Bab 41

7.5K 332 19
                                    

Aliya duduk di tepi kolam itu sambil merendamkan kakinya. Angin malam ni sejuk tapi bila rendam kaki dalam air terasa suam. Boleh buat orang tertidur macam ni.

Air yang tenang itu ditendangnya perlahan. Bayang-bayangnya tadi kini hilang.

"Kenapa tak nak masuk je terus dalam air tu, Yang?" Soal Mirza dari belakang membuatkan Aliya terkejut sedikit. Dengan salam tak baginya, ini mau aku terjun dalam air ni nanti.

Mirza yang hanya berseluar pendek dan berbaju-T hitam tak berlengan turut melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

Aliya memandangnya atas bawah.
"Tak sejuk ke? Pakai macamni malam malam?"

"Tak apa, lepasni baru tukar." Balas Mirza.

Lepasni? Kenapa lepasni? Soal Aliya dalam otaknya.

Baju-T yang dipakainya itu kemudian ditanggalkan lalu diberikan kepada Aliya. Seterusnya dia terus melompat masuk ke dalam kolam.

Percikan air yang terhasil turut membasahkan sedikit diri Aliya.

"Biy! Habis basah baju saya!"

Namun Mirza buat tak tahu sahaja dan terus berenang ke sebelah  yang lain.

Aliya melihat sahaja suaminya itu berenang dengan otot-otot yang membantu kaki dan tangannya menolak tekanan air.

Apabila Mirza telah kembali berenang ke arahnya, Aliya membuka suara.

"Memang suka berenang malam-malam ke?"

Mirza menyelak dulu rambutnya yang telah menutupi mata kemudian mengangguk.

Ooh, hobi lah ni. Menarik.

Tak lama selepas itu dia menolak air itu kuat sehingga terkena Aliya. Memang basah habis pakaian yang dipakai oleh Aliya.

"Ya Allah, dia ni kan. Nah!" Aliya membalas dengan sepakan air yang juga memberikan nasib yang sama kepada Mirza. Cuma si dia tu memang dah basah lencun.

Mirza memandang Aliya dengan matanya yang seolah-olah terkejut.
Wajahnya diraup terlebih dahulu untuk memudahkannya melihat dan bernafas.

"Amboi, main kaki nampak!" Kata Mirza kemudian berenang menghampiri Aliya.

Eh,alamak.

"MIRZA DANIEL! EIIII! Orang taknak main dia pergi tarik pulak. Tak sukalah dia ni!" Marah Aliya geram. Dada bidang Mirza jadi mangsa ditumbuk Aliya.

Mana taknya, tau-tau je kakinya dah kena tarik dari bawah. Nak kata hantu air yang tarik, kacak pulak hantu ni.

Dirinya turut ditenggelami air kemudian dia timbul semula apabila diangkat oleh Mirza.

Mirza dijelingnya tajam.

"Siapa suruh. Alah, alang-alang basah sikit baik basahkan terus bajunya tu. Nak sayang sangat buat apa." Jawab Mirza selamba tetapi jari-jemarinya bergerak untuk merapikan rambut Aliya yang sudah menutupi wajah samapi tak serupa orang.

Aliya masih lagi masam mencuka. Dah kalau kata taknak. Jangan nak paksa lain kali.

"Okay macamni, sayang peluk leher Biy." Arah Mirza.

Asalnya tak mahu, tapi dia ikutkan sahaja. Malas hendak bersuara.

Kemudian Mirza berenang mengelilingi kolam itu sambil membawa Aliya dibelakangnya. Tenang. Hanya mendengar bunyi kocakan air sahaja.

Aliya meletakkan kepalanya pada bahu Mirza. Bersandar padanya. Amarahnya tadi juga sudah beransur hilang.

"Selalunya Mia yang teman Biy berenang malam-malam ni. Suka pulak tu dia main air. Kadang-kadang sampai tak nak keluar. Jenuh nak pujuknya."

Babysitter Tuan Mirza [✔]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora