Bab 46

6.1K 308 15
                                    


Keesokan harinya, mereka berehat-rehat sahaja di rumah. Ada juga yang jalan-jalan makan angin meneroka bumi asing itu.

Sepanjang hari Aliya merasakan dirinya seperti kekurangan sesuatu, atau perkataan yang sering disebut ramai 'insecure' .

Kenapa?

Dia menyoal diri sendiri  "layak ke aku? Layanan aku ni bagus ke tidak pada dia? Boleh ke aku ni jadi yang terbaik seperti mana arwah dahulu? Macam mana kalau dia kahwin dengan aku kerana teringat pada Rose? "

Malam tadi Mirza telah berkata yang dia akan membuang kotak itu berserta dengan isi didalamnya. Yelah, dia tahu mungkin Aliya idak selesa apabila dia masih mengenang kisah lama.

Namun Aliya menghalang. Barang-barang itu disimpannya semula ke tempat asal. Apabila Damia sudah cukup besar, dia mahu anak itu memiliki barang ibunya. Supaya dia kenal siapa ibu yang melahirkannya.

Tetapi hari ini, dia pula yang berperangai lain macam.

Tapi serius dia kata dia tak kesah!

Dari segi percakapannya, berbeza daripada biasa. Kebanyakannya berdiam diri dan hal itu telah membuatkan Mirza perasan.

Mirza juga berfikir, dia ada buat salah apa-apa ke pada Aliya? Ke sebab semalam? Tapi semalam-

Ish, dia tak sepatutnya percaya bulat-bulat apabila Aliya kata dia okey!

Dia tahu dalam diam hati perempuan isterinya tu pasti akan merasa sesuatu.

Tidak berlama lagi, dia bangun dari sofa lalu berjalan mencari kelibat Aliya.

Tengok! Selalunya Aliya akan teman dia kalau tengah duduk-duduk ke, berehat ke. Tapi hari ni, langsung hilang entah ke mana.

Mengelak ke?

Sekejap ada, lepastu hilang. Bila dia panggil , datang, lepastu hilang balik.

Allahu, kenapa isteri aku ni.

Akhirnya kelibat Aliya kelihatan di laman belakang rumah bersama Maya.

Mereka sedang bersembang sambil menyiram pokok.

"Sayang..." panggilnya dari jauh. Tetapi Maya pula yang menoleh, bukan Aliya.

Maya kemudiannya menyiku perlahan lengan Aliya. "Tu, husband you panggil." Katanya sambil mulut muncung ke arah Mirza.

Setelah itu baru Aliya menoleh. Pura-pura seperti tidak mendengar panggilan Mirza tadi.

Matanya bertentangan dengan Mirza. Sekejap sebelum dialihkan menghadap ibu mertuanya.

"Mum tak apa ke seorang kat sini?" Soal Aliya lalu membuatkan Maya ketawa.

"Apa punya soalan lah Aliya ni. Ni rumah Mum kan. Dah bertahun dah duduk sini takkan lah nak sesat. Tak ada siapa nak culik pun lah orang tua macam Mum ni. Alah, you pergilah, utamakan husband tu."

Aliya senyum nipis. Ye tak ye jugak. Aku ni pun lah hai.

Kakinya melangkah ke arah Mirza yang  masih memandangnya dari tadi dengan kening yang terangkat sebelah manakala bibir mengukir senyum.

"Kenapa Biy?"

"Aih, nak kena bersebab ke setiap kali Biy panggil Sayang?"

Aliya menggeleng.

Tanpa sebarang kata, tangannya digenggam Mirza kemudian tubuhnya didorong masuk ke dalam rumah.

"Eh nak pergi mana? Sayang nak tolong Mum tu"

Babysitter Tuan Mirza [✔]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant