Bab 32

6.9K 336 5
                                    


Plastik jernih yang diikat getah dikeluarkan daripada dalam begnya.

Aliya tersenyum puas sambil melihat isi di dalam plastik itu.

Serbuk pencuci itu dia telah asingkan sedikit untuk diberikan kepada Mirza.

Yelah, sebersalah pula dia semalam. Lagipun bak kata pepatah, sharing is caring. Kan?

Nasib baik paket itu bersaiz besar. Jadi banyak jugalah isi didalamnya.

Fikir dia mahu meletakkan sahaja di situ, tetapi selepas melihat Mirza yang pagi tadi mahu segera ke pejabat, fikirannya berubah.

Siap dipesan awal-awal tak perlu masak untuk dia kerana dia akan lunch bersama syarikat lain. Alang-alang ada mesyuarat sekali.

Atikah pun ada juga cerita sikit-sikit pasal kerjanya yang berlambak perlu disiapkan. Mesyuaratnya yang dari pagi tak henti-henti. Habis, ada lagi.

Sibuk betul tu.

Oleh itu, tak salah nak buat pahala. Aliya secara sukarelanya mewakilkan diri untuk membantu mencuci mesin basuh, Tuan Mirza.

Pencuci itu dituangkan ke dalam mesin basuh. Semalam dia dah praktikkan pada mesin basuhnya di rumah, jadi dia masih ingat langkah-langkah penggunaan benda alah tu.

Masin basuh yang sedang berputar itu dia tenung. Haduh, pening pula dibuatnya.

Sedang otak berpusing kepeningan, tiba-tiba tersinggah pada satu memori di mana Maya, menceritakan tentang insan yang bernama Rose.

Ya, Rose.

Perbualan mereka tentang hal itu diingatinya semula. Sedikit sebak apabila dia memikirkan tentang Damia. Dari kecil tak pernah melihat wajah ibunya dan merasa kasih sayang seorang ibu bagaimana.

Tetapi Damia tidak bernasib malang kerana mempunyai orang sekeliling yang amat-amat menyayanginya.
Termasuklah Aliya sendiri.

Lamunannya terhenti apabila mendengar bunyi tangisan daripada Damia.

Cepat-cepat dia berlari ke depan.

Damia yang sedang baring itu diangkatnya.

"Lah, mengigau ya sayang. Shhh..shh.."

Lama juga dia menangis. Mimpi apa Mia ni sampai menangis kuat sangat.

Pelbagai selawat dibaca untuk mendodoikan Damia agar kembali tenang.

Air mata yang terkeluar dikesat lembut menggunakan ibu jarinya.

Perlahan-lahan Aliya meletakkan semula Damia ke bawah.

Kepala Damia diusapnya perlahan. Kemudian dahinya pula dikucup.

Aliya berdiri secara berhati-hati agar tidak mengejutkan Damia kemudian bergerak ke dapur.

Haa tak habis lagi kerjanya tu.

***

Mirza yang baru sahaja balik dari mesyuarat itu segera menghempaskan badannya ke atas sofa. Kepalanya dipicit-picit. Badan pula diregangkan. Asyik duduk sahaja membuatkan belakangnya sakit.

Jam ditangan menunjukkan 4:30 petang. Tingkap pula dipandangnya.

Hujan. Ya,petang ini hujan lagi.

Hampir mahu menjadi lebat. Kalau dia balik, sempat sampai rumah tak agak-agaknya?

Ah, rehat lah sekejap! Kepala ni tak habis sakit lagi. Mengantuk pulak tu.

Iyalah, dari pagi sampai petang, mesyuarat tak habis-habis! Nasib baik lepasni dah tak ada.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now