Bab 25

7.5K 350 2
                                    


Aliya sampai sedikit awal sebelum majlis bermula. Mana tahu nak kena tolong apa-apa ke kan.

Dia berhenti di depan pintu masuk. Banyak jugak lah kasut. Ni semua mesti keluarga Mirza punya.

Eh segan pula. Entah-entah aku seorang aje orang luar. Ah lantaklah, bukan tak berjemput.

Sedang dia membuka kasut, ada seseorang yang menegurnya dari belakang. Dia menoleh.

"Eh, hi tuan. Apa tu? Kek eh?" Tegurnya apabila ternampak beg plastik yang dipegang oleh Mirza. Macam banyak je kotak dalam tu.

"Oh, haah. Kek and some desserts. Awal sampai?"

"Oh hahaha. Tak sabar." Balas Aliya.

"Ha,jom masuk, boleh tolong susun ni." Ajak mirza.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Uish, kemain meriah lagi. Perhiasan pula simple tapi cantik. Walaupun belum mula majlisnya, tetapi sudahpun meriah dengan suara kanak-kanak yang menjerit-jerit, main lari-lari.

Haih,ni kalau Atikah dah lama kena jer-

"HEI DUDUK DIAM-DIAM. JANGAN NAK LARI SANA SINI. TYRA NAMPAK ADA YANG LARI SIAP."

Terus senyap. Mana taknya. Masa kena marah tadi semua muka dah cuak.

"That is my sister. Myra." Kata Mirza sambil menunjuk ke arah wanita yang menjerkah kanak-kanak tadi.

Oh, adik dia rupanya.

Myra berjalan ke arah mereka.

Kini nampak lebih jelas wajahnya. Saling tak tumpah macam Mirza. Cuma versi perempuanlah.

Tinggi, putih, bibir merah. Oh! Matanya berwarna biru kekelabuan! Cantiknya. Mirza tak silap matanya hitam sahaja.

"Is this the cake?" Soal Myra inginkan kepastian.

"Yelah, apa lagi."

Beg plastik itu bertukar tangan.
Setelah perasan yang Aliya berada disitu, dia terdiam.

Terdiam, terpaku, terkejut.

"Siapa ni?" Soalnya kepada Mirza. Mata masih tak lepas memandang Aliya.

"Aliya, my babysit- I mean, Mia's babysitter."

Aliya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Myra. Myra menyambut.

"Aliya? Hi, Myra. Haa, jom! Akak tolong Myra prepare kan ni boleh?" Myra bertanya.

Akak? Okay..

"Oh boleh jeeEE!" Baru ingin menjawab Myra sudah menarik tangannya.

Hadiah yang dibawa olehnya tadi diberikan kepada Mirza untuk diletakkan di atas meja.
***

"HAPPY BIRTHDAY TO MIA! HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

"ALLAH SELAMATKAN DAMIA SAYANG! ALLAH SELAMATKAN KAMU!"

Mirza memegang tangan Damia untuk memotong kek.

Ooh, suka dia. Sepupunya yang lain dah tak sabar nak makan kek itu.

Tugas memotong kek diambil alih oleh Myra. Automatik semua dah tak berebut.

Aliya tersenyum kecil. Comel betul.
Dia membantu untuk memberikan kek-kek yang telah dipotong kepada kanak-kanak tadi.

Siap ada yang bertanya

"Akak ni siapa?"
"Macam pernah nampak lah. Kat mana eh?"
"Ni mesti makwe Paasy. Eh haa..tak pun Uncle Dan. Hah mana satu?"
"Eh,entah-entah kawan Tyra ke? Nanti habis dia marah kita. Jangan kacau akak ni!"

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now