Bab 36

7.1K 351 29
                                    


Sebulan telah berlalu...

Sebulan sudah. Ya. Betul.

Sepanjang tempoh sebulan itu Mirza duduk sahaja dirumah dengan pengawasan kedua orang tuanya.

Khairul kadang kala balik juga ke New York atas urusan kerja. Memandangkan Myra juga memerlukan bimbingan kerana masih baru dalam kerjanya.

Mirza makin lama makin beransur pulih. Pembalut ditangan dan kakinya  sudah dibuka.

Fuhh lega. Baru rasa angin.

Jalan pun dah tak perlu pakai tongkat. Cuma masih perlahan seperti budak baru belajar. Laju lagi Damia daripadanya.

Aliya juga sudah mula bekerja macam biasa. Datang ke rumah untuk menjaga Mia. Cuma ada extra sikit lah.

Bila Mirza dah tunjukkan perangai mengada dia, Aliya pun terlibat sekali.

Saje je!

Mirza pula sudah gatal kaki nak ke pejabat. Lama-lama duduk rumah tak berfungsi otaknya!

Satu teko teh dibawa ke depan bersama dengan piring yang telah diisi dengan beberapa potong kek lapis.

"Aliya, jemput minum. Dani, meh sini." Pelawa Maya.

"Susah-susah je Mum ni buat air teh bagai kenapa?"

Aliya bantu untuk menuangkan air teh ke dalam cawan kemudian dihulurkan kepada Mirza.

"Mum plan nak bawak Mia balik sana. Nanti Dani dah sibuk dengan kerja, kan susah nanti? Boleh kan?"

Aliya yang berada disitu, terkaku seketika. Nak bawak Mia balik sana? Maksudnya, aku tak payah jaga dia dah?

Mirza memandang ke arah Aliya. Dia juga turut fikirkan hal yang sama dan dia perasan akan perubahan pada riak wajah Aliya.

"Kenapa pula? Aliya kan ada boleh jaga Mia?" Balas Mirza. Seboleh-bolehnya dia tak mahu Damia mengikuti maknya ke sana.

"Ya, Mum tau. Tapi Kalau waktu malam? Nak jaga diri sendiri pun susah lagi dengan keadaan you yang masih belum berapa pulih. Takkan nak  Aliya ada dekat rumah ni sepanjang masa? Mana boleh."

Mirza mendiamkan diri. Mencari alasan dan cara yang boleh diguna pakai untuk memastikan Damia kekal disini. Begitu juga untuk memastikan Aliya kekal bekerja dengannya.

Setelah lama berdiam diri, Aliya berganjak sedikit ke depan. Cawan yang dipegangnya tadi diletakkan semula ke atas meja.

Nafasnya dihela.

"Um, saya rasa betul lah cakap Aunty tu Tuan. Kalau malam, saya tak boleh nak jaga Mia. Tuan kan belum pulih sepenuhnya? Jadi, lebih baik kalau Mia iku-"

"Habis kau macam mana" cantas Mirza sebelum sempat Aliya menghabiskan ayatnya.

"Saya, macam mana apa?"

Mirza meraup wajahnya. "Boleh fikir tak? Kalau Mia balik sana, kau kena berhenti kerja. Kau dah tak boleh jaga Mia. Kau tak akan jumpa Mia lagi. Kau tak akan jejak lagi kaki dekat rumah ni. Fikir tak?" Katanya dengan nada yang makin lama makin tinggi seoktaf.

Maya tersentak mendengar penjelasan anaknya. Baru dia sedar apa yang dirancangnya tadi memberikan kesan kepada orang lain. Kepada Aliya.

Aliya kekal tenang. Tidak mahu emosi mengawal diri.

Damia yang sedang tidur ditepuknya sedikit apabila dia hampir terjaga mendengar suara Mirza yang kuat.

"Sa-ya boleh je cari kerja dekat tempat lain. Lagipun saya tak ada hak sebenarnya nak halang keputusan aunty untuk bawa Mia balik sana." Sesak nafas Aliya membalas.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now