Bab 38

7.6K 326 12
                                    


Aliya merenung ke luar. Suasana malam diterangi dengan cahaya bulan dan bintang. Sangat menakjubkan ciptaan tuhan.

Tanpa dia sedari, Mirza sudah masuk ke dalam bilik. Dia berjalan ke arah Aliya yang sedang asyik termenung sampaikan dia panggil pun tak menyahut.

Ruang kosong disebelah Aliya menjadi tempatnya menyelit.

"Sayang okey? Fikir pasal apa?" Soal Mirza penuh prihatin.

Aliya menggeleng perlahan. Memberi maksud yang dia tidak memikirkan apa-apa.

Namun Mirza memandangnya dengan curiga.

Rambutnya dibelai oleh Mirza. Yang terurai diselitkan ke belakang telinga.

"You can't lie to me, Aliya. Bagitahulah. Rindu Mia?" Mirza meneka.

Petang tadi keluarganya semua telah berangkat ke lapangan terbang. Mereka perlu mengejar penerbangan hari ini.

Banyak kali suruh tinggalkan Mia tapi maknya berdegil. Kan sekarang dah ada Aliya? Boleh lah kan?

Maya buat tak endah sahaja dengan pujuk rayu Mirza. Mengada.

Atikah juga sudah pulang bersama kawannya yang lain. Yelah, orang kerja.

"Sikit lah. Dulu saya babysitter dia, tapi sekarang dah jadi mak dia. Kejap masa berlalu" Jawab Aliya.

"Well sekarang jadi babysitter bapaknya pulak lah. Babysitter Tuan Mirza. Hah. So sayang kena jaga Tuan Mirza ni macam mana sayang jaga Mia. Cuma ada advance sikit lah. Okey?" Kata Mirza lagi. Cuba untuk menggembirakan hati isterinya.

Aliya mengulum senyum. Nak kena jaga baby besar lah ni?

"Yelah Tuan Mirza, saya sedia berkhidmat untuk awak. Apa-apa je okey?"

Kemudian senyuman pada wajah Aliya jatuh apabila melihat Mirza yang mencebikkan bibirnya .

"Apasal buat macamtu? Fikir comel? Kalau Mia tak apa lah juga." Balas Aliya sambil tangannya naik mencubit perlahan bibir Mirza yang terjuih.

"Sayang nak panggil saya awak ke?Mana aci. I call you sayang and you just call me awak? Sayang panggil Acap pun awak. Tak nak kawan lah." Balas Mirza kemudian dia menoleh ketepi sambil memeluk tubuh. Berpura-pura merajuk.

Aliya ketawa mendengar alasan Mirza. Pasal tu je pun! Betul ke ni Tuan Mirza ni?

"Yelah, nak 'sayang' panggil awak apa? Abang?" Soalnya sambil menekankan perkataan sayang. Bahu Mirza diusapnya. Nak pujuk baby besar ni pulak.

Mirza menggeleng "Myra pun panggil abang."

Aliya menelengkan kepalanya

"Dah tu?

Abi?

Oppa?

Papa?

Honey?

Darling?

Kanda?

Hubby?

Ke nak panggil Baby? Hurmm? Biy...macamtu?" Soal Aliya. Dia tergelak sedikit apabila memanggil Mirza dengan panggilan 'baby'.

Tak sangka pula dia berjaya membuat Mirza menoleh!

Badannya terdorong sesikit kedepan apabila ditarik oleh Mirza.

"Panggil lagi yang last tu. Tak dengar." Arah Mirza.

"Baby? Nak panggil baby ke? HAHAAHA awak serius?"

Mirza mendekatkan lagi wajahnya kepada Aliya.

"JUST  DO IT "

Aliya berdehem terlebih dahulu. Kemudian tangannya dibawa naik ke leher Mirza.

"Biy.....? Dah?"

Mirza terus tersenyum gembira. Rambut Aliya diramasnya kasar.

"Hei, janganlah!" Marah Aliya.

Kemudian tak sudah dengan itu, pipinya pula dikucup kiri dan kanan oleh Mirza. Saja mahu menyakat!

"Cantik." Kata Mirza.

"Apa yang cantik? Saya? Baru tahu ke?" Soal Aliya tak puas hati.

"SAYANG not saya. Well takdelah baru tau. Cuma kali ni biy boleh tengok kecantikan sayang dengan lebih dekat. Siap boleh buat ni" dengan itu, Mirza mencubit geram pipi Aliya.

"Eih sukahati aje cubit pipi orang!" Marah Aliya lagi

"Memang suka hati lah dah kalau orang tu isteri kita sendiri." Balas Mirza selambanya.

Aliya diam. Malas mahu melayan. Ada aje nak dijawabnya.

"Sayang" panggil Mirza lagi.

"Hmm"

"Thank you"

"For what?"

"For marrying me. For being my wife. "

"My most pleasure. Hehehe"

***

Keesokan pagi, Aliya ingin membawa Mirza jalan-jalan keliling kampung.

Aliya melihat Mirza yang berjalan ke arah kereta merahnya. Kesian, kereta kesayangan tengah repair.

"Nak pergi mana tu?"soal Aliya.

"Kata nak pergi jalan-jalan. Jomlah!"

Aliya menggeleng kepalanya. Apa kes naik kereta. Tak ada feel lah macamtu.

"Naik basikal. Amacam?"

"Basikal? HAHAHAHAHA biy tak pandai bawak."

Pernyataan daripada Mirza itu membuatkan Aliya terpana. Serius? Basikal kut!

"Serius lah? Hmm..tak apa. Biy duduk belakang je. Biar Yaya yang kayuh."

Mirza menggaru keningnya yang tidak gatal. Nak duduk belakang? Malu lah pulak.

Tahu-tahu aje Aliya dah sorong basikal di hadapannya.

"Tunggu apa lagi? Jom lah naik cepat!" Kata Aliya sambil menepuk-nepuk tempat duduk belakang. Dulu selalunya dia yang akan duduk situ sebab Atikah yang kayuh.

Nak tak nak, Mirza duduk juga di belakang. Pinggang Aliya dipeluknya erat.

"Lah, jangan peluk kuat sangat. Pegang baju je. Eh?"

Mirza mengangguk sambil menelan liur. Kalau jatuh macam mana? Memang tak suka betul dia naik basikal

Maka bermula lah pengembaraan mereka mengelilingi kampung.

Ramai juga yang tegur. Nampak lagi comel sebab biasanya lelaki yang mengayuh.

Nak terhuyung-hayang juga Mirza duduk di belakang. Berat!

***
😑




Babysitter Tuan Mirza [✔]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant