Bab 29

6.8K 332 4
                                    


Lepas ini tak boleh nak percaya dah si Myra.

Yelah, tadi hanya mukanya sahaja yang diconteng. Kini, sampai ke tahap pakaiannya pun disuruh tukar.

Myra memberikan Aliya sehelai baju dan tudung. Katanya dia tersalah beli. Tu yang bagi terus tu.

Hai orang kaya.

Tapi memang lawa bajunya. Rezeki dia lagi harini.

Setelah berjam-jam bersiap,akhirnya mereka turun ke ruang tamu.

"Abang, nak pinjam kereta. I want your Mercedes." Pinta Myra kepada Mirza sambil memanjangkan huruf s pada perkataan Mercedes itu.

Dengar akan suara Myra, Mirza yang sedang menonton televisyen itu menoleh.
"Dah siap tuan puteri? Jom, kita berangkat sekarang."

Kemudian Mirza bangkit lalu berjalan keluar untuk membuka kunci kereta.
Damia ditinggalkan sahaja bersama orang tuanya.

Myra terpinga-pinga. Apahal tiba-tiba dia ikut.

"Eh, apasal ikut?" Soal Myra.

"I don't trust you enough to drive my beautiful baby Reeta. Besides, bila I drive je nampak hebat. Tapi kita takkan naik tu, kita naik my second baby, Riley" Jawab Mirza sambil mengusap-usap keretanya.

Kemudian dia bergerak ke kereta keduanya yang diberi nama Riley tadi. Berwarna maroon dan lebih besar.

Huh lelaki, sayangnya pada kereta macam kereta tu manusia pula.

Aliya ketawa kecil. Amboi, siap bagi nama lagi.

Baru ingin membuka pintu dibahagian belakang, Mirza telah menegur.

"Aih, semua nak duduk belakang. Ingat aku ni driver kauorang ke?"

Aliya menundukkan sedikit kepalanya untuk melihat Myra yang telah berada di dalam kereta dibahagian belakang.

Lah, ingatkan dia nak duduk depan.

Aliya mengangguk lalu beralih ke bahagian depan sebelah pemandu.

Seusai sahaja dia memasang tali pinggang keledar, dirinya seakan-akan direnung. Segera dia menoleh ke sebelah kanannya.

"Kenapa Tuan pandang saya macamtu?"

Kelihatan seperti sel-sel otak Mirza seperti berhubung "Bukan masa kau datang pakai baju lain ke? Kenapa sekarang lain?"

"Oh, adik tuan yang bagi saya suruh tukar. Rezeki, jangan ditolak. Kan Myra kan?" Jawab Aliya sambil memandang ke arah Myra melalui cermin pandang belakang.

Myra yang sedang selfie hanya menjawab hmm sebagai balasan.

Mirza menyarungkan kaca mata hitamnya sebelum memulakan pemanduan.

"By the way, nice makeup." Kata Mirza secara tiba-tiba membuatkan Aliya menoleh lagi memandangnya.

Mirza seolah-seolah tidak pernah berkata apa-apa kerana dia fokus memandu, menghiraukan Aliya yang memandangnya.

Um, terima kasih?

Aliya membuang pandangannya ke luar tingkap. Cuba untuk menyorokkan mukanya yang berubah rona.

Dia cuma kata nice makeup, bukannya  kau yang lawa Aliya. Tetapi maksudnya masih sama kan? Mekap tu berada diwajahnya, kan?

Dia tersenyum sendirian.

Myra yang berada dibelakang memerhatikan sahaja dua makhluk dihadapannya itu. Haih, memang dia halimunan di sini.

***
Apabila namanya Myra, pantang masuk mall, semua kedai dia nak masuk.

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now