Bab 1

18.5K 578 8
                                    


Tok tok tok.

"Masuk!" Arah Mirza.

Atikah melangkah masuk ke dalam pejabat Mirza "kenapa tuan panggil saya? Setahu saya saya dah terangkan semua jadual tuan hari ini kan?" Soalnya.

Mirza memberikan pandangan tajam kepada Atikah. Terus Atikah tunduk ke bawah.

"Aku tak cakap apa lagi kau dah sampuk. Huh... ni, aku nak kau tolong carikkan babysitter yang baru dalam masa yang terdekat ."

Atikah memandang Mirza dengan penuh soalan "bukan ke tuan baru aje tukar bulan lepas? Takkan nak yang baru? Saya tengok elok aje."

"Aku suruh cari cari jelah. Aku tak suka dia."

Atikah mengangkat keningnya "tuan ni nak cari babysitter ke nak cari bini?" Dia berkata hanya untuk dia sahaja yang dengar.

"Apa kau kata?" Soal Mirza. Dia dengar, tapi saja.

"Umm... tak ada apa apa. Baik tuan. Saya akan carikkan yang terbaik... lagi sekali." Atikah memperlahankan suaranya pada ayat terakhir.

"Kau memang suka cakap perlahan ke apa? Dah la. Keluar, pergi buat kerja. Thanks."

Atikah memuncungkan bibirnya dan terus keluar dari pejabat Mirza.
"Dia ni... dah berapa ramai orang dah aku cari. Semua tak kena. Haish..."

Macam biasa lah. Setiap pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga Damia tak akan tahan sampai sebulan pun. Paling lama pun, hmm sebulan lah. Boleh je dia hantar ke pusat jagaan. Tapi tulah, over protective sangat. Sekarang ini dia terpaksa jugalah meminta tolong jirannya.

          Aliya menyapu dedaun kering yang ada di halaman rumahnya. Sempat lagi sebelum dia masuk ke tempat kerja. Kerja di kedai runcit sahaja. Setakat keputusan SPM tak boleh nak bawa dia kerja di tempat yang bagus bagus. Keputusan SPM nya cemerlang tapi itulah, mereka dari keluarga susah. Adalah juga kakaknya membantu dari segi kewangan.

Penyapu lidi disendengkan di tepi tangga. "Mak! Orang pergi kerja dulu ye!" Jerit Aliya. Namun tiada balasan.

Dia masuk ke dalam rumah untuk mencari ibunya "mak?"

"Uhuk.....uhuk...."

"Mak, mak okey tak ni? Yaya ambil cuti . Kita pergi klinik ye?"

Aminah menggelengkan kepalanya.
Aliya mengeluh perlahan.

"Tak payah la... membazir duit..." kata Aminah dengan suaranya yang serak serak basah.

"Tapi Yaya tak nak tinggal mak kat sini. Kalau apa apa jadi macam mana? Yaya call kak yong ye?"

Lagi, aminah geleng kepalanya.
"Tak payaaaah... dia kerja tu. Kamu pergi je kerja sana. Cari duit banyak banyak. Tahu lah mak nak jaga diri macam mana. Ye? Dah" aminah menghulurkan  tangannya untuk disalam.

***

Aliya termenung ketika sedang menyusun stok baru di atas rak. Bagaimana lah keadaan maknya di rumah.

"Hoi!" Sergah Nabil.

"Oi MAK KAU! Aduuuh!"akibat terkejut habis tin yang dipegangnya terlepas ke atas kaki.

"Kau ni dah kenapa?!"

"Hahahahaha. Kau tu yang kenapa. Termenung dari tadi... kalau ada penyamun tak ke naya." Jawab Nabil selamba.

"Tak adalah, aku risau sikit. Mak aku tu dah seminggu batuk kering je. Tu kadang kadang tekak dia luka. Badan lesu selalu. Mana aku tak risau."

Nabil hanya mengangguk.

Tiba tiba telefonnya berdering. Id pemanggil tidak diketahui.

"Helo?"

"Helo! Aliya ke ni?"

"Haah ye. Siapa ye?"

"Ni mak senah lah! Cepat balik tengok mak kamu ni!"

Terus air muka Aliya berubah."m-mak saya ke-kenapa?"

"Dia terbaring dah kat rumah ni! Kamu balik le sini dulu nanti mak senah citer. Lekas sikit!"

Panggilan dimatikan."Nabil kau tolong cover aku kat boss. Urgent."

Tak sempat untuk Nabil balas apa apa Aliya sudah berlari keluar dari kedai.

Enjin skuternya pemberian arwah bapanya dihidupkan. Rasa gelisah dan bimbang menguasai dirinya.

Setiba sahaja di rumah kelihatan mak senah sedang memicit micit tangan Aminah yang terbaring di atas kerusi.

"Mak senah? Mak?"

"Hah sampai pun kamu Aliya! Ni tadi mak senah nak hantar kuih kat mak kamu. Panggil punya panggi tak nyahut. Tu mak senah masuk tengok mak kamu dah terbaring kat dapur. Kamu tak bawak pergi hospital ke?" Terang Mak senah panjang lebar.

"Terima kasih lah mak senah. Mak....
Kita pergi hospital ye?" Pujuk aliya.

Aminah menggeleng lemah. "Yaya.... mak tak nak... mak dah tua. Dah tak ada apa dah... uhuk uhuk"

"Eh kau ni minah. Bawak le berubat sikit. Jangan nak degil sangat boleh tak?"

Aminah kemudian makin tercungap cungap untuk bernafas. Inilah masanya."Mak senah tolong telefon kakak saya! Mak! Mengucap mak... mengucap...asyhadualla ilahaillallah..." air mata Aliya sudah menitik setitis demi setitis.

       Mirza sedang ralit membuat kerjanya. Jam tangan dipandang sekilas menunjukkan 3 p.m. . Dia berhenti seketika dan menggeliat.

Tiba tiba pintu pejabatnya diketuk. Laju.

"Masuk!" Atikah masuk ke dalam pejabatnya dengan memegang tas tangan "kau nak pergi mana?" Soal mirza.

"Tuan...saya kena balik sekarang. Mak saya...dia....nazak."terang atikah

Terbuntang mata Mirza."um... okey. Kau boleh pergi sekarang.Aku ikut sekali belakang kau."

Atikah hanya mengangguk kerana tiada masa nak berfikir panjang. Dia pun segera untuk pulang ke kampung setelah mendapat panggilan dari jirannya.

***

2 jam perjalanan akhirnya dia tiba di kampung, kelihatan ramai orang telah berada di rumah mereka. Semua orang sedang membacakan yasin. Lemah kaki atikah ketika ini.

Aliya yang nampak segera bangun dan menuju ke arah kakaknya.
"Kak....mak..mak dah tak ada.."

Berguguran air mata Atikah dan memeluk adiknya."kak yong minta maaf dik..."

"Tak..bukan salah kak yong..."

Mirza hanya menjadi pemerhati di dalam kereta. Dia faham betapa peritnya perasaan itu.

________

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now