Bab 37

7.2K 361 16
                                    


2 minggu berlalu.

Nampak tak betapa gelabahnya si Mirza ni nak mempercepatkan tarikh pernikahan mereka. Kaki sendiri pun belum pulih lagi.

Memang tak sempat lah nak siapkan semua! Baru sempat buat dulang hantaran dan buah tangan masa kenduri nanti aje.

Tapi dah kalau orang kaya, petik jari je HAH. Tau-tau dah siap pelamin, dah ada katering,dah ada baju! Mestilah Maya yang sponsorkan khas dari butiknya sendiri.

Kena marah juga Mirza dengan Aliya. Yelah! Orang tu nak buat sendiri pelaminnya. Baru ada nilai sentimental sikit kan?

Tapi dah kalau Mirza, ada aje jawapannya "Tak apalah, nanti kau hias lah bilik kita cantik-cantik ye? Surprise me." Katanya sambil mengenyitkan sebelah mata.

Eee!! Nak je Aliya tonyoh-tonyoh muka dengan tanah. Makin nak dekat tarikhnya makin menggedik pula. Tambahan lagi dia belum masuk pejabat.

Aliya menghulurkan sebuah beg yang berisi beberapa bekas makanan kepada Mirza. "Dah, pergi balik. Jangan datang sini tau malam ni! Datang esok aje. Tidur awal, siap awal. Okey?"

Mirza mencebikkan bibirnya. "Berani eh halau aku? Aku tak datang masa nikah esok baru kau nak meroyan." Kata Mirza sambil melangkah menuju ke arah keretanya.

Aliya turut membuntuti langkah Mirza. "Ish! Takdelah sampai macamtu! Tuan kirim salam mum dengan semua. Cakap dekat Myra, kalau nak datang malam ni datanglah. MYRA je. Tuan tak payah."

Automatik langkahnya terhenti. Dia menoleh memandang ke arah Aliya.

"Sampai bila nak panggil aku Tuan?You're going to be my wife tomorrow Aliya. You know that?" Soal Mirza.

"Habis Tuan tu. Ber aku kau dengan saya. Alah, apa-apalah! Satu malam aje lagi. Okey?"

"Okey. Well then, I see you tomorrow, my dear wife-to-be."

***

8:30 A.M, Sabtu.

Majlis pernikahan itu dihadiri dengan semua ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Bunyi yang kedengaran hanyalah petikan daripada kamera serta angin yang ditiup daripada kipas kaki. Nafasnya ditarik dan dihembus terlebih dahulu.

Hari ini benar-benar tiba. Bukan mimpi, bukan khayalan.

Aliya tidak henti-henti menitip bacaan zikir dibibirnya. Tangan Atikah digenggamnya erat. Betapa mereka berharap yang arwah ibu bapa mereka ada di sini.

Lafaz bismillah diucapkan sebelum Mirza berjabat tangan dengan wali pihak perempuan, iaitu Paksunya Aliya.

Alhamdulillah, hanya dengan sekali lafaz yang lancar dan tenang, Aliya kini sudah sah bergelar isteri kepada, Mirza Daniel.

Semua mengucapkan syukur. Syukur yang teramat. Setitik air mata Atikah jatuh. Adiknya kini akan diserahkan kepada orang lain. Akan mempunyai tanggungjawabnya sendiri sebagai seorang isteri.

Tanpa dia sedar, air matanya dikesat oleh Aliya. Senyuman manis dipaparkan buat kakak tersayang.

Selepas sahaja Mirza selesai solat sunat, majlis diteruskan lagi dengan upacara menyarung cincin.

Atikah yang tadinya duduk di atas pelamin bersama Aliya kini sudah turun untuk memberikan ruang kepada Mirza.

Mirza berjalan ke arah Aliya dengan wajah yang penuh kegembiraan, penuh seri. Nampak macam slow-mo sebab yelah, dia memang jalan perlahan.

Buat sementara ni. Hehe.

Punggunya dilabuhkan diatas pelamin.

"Assalamualaikum, sayang." Ucap Mirza kepada Aliya.

Merah muka Aliya ketika itu! Nasib baik perlahan sahaja Mirza cakap. Kalau orang lain dengar malu lagi dia!

