Bab 12

8K 384 8
                                    

Setibanya di Pulau Langkawi, mereka dibawa ke salah satu chalet cawangan syarikat Ruzain Holding, iaitu syarikat mirza.

Aliya yang tadinya berasa pening sudah semakin reda. Rupanya bukan dia seorang je yang mabuk. Farhan, lagi teruk. Keluar keluar aje terus cari bilik air. Hmm..

Salah seorang staf telah menghulurkan aliya minyak angin untuk dihidu. Sementara menunggu bilik dikemaskan, mereka melepak dahulu di ruang menunggu.

"Nah."

Aliya melihat botol yang tertera '100 plus' yang telah dihulurkan oleh mirza.
"Hah?"

"Nah la ambik. Tunggu apa lagi?" Arah mirza, malas hendak pegang lama lama.

Baru sahaja botol itu hendak bertukar tangan, atikah juga tiba dengan sebotol '100 plus' tapi lebih besar saiznya. Ye lah, boleh buat minum minum dalam bilik nanti.

"Nah Ya. Eh?"

"Um...ah..." aliya sudah tak tau mana satu mahu diambil

Mirza menghela nafas. Botol ditangannya dipandang sekilas lalu menarik semula hulurannya tadi.

"Tak apalah. Kau ambik je yang tu. Ni aku boleh bagi dekat farhan. Dia mabuk jugak kan? Sila-sila."

Setelah itu, mirza perbetulkan dukungannya terhadap Damia dan beredar ke sofa yang berada di belakang.

"Um... thank you Yong. Kenapa beli botol besar sangat?" Soal aliya.

"Jimat lah. Apa kau fikir kau seorang aje nak minum? Kami pun nak jugak."
Balas atikah.

15 minit telah berlalu. Farhan yang tadinya menghilang telah keluar dari tandas diikuti dengan Syafiq.

"Apa pasal lama sangat? Buat tandas ke?"
Soal atikah sambil mengagihkan kunci bilik kepada semua staf.

"Ni hah member kau seorang ni muntah mengalahkan perempuan mengandung kau tau tak? Penat aku." Adu Syafiq. Farhan yang telah mencebik di sebelahnya lansung tidak diendahkan.

"Hmm.. tak ikhlas! Mana kau tau perempuan mengandung muntah macam mana? Kawin pun belum... ke...?"

Terus kepala farhan disekeh syafiq. Dah macam budak budak.

"Yelah farhan... aku ni kan baru aje lahir semalam...." balas syafiq dengan sindiran.

"Hish dah lah! Nak gaduh dekat sini pulak kenapa? Nah, kunci bilik" marah atikah.

Kunci itu bertukar tangan. "Ni tadi tuan kata dia nak bagi air kat kau. Pergi lah tengok sendiri.... kalau ada lagi lah" sambungnya lagi sambil menunjuk ke arah Mirza yang sedang bermain dengan telefonnya.

Farhan sudah tersengeh-sengeh.
"Sayang juga tuan dekat aku."
Farhan ni bukan sotong. Jangan salah faham. Dia cuma suka bergurau aje. Lagipun dah ada buah hati cik tunang.

Dia pun apa lagi, mengorak langkah seribunya ke arah Tuan Mirza tanpa rasa segan. Dah kalau namanya farhan memang tak ada nak segan segannya.

"Um tuan. "

"Yes,any problems?" Soal mirza dengan matanya masih ralit memandang skrin telefon.

"Um... atikah kata tadi tuan ada nak bagi saya air. Tak adalah saya bukan apa, kesian kat tuan nanti nak kena cari saya bagi air. Sebabkan tuan dah penat beli."

Mirza mengerutkan kan dahinya tidak faham. Setelah beberapa saat baru dia kembali ingat alasannya tadi untuk coverline.

"Oh haah. Tadi sebab kau mabuk kan. Tapi utu tadilah, sekarang..."
Mirza mengangkat botol yang sudah tinggal separuh itu.

"Haus sangat tunggu kau. Air dah habis jadi aku TERminum. Heheh. Sorry." Ucap mirza.

Farhan tersenyum kelat. "Eh... ehehhehe, lepak lah tuan. Lagipun saya dah okey sikit. Tuan jangan lah risau ye?"

Mirza tergelak perlahan "siapa risaukan kau?" Katanya perlahan.

Baru farhan ingin membuka mulut membalas, mirza sudah berdiri ingin beredar

"Eh, dahlah. Tak letih ke? Aku nak rehat kejap. So, malam ni tak ada aktiviti kan. Hah nanti korang decide lah nak makan dekat mana ye?"

"Eh eh, hmm.."







***

Restoran makanan siam menjadi pilihan mereka. Meriah sungguh malam itu seperti makan bersama keluarga. Masing-masing ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan.

Setelah doa dibaca, hasratnya untuk makan terhenti apabila teringat tugasnya. Dia mengangkat muka untuk memandang Mirza yang berada dihadapannya, menyuap Mia yang sedang duduk di babychair .Pegun seketika apabila lelaki itu turut menoleh membuat perkara yang sama. Sebelah keningnya diangkat.

"Apa pandang-pandang?" Soal mirza

Aliya mengerdipkan matanya beberapa kali "uhm, tuan nak makan dulu ke? Kalau ye, biar saya suap mia makan."

"Agak-agaklah, jauh sangat kau nak suap mia. Lepasni aku makan lah." Balas mirza

"Oh,hm.. okey. Sure?"

Mirza angguk. Kemudian sambung menyuap damia.

"Aliya" panggil nabila yang duduk di hujung meja.

Aliya menoleh "ya?"

Pinggan yang berisi sotong disuakan ke arahnya "nak? Sotong tepung."

"Oh boleh. Maseh..."

***

So....setelah lama ku berdiam...
Ehehehehe.
Maaf ye sebab ambil masa yg lama untuk update. Dah dekat 1 ke 2 bulan terpisah dengan wattpad. Huhuhuhu.

So....bab ni pun pendek,hambar...
Huarghhh! Block!

Sorry! Nomu.... mianhe!
Kau orang komen lah apa apa.
Bye! Assalamualaikum..

I'm out..

Okay kejap, bila baca balik, tak ke obvious sangat mirza ni? Kan?
Ah lantaklah.
Ok bye.





Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now