Bab 8

8.9K 426 30
                                    

Aliya duduk di sebelah kakaknya sambil membelek belek telefon yang rosak itu.

"Dah rosak sangat dah handset kau tu ya. Nanti yong bagi duit kau beli ajelah yang baru." Kata atikah sambil matanya ralit menonton drama di kaca tv.

Aliya hanya muncungkan bibirnya. "Hmmm.... tapi handset sekarang ni mahal lah kak yong. Ni, benda ni daripada zaman kak yong baru kerja tau tak?! Tahan aje.... kalau tak disebabkan.... haih. Takpelah. Benda dah jadi dah pun.." adunya.

Atikah mencapai mug dihadapannya lalu menghirup air yang ada didalam.

Mug itu diletakkan kembali di atas meja. "Tau tak apa. Benda dah jadi...." balas atikah pendek.

Aliya memandang keliling rumah. Kelibat maryam tidak kelihatan.
"Mana kak yam?"

"Kerja malam lah tu. Biasanya dia balik esok kalau macam ni. Eh ya!"

Atikah terus memusingkan badannya menghadap aliya "kauuu... okey ke kerja? Tuan ada marah marah ke? "

Aliya mengerutkan keningnya " tak ada pun nak marah marah. Dia buat orang marah adalah."

"Pasti?" Soal atikah lagi.

Aliya mengangguk "pasti lagi bener! Kenapa?"

Soalan aliya dibiar tidak berjawab. Dia sambung menonton adegan di mana si jejaka majistret memegang tangan si duyung. Hah teka sendiri cerita apa.

***

Keesokan paginya....

Aliya sudah menghidupkan enjin skuternya. Dia beralih untuk membuka pintu pagar. Agak terkejut dibuatnya kerana sebaik sahaja dia membuka pagar terus ada kereta toyota berhenti di hadapan rumah.

Tingkap diturunkan di bahagian pemandu "Ya! Kau nak pergi kerja dah ke?" Soal maryam dengan mukanya yang sedikit mengantuk.

"Haah. Ni kak yong ada kat dalam tengah sarapan dia tunggu akak katanya. " balas aliya.

Maryam menapak keluar dari perut kereta. "Ooh oklah. Kerja elok elok. Akak masuk dulu eh? Ngantuk "

Aliya angguk faham.

Dipanjat skuternya lalu keluar meninggalkan perkarangan rumah.

***

Setiba sahaja di rumah mirza, dia mengimbas kad yang diberikan oleh mirza pada pintu pagar. Hebat kau nak masuk rumah pun pakai kad.

Pintu dibuka namun kelibat damia mahupun mirza tidak kelihatan. Percaya betul eh dia bagi aku kunci. Buatnya aku masuk dia tengah ehem. Eh! Ish....

Dia mengambil tempat duduk di atas sofa. Mungkin dia tengah bersiap kot.

Akibat bosan dia kira sampai seratus.
Hmm tak sangka pulak dia orang turun masa tu. Eh bukan dia orang,  mirza seorang. Terus aliya berdiri daripada tempat duduknya.

"Selamat pagi tuan.." ucap aliya.

"Pagi..." balas mirza pendek.

"Mia mana?" Soal aliya.

"Tidur lagi, aku dah letak mia dekat bilik kau. So, tak ada alasan untuk kau nak masuk bilik aku."

Eh siapa yang nak masuk bilik dia? Perasan.

"Ooh ahahah. Ye ye. Jadi.... selamat bekerja ya tuan. Hari ni tuan tak payah ye telefon saya." Balas aliya.

"Apa pasal pulak?" Sola mirza sambil berjalan ke arah meja tv lalu dia membuka laci tersebut.

"Oh,saya tak beli telefon baru lagi. Nanti balik baru saya beli. So kena tunggu -" "Nah."

Mirza menghulurkan sebuah kotak berwarna putih kepada aliya.
"Apa ni?" Soalnya.

