Bab 16

7.7K 367 24
                                    

Setelah puas berjalan,berbelanja dan bergambar, akhirnya siang telah berganti malam.

Satu pondok yang terletak di tepi pantai menjadi pilihan mereka untuk mengadakan bbq.
Mereka juga mengambil peluang ini untuk membuli bos mereka.

Tak lain tak bukan budak dua orang tu lah yang berani.

"Alah Tuan, inilah masanya tuan tunjuk skill tuan tu. Bilalah lagi kami nak merasa air tangan tuan..."

"Halah..kau nak suruh aku yang bakar cakap jelah. Tak payah nak puji sangat. "

Sambil-sambil makan, mereka juga turut bermain beberapa permainan. Malam ini perlu dihabiskan sebaik-baiknya kerana esok mereka perlu pulang ke KL.

Mirza meletakkan sedikit daging dan sosej ke atas pinggan kemudian secara sorok-sorok dia pergi ke belakang.

Lelaki itu sudah memeluk tubuh dan menjeling mirza
"Aku fikir kau dah lupa aku tadi. Kalau tak kebulur aku kau tahu tak?"

"Alah Acap, sabar lah. Aku nak tunggu sampai diorang tak perasan. Sorry eh. Haa dahlah. Aku kena pergi sana balik. Kalau nak tambah kau mesej je."

Kata-kata mirza itu diabaikan. Sebaliknya dia sedang fokus menjamah makanan yang telah diberikan sepupunya itu.

"Hmm."

Mirza menepuk bahunya sebelum berjalan semula ke pondok tadi.

Daripada jauh kelihatan seperti semua sedang fokus bermain. Entah apa yang dimain mirza tak tahu.

"Okey, sekarang kita pusing botol..."

Botol sos cili itu berputar dengan laju di atas meja kemudian beransur perlahan.

Berhenti.

Penutup kuning itu menunjuk ke tempat yang tiada siapa duduk.

"Alah tak ada siapa!"

"Eip, kejap!" Kata farhan sambil mengangkat tangannya

Farhan meneliti dari hujung penutup hinggalah matanya berhenti ke arah mirza yang sedang berjalan ke arah mereka.

"HAH! Tuan! Tuan cepat sini!" Jerit farhan.

Mirza yang semakin hampir mengerutkan kening.

"Kenapa?"

"Truth or dare?" Soal syafiq sambil mengangkat-angkat keningnya.

Mirza duduk di kerusi yang kosong itu sebelum menjawab

"Eh, aku taknak main lah. Tukar-tukar. Aku nak tengok je."

Semua orang disekeliling meja itu merungut.

"Tak bolehlah...siapa yang duduk sini kena main. Hah,tuan dah duduk so..no excuse." Kata atikah pula.

Semua di situ merayu sambil menyebut 'please!'

"Huh..fine. Umm, dare." Jawab mirza

"UUUUUU"

"Berani!"

"Siapa yang nak bagi dare dekat tuan? Okay botol sila tentukan." Syafiq mula memutarkan botol itu.

Aliya.

Mirza memandang aliya. Kemudian dia mengangkat sebelah keningnya dengan membawa maksud
'What's the dare?'

"Hmm..."

Aliya kemudian berpura-pura seperti berbisik ke telinga damia sehingga membuatkan damia ketawa kerana geli.

Dia mengangkat semula kepalanya.

"Okey senang je. Mia suruh Tuan nyanyi."

Secara tak langsung membuatkan semua memberi tepukan.

Mirza membesarkan matanya kepada damia. Nyanyi? Bukan kerana tak berani tetapi dia tidak sangka itu cabarannya. Tak pernah-pernah orang suruh aku nyanyi.

Except...

Dia menelengkan sedikit kepalanya
"What song?" Soalnya, bermakna tidak menolak cabaran itu. Kalau dia tolak nampak lah macam dia takut kan. Ceh.

"Hmmm.... apa-apa je. Your favourite,maybe." Jawab aliya

"Ini akan jadi the first and the last. So jangan nak suruh lagi." Katanya lagi sebelum menarik nafas.

"Wowowoowow!!"
"Weh nak kena rekod ni!"

Berdehem.

Suasana bertukar senyap.

Matanya dipejam rapat

"There goes my heart beating
'Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now

And there goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason"

Suasana masih senyap.

Dia menarik nafas dalam cuba untuk mengawal perasaan.

"Okay, dah-dah! Nanti tolong kemas ye? Mia dah ngantuk tu. Aku masuk bilik dulu."

Mirza bangun kemudian mengambil damia daripada aliya.

"Thanks...Let's go mia."

Setelah kelibat mirza hilang, seolah-olah mereka baru boleh bernafas.

"Weh, kenapa aku rasa sebak?" Kata syafiq.

"Aku, sungguh tak sangka, yang suara tuan sedap macamtu."

***

Damia sudah ditidurkan sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudu'.

Pantulan wajahnya di cermin direnung.

Matanya sedikit merah.

"Dammit! I miss you, Rose! Please! I'm not strong..."

Air matanya sudah mengalir setitik demi setitik.

Nafas dihembus kuat.

Sejadah kemudian dibentang. Bersedia untuk menghadap Sang Pencipta.

Sebaik-baik tempat untuk mengadu adalah kepada pencipta yang satu.

Kau bantulah hamba mu yang lemah ini dan kuatkan lah iman dan kesabaran kami.

Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku percaya kepada engkau tuhan yang maha esa dan kepadamu aku berserah.

***

Saya dah delete prolog. Jadi sila lupakan part tu ye.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now