Bab 26

7.2K 315 4
                                    


Akhirnya rindu pada kampung halaman dapat dilepaskan. Bunyi ayam berkokok, suara kecoh Nabil yang selalu datang lepak nak membawang. Huh.

Ya, Nabil pun dirindui. Gila tak rindu.

Seronok juga tengok orang baru balik dari kebun, lambai-lambai mereka.
Cucur yang digorengnya tadi dimasukkan ke dalam mulut sambil menikmati pemandangan pada waktu petang.

"Yaya, aku nak cakap ni. Sepanjang kau dekat KL tu, aku selalu perasan ada seorang lelaki yang kerap jugalah datang rumah kau. Naik teksi" Kata Nabil

Keningnya dikerutkan "lelaki? Siapa?"

"Hmm, nampak macam gaya dah pakcik-pakcik gitu. Belum sempat aku nak datang tegur dia, dia dah kalut balik dulu." Terang Nabil lagi.

Lelaki? Pakcik-pakcik? Siapa?

"Kau tak nampak muka dia? Tak cam?" Soal Aliya lagi.

Nabil menggelengkan kepalanya kemudian mengangguk dan menggeleng balik.

Eh dia ni.

"Macam kenal. Macam tak. Hah macamtu lah. Macam..paksu kau pun ada. Tapi orang lain kot kan?"

"Paksu aku? Kau biar betul? Hmm, tak apalah. Nanti dia adalah datang lagi tu. "

Sofi yang sedang bermain basikal dipanggil oleh Atikah yang baru sahaja keluar dari rumah. Di tangannya terdapat sebuah bekas yang berisikan lauk untuk makan malam.

"Nah, nanti Sofi bagi dekat mak ye? Suruh abang yang bawak. Jom."

Sofi mengambil bekas itu kemudian mengucapkan terima kasih.

Mereka berdua bergerak ke arah pondok dimana Nabil dan Aliya berada.

"Huah! Sambal sotong! Mantap kak." Kata Nabil apabila bekas tadi telah diberikan kepadanya.

"Abang....jom balik. Sofi nak mandi."

"Lah, pergilah balik. Abang nak lepak sini lagi. Tu hah, rumah sebelah tu je. Pergilah." Kata Nabil seperti menghalau adiknya.

Sofi menjeling. Orang nak balik dengan dia, dia suruh balik seorang.

"Alah, Abil. Kau balik jelah dengan dia. Esok boleh je kan datang lagi."
Atikah pula bersuara. Dah kalau rumah sebelah-sebelah, boleh je datang bila-bila.

Nabil mengeluh kemudian turut mengikut adiknya pulang ke rumah. Kalau dengan Atikah ni, tak boleh nak melawan. Nanti garang dia lain macam.

Jadi tinggallah dua beradik itu di luar rumah.

Aliya memberitahu kakaknya tentang apa yang diceeitakan Nabil tadi.

"Eh,kalau paksu tu nak datang sini buat apa? Nak ambik rumah ni pulak?" Kata Atikah dalam nadanya sedikit angin.

"Tak taulah Yong. Nabil kata setiap kali dia nak datang tengok, orang tu dah lari dulu." Balas Aliya pula. Tak mahu kakaknya naik angin.

Hish, tapi kalau betullah itu paksu, dia nak apa lagi?

***

Segala hadiah yang dia dapat dibuka lada malam itu. Bersepah jugalah rumah selepas majlis itu tamat.

Satu beg kertas yang mempunyai corak patung beruang diambil oleh Myra.

"Nah Mia, buka yang ni pulak. Macam best je isi dia."

Mirza mengambil beg itu kemudian membantu Damia untuk membukanya.

"Wau! Ada shoes lah!" Kata Mirza.

Kasut itu bercorakkan bunga-bunga kecil ditepi. Elok sangatlah memandangkan Damia pun dah nak mula berjalan kan.

Ada lagi isi didalam dekeluarkan.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now