"Tak reti baca ke? Dah la ambil cepat!'

Aliya mengambil kotak tersebut. Tertera jenama Samsung pada kotak hadapan.

"Saya punya ke?" Soalnya lagi.

"Ye lah! Kalau kau tak ada telefon kau nak call aku macam mana? Emergency ke? Tu pun tak boleh fikir ke?"

Eleh orang tanya pun nak marah. Nasib baik lah kau yang bagi.

"Ooh. Terima kasih tuan! Nanti gaji saya tuan potong lah ye ikut harga telefon ni." Pinta aliya.

"Tak payah nak merepek. Kalau aku nak bagi aku bagi. Dah aku nak pergi kerja. Pergi naik atas tengok mia."

Aliya menunduk sedikit sebelum berlari anak untuk naik ke atas. Agak licin lantai tu kalau kau pakai stokin. Hah kali ni dia pakai stokin mickey mouse!!

Aliya masuk ke dalam bilik lalu duduk disebelah damia yang sedang lena.
Kotak tadi dibukanya.

"Uish lawa ni! Serius lah dia bagi macamtu aje? Tapi tak pe ke?"

Telefon iti dihidupkan. Segala aplikasi telah tersedia ada di situ. Mungkin mirza dah setting siap-siap.

Aplikasi kamera dibuka lalu dia mengambil sebuah selfie bersama Damia. Comel aje dia. Hish.

Kemudian dia memasukkan sim card yang dibawanya tadi ke dalam telefon. Yelah kan mula mula ingat nak beli sendiri. Dah orang bagi...

***

Telefon atikah yang berada di sebelahnya berdering. Dijeling sebentar ID pemanggil.
"Yaya?"

"Hello?" Sapanya.

"Kak yong! Hahaha yaya dah ada telefon baru... "

Atikah mengerutkan keningnya "bila masa kau beli? Kata nak beli lepas kerja?" Soalnya lagi curiga.

"Tuan akak tu lah... dia yang bagi yaya handphone baru! Dia kata dia yang nak bagi. Maybe sebab dia rasa bersalah kot Yong." Terang aliya

"Eh tuan aku tuan kau jugak. Poyo lah kau ni. Hish habis kau terima je lah?"

"Dah dia suruh ambik. Orang tolak pun dia suruh jugak. Gedik"

Atikah ketawa kecil "berani kau eh mengata dia. Aku bagitau dia karang baru kau tahu. Dah la. Yong nak sambung kerja. Jangan leka sangat. Dah..." talian kemudian dimatikan.

"Siap bagi telefon lagi. Kemain..."

***

Aliya membalut tubuh damia dengan tuala selepas memandikannya. Lambat kau budak tu bangun. Hujung tuala digunakan untuk mengelap rambutnya yang basah.

Damia bersin kecil. "Alolo. Sejuk ye? Jom kita pergi pakaaai bajuuu!"

Damia dibaringkan di atas pelapik. Bedak bayi dituang ke atas badannya. Ya ALLAH lembut kulitnyaa!

Kau orang boleh bayangkan tak bau baby macam mana. Kelembutan kulit tu macam mana?!

Kemudian damia didudukkan lalu disikat rambutnya. "Ini boleh jadi princess mia ni. Kenapa lawa sangat ni? Mesti ikut muka mama mia kan?
Hmmm. Tapi kak ya tak pernah tengok mama mia? Mia cuba bagitau kak ya mama mia mana? Hmm bagitahu, BagITAHUUUU!" kata aliya sambil menggeletek perut damia dan membuatkan Damia ketawa .

Tiba tiba telefonnya berbunyi. Tau lah ada telefon baru semua nak call nye. Tertera Id si pemanggil 'Tuan Handsome'. Sejak bila pula aku save macam ni?

***

Ok sye stop dulu. Faham kan situasi dia?

Macam laju sangat tak?

SAYY SOMETHINGG!!

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now