Bab 6

8.8K 443 5
                                    


Papan kekunci ditaip dengan pantas. Matanya fokus memandang skrin komputer. Tapi kejap kejap menjeling ke sebelah untuk melihat monitor cctv.

Akhirnya dia berhenti menaip dan mengalihkan tumpuannya ke arah monitor cctv. Dia memerhatikan anaknya yang sedang makan disuap oleh aliya.

Dia tersenyum sendiri tanpa dia sedar. Terlalu ralit sehinggakan pintu biliknya diketuk pun dia tak perasan.

Kerana terlalu lama menunggu, atikah terus sahaja masuk ke dalam.
Pun mirza tak perasan. Angau.

"Tuan..." tiada balasan.

"Tuan."

"Tuan!" Atikah meninggikan sedikit suaranya.

Mirza mengalihkan pandangannya dan berdecit sedikit.

"Sibuk sangat ke?"soal atikah.

"Kau rasa? Apahal tak ketuk dulu?"

"Eh saya dah ketuk lah. Tuan yang tak dengar." Terang atikah.

"Oh.. hah kau nak apa?" Soal mirza dengan segera.

Atikah membuka buku notanya untuk membaca temu janji yang telah disusun untuk mirza.

"Ehm. Nanti tuan ada mesyuarat dengan Perdana holding untuk bincang pasal projek baru dekat Cherating so Dato Mahmud ajak lunch sekali. Nanti saya hantarkan lokasinya ye."

Mirza kekal diam untuk berfikir. Atikah hairan dengan mirza ni. Asyiklah mengelamun.

"Hmm. Kalau aku tak pergi boleh tak? Aku ada hal nak buat nanti."

"Hal apa  tuan? Bukan apa, nanti saya nak bagitahu Dato."

Mirza berdehem "A-ku nak balik rumah.....Tengok pekerja baru tu. Takut dia buat benda pelik pelik ke.... kan?"

Atikah memandang mirza pelik dan curiga. Selalunya dia pantau dari monitor aje. Tak pun hantar dia sahaja yang pergi tengok.

"Yeh? Hmm oklah. Nanti saya cakap Tuan ada hal peribadi ye."

"Ye. Sukahatilah. Dah,boleh keluar." Arah mirza.

Atikah keluar sambil tersenyum senyum. Macam aku tak tahu aje.

***

Aliya berjalan sekeliling rumah seorang diri selepas tidurkan damia tadi. Yelah dah kenyang makan kan. Dia kagum dengan setiap reka bentuk rumah tu, aesthetic.

Tapi betullah rumah ni banyak gambar. Semua gambar mirza aje. Gambar damia pun beberapa.

Tau dah cakap tadi, tapi nak cakap jugak. Sumpah mirza nampak handsome gila . Satu gambar yang dia cari masih tak jumpa jumpa.

Gambar isteri mirza. Dah kahwin tapi takkan gambar bini pun tak letak. Tadi masa datang pun dia tak nampak pun 'Puan'.

Haish. Sukahati depa lah nak buat apa pun. Aku sibuk buat apa.

Tiba tiba telefonnya berdering. Tertera nombor yang tidak diketahuinya. "Maxis ke? Aku dah bayar kan haritu?" Telefon dibiarkan tidak berjawab.

Kemudian ia berdering lagi. Aliya mengangkat sahaja panggilan tersebut "helo?" Sapa aliya.

"Apahal lambat sangat kau nak jawab hah?!" Soal mirza dalam nada yang tinggi dan membuatkan aliya terkejut. Dia melihat semula ID pemanggil kemudian kembali ke dalam talian.

"Tuan ke ni?" Soal nya

"Ye lah! Kau tak save nombor aku ke? Bertuah betul."

Dia ni memang kalau cakap tak marah marah tak boleh ke?  Soal aliya di dalam hati.

"Oh... tuan. Kenapa tuan call?"

"Mia buat apa?" Soal mirza walaupun dia dah tahu.

"Mia tidur. Lepas makan tadi dia main kejap, pastu letih tidur lah dia." Terang aliya.

"Hmm. Kau buat apa pulak tu? " soal mirza lagi.

"Saya? Round round rumah tuan ni."

"Kau jangan nak buat benda bukan bukan. Aku nak balik rumah ni. Kau masak apa?"

"Masak? Nak masak buat apa?" Soal aliya lagi.

"Nak buat apa?! Habistu kau  makan apa?!" Soal mirza geram. Apakah itu pun dia nak tanya.

"Ooh. Saya bawak bekal dari rumah. Takkan lah saya nak rembat barang dapur tuan pulak kan. Takut tak halal pul-" aliya tidak menghabiskan ayatnya kerana dia terdengar pintu rumah terbuka. Cuak dia dibuatnya.

"Tuan?" Aliya memanggil mirza yang masih di talian tetapi tidak berjawab.

Perlahan lahan dia berjalan ke depan.

Apahal lah rumah dia ni besar sangat.
Dah lah damia sorang sorang lagilah dia risau. Apabila telah sampai ke ruang depan, kelihatan pintu terbuka dengan luas.

Apa lagi, terus dia pergi ke tempat damia sedang tidur dengan pantas.

Hampir hendak tercabut jantungnya apabila damia tiada di situ.

"Ya Allah mana pulak ni?"
Telefonnya di pandang. Panggilan dari mirza masih lagi belum dimatikan. Hah baguslah.
"Tuan. Tuan. Tuan kat mana?" Soal aliya sedikit kalut. Mana tak kalutnye. Buat budak tu kena culik hah naya.

Fikirannya sekarang dipenuhi dengan perkara negatif.

"Tuan?! Tuan jawab lah jangan dia aje!"

Apabila mirza masih lagi tidak menjawab aliya terus berlari naik ke tingkat atas. Memanglah mustahil budak tu nak jalan naik atas, tapi dah kalau macam ni...

Setapak lagi dia hendak sampai ke tingkat atas terus langkahnya terhenti dengan sendiri kerana terkejut. Telefonnya terlepas dari genggaman lalu jatuh ke bawah.

"Ya Allah Mia!"

"Kau dah kenapa?" Soal mirza dengan tenang.

Aliya memandang mirza tak puas hati
"Dah kenapa? Tau tak saya cuak gila Mia tak ada tadi. Dah la ni hari first saya. Pastu tuan boleh pulak nak main main macam ni. Bila masa tuan balik pun saya tak tahu."

Mirza menggelengkan kepalanya
"Mana ada aku main main. Masa aku masuk  mia dah jaga aku bawak lah dia naik atas nak tukar baju. Dah la jom!"

Aliya masih lagi tidak faham dengan apa yang berlaku "kenapa tukar baju? nak pergi mana?"

"Haih.... kata kau tak masak..." terang Mirza dalam nada pasrah.

"Memanglah. Tapi saya dah makan." Balas aliya semula.

"Habis aku?! Kau sorang aje nak kenyang? Aku?"

"Eh. Hahaha. Tuan pergi ajelah makan. Tak payah lah ajak saya."

Mirza mengeluh kuat.

"Kau jaga anak aku kan? Jadi kalau anak aku pergi kau pun pergi juga. Faham?"

"Oh. Ok." Itu sahaja balasan daripada aliya.

***

Pendek jaa.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now