Bab 40

8.6K 337 4
                                    


Masing-masing senyap. Khusyuk menonton filem dari Netflix yang dipasang oleh Mirza tadi. Tambahan pula satu ruang tamu itu gelap. Hanya lampu dapur sahaja yang dibuka. Biar ada feel wayang gitu.

Dada berdebar-debar  menunggu siapakah yang bakal mati selepas ini.
Bila mana watak yang menjadi pujaan hati dibunuh, maka jatuhlah air mata emas Aliya.

Mirza pula sudah menyampah duduk di sebelah. Berlakon aje pun. Bukan main teresak-esak nangis nya.

Kaki pula makin lama makin tingi diangkat naik ke atas sofa. Digabungkan lagi dengan muzik latar yang sangat suspen. Tahu-tahu je dah muncul pembunuh psiko tu depan mata. Muka pula dah tak serupa manusia.

Keluar terus jeritan yang nyaring serta habis dicampak semua bantal ke depan tv. Dengan harapan terkena lah pelakon yang memainkan watak pembunuh tu.

Siapa lagi kalau bukan si Mirza yang membalingnya.

Ceh, penakut.

Aliya menepuk kuat lengan Mirza yang keras itu. Rasa ke tak rasa Mirza mengerang kesakitan. Isterinya dipandang tak puas hati.

"Yang pergi baling-baling bantal tu kenapa? Bukannya dia boleh melompat keluar dari tv pun." Marah Aliya sambil mengutip semula bantal-bantal yang tak bersalah itu.

Huhu kesian dia ye.

"Eih, dah terkejut nak buat macam mana? Buatnya tiba-tiba dia ada dekat belakang sayang.....BAH!" Sergahan Mirza secara tiba-tiba membuatkan Aliya sedikit terkejut.

Sikit je lah.

Eii, kalau diikutkan nak aje disepak. Geram! Tapi syurga tu Aliya, syurga.

Malas lagi hendak melayan Mirza yang sedang mengetawakannya, dia sambung menonton filem itu. Tengok muka hero yang kacak ni lagi bagus.

"Sayang" panggil Mirza

"Hmm" jawabnya acuh tak acuh. Ingat malas nak layan tapi selagi dia tak menoleh selagi tu Mirza memanggilnya dengan pelbagai nada yang berlainan.

Kejap keras, kejap lembut, kejap macam opera. Ah, macam-macam lah!

Akhirnya Aliya menoleh juga. Mirza senyum sehingga menampakan giginya yang serba putih.

"Nak tanya something, boleh?"

"Ye tanyalah." Kalau aku kata tak boleh dia tanya juga.

"Kenapa sayang nak kahwin dengan biy?" Soal Mirza.

Aliya mengerutkan keningnya. Kemudian dia membalas, "Saja."

Mirza menunjukkan muka 'serius lah dia ni?'

"Ya Allah Baby ku sayang...dah awak ajak kahwin, kita nak kita setuju lah. Soalan apa awak tanya sayang ni biy?"

"No, like, answer me seriously. Why? Masa tu sayang hanya babysitter Mia, kita baru kenal tak sampai setahun pun, tak pernah pun bercinta and all of sudden, you are my wife. Mesti ada sebab kenapa you accept me. Jangan cakap sebab masa tu I baru lepas kemalangan dan you terima atas dasar kesian." Terang Mirza panjang lebar.

Bukannya apa, tapi saja dia nak tahu juga pandangan isterinya terhadap dia.

Aliya menghela nafas terlebih dahulu.
"Haih okay lah, not gonna lie,Yaya pernah suka dekat awak. Tapi masa tu yaya fikir mungkin hanya sebab baby besar ni handsome. Pfft. Sebab yelah, kalau ikutkan, orang tu dah lah serius aje memanjang, tau nak arah orang aje. Lepastu tiba-tiba marah. Mood tak boleh nak baca. Kejap macam ni, kejap macam tu."

"Jadi macam alah lantaklah, lama-lama hilang lah rasa tu. Tapi lama kelamaan, makin Yaya kenal biy macam mana makin..oh sebenarnya dia ni okay je. Senang cerita, luaran tak boleh menunjukkan dalaman seseorang. Not bad lah."

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now