Bab 9

8.7K 429 10
                                    

Butang hijau ditekan bagi menjawab panggilan itu. "Helo? Tuan?"

"Hmmm. Kau dah save nombor aku ke? Good." Jawab mirza. Di sebalik telefon itu sebenarnya dia sedang tersengih.

"Ha tulah, saya bukak memang dah save. Tuan eh savekan? Siap tulis 'tuan han-"

"Eh mia dah bangun?" Segera mirza menyoal. "Dah... baru lepas mandi. Kenapa? Ada apa-apa ke?" Soal aliya pula.

Damia dibukakan kartun agar tidak ke mana-mana. Setelah itu dia ke dapur untuk membancuh susu.

"Kau kena masak makan tengah hari untuk aku. Nanti lunch aku balik." Arah mirza .

Terhenti segala yang dilakukan aliya. Masak?

"Saya nak kena masak kenapa pula?"

Kedengaran mirza mengeluh dari hujung talian "aku nak makan lah. tak kan...lah tu pun nak kena cakap cik aliya oii."

Botol yang dipegang diletakkan di atas meja. Aliya mencekak pinggang.
Telefon telah bertukar telinga.

"Kenapa tuan tak makan aje kat luar? Saya nak kena masak apa pulak? Kenapa saya kena masak untuk tuan? Dalam kontrak tak cakap apa pun." Nampak ketidak puasannya di situ.

"But contract tu cakap kau kena dengar segala arahan majikan kau kan? So sekarang aku majikan kau. Kau masak ajelah apa apa yang dalam fridge tu."

Aliya mengeluh perlahan. "Hmmm. Kalau tak ada apa-apa saya letak dulu. Assalamualaikum." Terus panggilan dimatikan. Tanpa dia sedar damia sudah merangkak ke dapur dan menarik- narik hujung seluarnya.

"Eh dah sampai sini dah dia? Meh."
Damia didukung dan didudukkan dia atas meja.

"Eh aku ni babysitter dia ke? Suka suka hati je suruh orang masak. Kalau untuk mia tak apa lah jugak kan, mia kan?" Bebel aliya. Damia hanya memerhati tangan aliya yang lincah membancuh susu.

"Nah. Jom kita duduk depan. Ada ke papa mia suruh kakya masak? Mia pun tak request macam macam kan? Nanti dah besar perangai jaga okey?" Damia buat tak tahu sahaja. Syok lah dia dapat susu layan dengan kartun pulak tu.

Tapi aku nak masak apa? Dia kata apa apa. Masak air je lah. Eh tak boleh! Orang tu dah buat baik dekat kau kau nak buat jahat pulak.


Mirza melihat aliya daripada monitornya yang sedang masak didapur.

"Heh...dengar juga cakap aku..." kemudian matanya beralih ke arah damia yang sedang duduk di ruang tamu, bermain dengan beberapa barang mainan "Papa tengah cuba yang terbaik untuk mia..." omel mirza perlahan. Perhatian teralih apabila pintu diketuk.

"Masuk" arahnya. Atikah masuk ke dalam bilik itu lalu membuka buku notanya. "Kau ni kalau sehari tak masuk bilik aku tak boleh eh?" Soal mirza.
Soalan itu membuatkan ayikah naik hairan dengannya "Apa pula? Dah memang tugas saya bagitau tuan apa apa info. Tapi tulahkan, sejak dua menjak ni, kenapa eh tuan macam makin slow?" Soalnya tanpa berasa takut dengan mirza.

"Apa maksud kau slow?" Soal mirza lagi ingin tahu.

"Uh-tak adalah.... cuma tuan makin leka dalam pejabat. Kerja pun nampak tu,banyak lagi tu. Tuan jangan... bahaya tu." Kata atikah sambil jarinya menunjuk ke arah fail di atas meja. Tak adalah banyak mana..

Mirza mengangguk. Dia juga baru perasan akan kelemahannya itu. "Habis,kau nak aku buat apa?"

Atikah tersenyum "haaaa... untuk tebus kesalahan tuan, tuan kena pergi grand opening dekat restoran baru kita tu. Kemudian,ni saya bagi tahu awal-awal ye. Hujung minggu ni kan ada buat bengkel dekat langkawi. Tuan kena pergi."

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now