Pada ketika itu, fokusnya hanya tertumpu pada Mirza sahaja. Pandangan dan bisikan orang lain langsung tidak diendahkannya.

Myra menghulurkan sebentuk cincin kepada Mirza untuk disarungkan kepada Aliya.

"May I ?" Pinta Mirza dengan suaranya yang garau tetapi tenang didengari.

Tangan Aliya diangkatnya dengan penuh kelembutan. Sejuk.

Mirza ketawa kecil. "Nervous ke?"

"M-mana ada!" Balas Aliya.

Mirza ketawa lagi. Kali ini lebih kuat.
Tangan Aliya digenggamnya erat. "Tak apa. I like it. Eh, I love it." Kata Mirza kemudian satu senyuman nakal bersama kenyitan mata dihadiahkan buat Aliya.

Ya Rabbi!!

Kali ini giliran Aliya pula untuk menyarungkan cincin di tangan Mirza.

"Mesti suka kan?" Soal Mirza tiba-tiba.

Aliya mengangkat kepala. "Hah?"

"Yelah, you can touch me now!"

Eii, geram aje tau! Segera dia mencapai tangan Mirza untuk disalam.

Sebaik sahaja Aliya mengangkat kepala, Mirza meletakkan sebelah tangannya di atas kepala Aliya. Doa dibacakan buat sang isteri.

Kemudian dagu Aliya ditarik agar lebih dekat dengan dirinya. Dahinya dikucup lembut.

Kucupan pertama itu telah menandakan yang dia amat menghargai Aliya yang hadir dalam hidupnya. Menandakan yang Aliya kini sudah jadi miliknya.

Dah jadi milik dia. Dengar tu!

***

Sesi bergambar diadakan di kawasan air terjun. Cantik betul!

"Okay, yang perempuan boleh rapat sikit dengan suami." Arah jurugambar yang telah diupah.

Melihat Aliya yang sukar mahu bergerak disebabkan kasut tumit, laju aje Mirza mendukung Aliya dengan gaya bridal-style. Hah, senang.

Terbeliak biji mata Aliya. "Eh! Awak kan sakit lagi kakinya tu! Saya ni berat, turunkan balik!"

Namun Mirza buat tak tahu sahaja. Jurugambar juga mula melaksanakan tugasnya.

"Because of you, I can do anything. I mean ANYTHING." Bisik Mirza di telinga Aliya.

Atikah dan yang lain menjadi penonton dari jauh.

"Aduih, banyak pulak semut dekat sini. Manis sangat kut!" Kata Nabil.

Syafiq yang berada di sebelah turut mengulum senyum. Dalam kepala dah terbayang macam mana kalau dia nanti.

"Atikah." Panggilnya.

"Hmm"

"Adik kau dah. Kau tunggu apa lagi, jom lah!" Ajak Syafiq selamba.

Atikah memandangnya sebelah mata. "Eeh! Ingat ajak anak orang kawin macam ajak member lepak ke? Hish."

Hmm..kakak dengan adik sama aje.

Mirza menurunkan Aliya ke bawah. Kali ini, pinggang Aliya dirangkulnya kemas dan menariknya sehingga mereka betul-betul rapat.

Dahi mereka dilagakan bersama. "Thank you." Ucapnya sambil mengusap pipi Aliya dengan tangan kasarnya.

"Your most welcome."

Saat mereka terhenti apabila mendengar jeritan daripada Damia.

"PaaAAaa! IYAAAAaa!!"

Ya Allah Mia, comel betul! Dengan bunga dikepalanya. Gaun besarnya lagi!

Myra memberikan Damia kepada Mirza apabila dimintanya. Nak bergambar bersama.

"Mia, ni MAMA. Not Kak Ya. Okey?" Kata Mirza kepada Damia.

Aliya ketawa kecil. Mama. Ya, itu lah gelarannya buat Damia mulai sekarang, dan sampai bila-bila.

Momen itu telah dirakam oleh jurugambar tanpa mereka sedari.

Mereka akan menjadi sebuah keluarga yang sangat bahagia, InsyaAllah.

***












Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now