Bab 30

7.6K 340 8
                                    


Sudah beberapa minggu sejak keluarga Mirza datang. Kejap sahaja masa berlalu. Sangat sekejap seperti angin bertiup pergi begitu sahaja.

Damia pula, hebat dah sekarang. Makin laju dia boleh jalan.

Setakat ini, tiada banyak sangat yang berubah. Maksud berubah?

Macam biasa, pergi kerja, masak untuk Tuan, jaga Mia, tunggu Tuan balik, lepastu dia pula yang balik.

Ulang.

Tetapi satu.

Satu perkara yang makin dia sedar hari demi hari.

Hati.
Perasaan.

Sejak kebelakangan ini, dia jadi makin teruja bila mahu ke tempat kerja. Bukannya sebelum ni tak teruja, cuma kali ini, lain. Dia jadi macam, gementar tapi suka.

Faham tak? Huh?

Seringkali diingatkan dirinya sendiri, kau datang untuk bekerja. Tak lebih, tak kurang.

Tapi dah kalau namanya perasaan. Mana boleh nak tahan. Akan muncul juga walau macam mana pun.

Bila mana Mirza ada, dia belagak tenang. Dalam hati? Macam ada pesta.

Kenapa ye?

Tak mungkin.

Ah! Takkanlah Aliya!

Baik kau simpan dalam-dalam sebelum kau kecewa. Tapi kenapa nak kecewa pula? Hahaha.

Dia itu hanya majikan dan kau, hanya pekerja.

Tak perlu babitkan hal peribadi.

Okey? Okey.

***

Memandangkan Damia ni dah boleh jalan, dalam rumah sahaja tak cukup untuknya. Nak kena bawa keluar juga.

Dah bawak pergi dekat laman, pun nak lari pergi keluar pagar.

Akhirnya, Aliya memberitahu Mirza yang mereka akan ke taman yang terletak di tepi tasik.

Mirza suruh dia membawa kereta, tetapi katanya biarlah naik skuter, baru ada feel. Gitu.

Alasan.

Lagipun, Damia bukan main suka lagi! Masa atas skuter dah gelak sakan angin tiup laju. Ni dapat pijak rumput pula, lagilah dia suka! Jatuh-jatuh pun tak kesah.

Segala yang dilakukan oleh Damia dirakam oleh Aliya. Boleh jadikan kenangan. Mana tau nanti dia dah berhenti ke kan? Susah nak jumpa.

Sedang dia menolak Damia yang berada di dalam buaian, tiba-tiba ada satu suara yang memanggil namanya. Lebih kepada menyoal.

"Yaya?"

Dia mengangkat kepala. Mata memandang jejaka itu tanpa berkedip.

"Hareez." Sepatah nama itu keluar daripada mulutnya.

Lama juga mereka bertentang mata. Seolah mengimbas kenangan lalu. Namun semua itu segera ditepis Aliya. Tak perlu nak fikir pasal itu sekarang.

"Yaya! Um, lama tak jumpa kau. Buat apa dekat sini? Ni siapa?" Soal Hareez sambil memandang ke arah Damia.

Senyuman manis diberikan apabila Damia turut memandang ke arahnya.

Alahai...geram pulak. Tersengih-sengih.

"Oh, saja bawa dia main dekat taman. Anak bos." Jawab Aliya tanpa memandang ke arah Hareez.

"Ooh." Dia sudah faham walau Aliya hanya kata anak bos itu.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now