu di ruang tamu dengan damia yang sudah siap mandi.

Sebaik sahaja pintu terbuka,secara automatik aliya berdiri.

" Tuan,"

"Hmm, dah boleh balik." Arah mirza.

"Lah, tadi kata nak bagi tahu sesuatu. Apa dia?"

"Oh," Mirza meletakkan begnya di atas sofa. Kemudian lengan kemejanya dilipat.

"Weekend ni aku ada bengkel."

"Jadi?"

"Kau kena jaga mia"

"Ooh, tu je ke. Boleh je. Tuan hantar lah dia kat rumah saya. Nanti saya bagi alamat." Jawab aliya.

"Tak boleh. Mia ikut aku." Balas mirza

Aliya meneleng kepala "Dah tu? Bawak je lah dia. Apa masalah nya?"

"Siapa nak jaga dia aliya?"

"Dah tuan nak bawak dia,tuan lah jaga. Hahaha takkan tu pun nak tanya?" Jawab aliya agak tidak faham masalahnya.

"Kau babysitter dia kan? Kau lah jaga."

"Dah tu hantar je lah dekat rumah saya" jawab  aliya lagi dengan jawapan yang sama.

"Kan aku kata nak bawak dia... "

"So? Straight to the point aje lah tuan... saya tak faham lah."

Mirza tersengih "Kau ikut aku pergi bengkel tu untuk jaga mia. Boleh kan? Aku bayar lebih..."

"Saya? Ikut tuan pergi bengkel? Ish taknak lah! Orang sibuk kerja, saya yang tak ada kena mengena tiba tiba muncul. Taknak lah! Kalau tuan nak suruh saya jaga, hantar je dia pergi rumah saya."

"Alah, aliya. Kau kerja dengan aku juga. Tolonglah. Tak apa, semua aku bayar. Kau tak payah risau."

Aliya mengeluh perlahan " tuan, saya tahu tuan kaya. Tapi tu bukan  masalahnya. Masalahnya sekarang, Saya. Tak. Nak. Ikut. Tuan. Pergi. Bengkel. "

"Atikah ikut sekali lah.. lagipun kau jaga mia je, bukannya aku suruh kau buat paperwork ke apa."

"Atikah ada? Kenapa?"

"Dah dia kerja dengan aku..kau ni pun. Please?"

Aliya diam seketika. "Haih....bagi saya fikir dulu...... Dah boleh balik kan?"

Kali ini, mirza senyum ikhlas "Boleh! Silalah pulang dan berehat cik Aliya. Tenangkan fikiran anda ya? Terima kasih kerana telah bekerja pada hari ini!"

"Hmmm. Bodek lah tu. Cis." Kata aliya dengan suara perlahan.

***

😁 boleh panggil ni bab membebel ye. Sebab banyak sangat dialog ni.
Thank you!!!

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now