Bab 39

7.3K 339 10
                                    

Beberapa hari telah berlalu dan akhirnya mereka pulang ke rumah.
Rumah Mirza lah semestinya. Takkan lah seorang balik sini seorang lagi balik sana. Dah kahwin kut.

Pfft, dah kahwin.

Bagasi dibiarkan sahaja di tepi pintu. Nanti-nantilah kemas tu. Penat.

Mirza melabuhkan punggungnya di atas sofa kemudian badannya diregangkan sedikit. Berapa jam dah dia memandu, jalan sesak lagi. Kejang oi!

Matanya dipejam rapat. Ini kalau dah landing dekat tilam ni memang tak bangun balik dah.

Seperti tersedar akan sesuatu, tak sampai seminit dia membuka semula matanya kemudian memandang sekeliling untuk mencari kelibat Aliya.

"Sayang!" Panggilnya. Namun tidak disahut. Tak sudah dengan itu dia berdiri pula lalu pergi tengok di luar rumah.

Mana bini aku ni menghilang. Balik berdua sampai rumah takkan lah berseorangan pula.

Dia berjalan lagi ke dapur dan.. Bingo!

Kelihatan Aliya sedang elok duduk di atas kerusi dengan membelakanginya sambil menelefon seseorang.

Siap tergelak-gelak lagi. Amboi.

Mirza melangkah menghampiri Aliya. Kedua belah tangannya diletakkan disebelah kiri dan kanan Aliya, memerangkapnya ditengah-tengah.

"Ehm" Mirza berdehem. Betul-betul disebelah telinga.

Aliya menoleh sekilas kemudian kembali pada panggilannya bersama Atikah.

"Eh Yong. Yaya letak dulu ye? Nanti kalau bosan datanglah sini tau! Okay, bye. Assalamualaikum."

Sebaik sahaja dia meletakkan panggilan, Mirza memusingkan kerusi yang diduduki oleh Aliya agar menghadapnya.

"Ya? Kenapa?" Soal Aliya. Keningnya sengaja dijongketkan keatas dan kebawah.

Mirza membongkokkan sedikit tubuhnya agar sama paras dengan Aliya.

"Kenapa sayang tanya? Suami nak luang masa dengan isteri pun nak kena ada alasan ke?"

Aliya tersenyum. Ini ke Tuan Mirza yang aku kenal dulu?

Tangannya naik mengusap lembut rambut Mirza. Kemudian turun ke pipinya. Syukur. Syukur dia dah jadi miliknya sekarang.

Mirza mengambil tangan Aliya kemudian mengucupnya lembut.

"Lapar..." Rengek Mirza persis kanak-kanak kecil. Kanak-kanak bersuara garau.

"Biy nak makan apa? Sayang masak."

Mirza memandang ke atas, seolah-olah berfikir.

"Tak payah lah masak. Kita oder je. Lagipun mesti sayang penat kan? Sayang nak makan apa. Cepat biy oder."

"Aloh nak oder ke. Kalau macamtu oder je lah apa-apa. Yaya tak kesah."

Mirza memandang Aliya dengan pandangan yang tidak percaya.
Yelah tu. Perempuan, cakap aje tak kesah lepastu nanti buatnya dah pesan makanan dia tak nak.

Bukan apa, dah pernah berlaku banyak kali dah masa dengan mum, Myra. Tapi tak apa, sebagai lelaki yang memahami, dia redha. Eceh gitu.

***

Teruja. Sangat teruja.

Memanglah ini bukan pertama kali dia datang rumah ni, tapi kali ni rasanya lain macam.

Sebab..

Kini rumah Mirza turut menjadi rumahnya!

Yang membuatnya lagi berdebar dan teruja adalah untuk masuk ke kamar tidur Mirza.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now