Bab 24

6.8K 322 17
                                    

Jumaat, hari yang paling diunggu-tunggu oleh Mirza telah tiba.

Dia memberikan Aliya cuti kerana dia nak menjemput keluarganya di KLIA.

Apa lagi, seronok lah Aliya tu.

Mirza telah bersedia menunggu di lapangan terbang bersama dengan Mia. Oh Mia pun tak kurang terujanya bila tahu bahawa nenek dan atuknya nak datang.

Dari jauh dia telah nampak tiga susuk yang sedang berjalan ke arahnya.
Dia segera bangun dan melambaikan tangan agar mereka perasan kehadirannya.

"Mia!" Jerit Myra, seorang wanita yang tinggi lampai juga merupakan adik kepada Mirza.

Tengok, bukan nak tegur abang dia dulu. Hish.

Kalau bukan sebab Mia ni, susah nak datang sini.

Mirza memberikan Damia kepada Myra kemudian dia pergi memeluk kedua ibu dan ayahnya.

"Hi pa, sihat?" Soal Mirza.

"Alhamdulillah sihat. Even you tak selalu call papa tanya khabar tapi, tak apalah." Balas Khairul,bapa kepada Mirza.

Dia tersengih-sengih memohon maaf. Selalunya dia akan telefon ibunya sahaja untuk bertanya khabar kerana tahu bapanya itu sibuk. Kalau telefon pun, selalu tak angkat.

"Wow! Why do you look...berisi hah? Last time kita jumpa, tak adalah macam ni?" Tanya Myra pula.

Mirza mengerutkan keningnya. Berisi? Elok je, tough je badan aku.

"Mana ada berisi! Ini semua otot eh..." balas Mirza ingin pertahankan diri sambil menekan-nekan sedikit otot bicepsnya.

"Dah-dah. Tu maksudnya dia makan kenyang lah tu. Jom, mum dah lapar sangat ni. Twenty hours and thirty minutes of flights, urgh! Come on quickly!" ajak Maya kemudian segara menarik tangan suaminya untuk ikut sekali.

Mirza menarik bagasi yang dibawa oleh kedua orang tuanya kemudian segera membuntuti maknya itu.

Beratnya beg! Bawak apa dalam ni?

***

Tiba sahaja di rumah, Mirza terus meletakkan bagasi-bagasi itu ke dalam bilik tetamu.
Kemudian dia turun semula ke bawah untuk bersembang dengan keluarganya.

"So, mum dah sediakan apa-apa ke untuk esok?" Soal Mirza kepada keluarganya.

"Hey, tengoklah ni siapa? Semua mum dah bawak dari sana. So,tinggal nak order kek je. Hah, tu you lah yang kena buat."

Mirza mengangguk.

Mirza kemudiannya menoleh menghadap bapanya yang sedang menekan-nekan remot tv.
Tak jumpa cerita yang menarik agaknya.

"Papa, how's business? Is it good?"

"Hmm, setakat ni okay. Myra pun baru habis study, so dia boleh tolong papa sikit kat sana. Ni, esok, Mia punya babysitter datang?"

"Haah dia kata dia datang."

Mirza memandang keliling untuk mencari kelibat Damia namun langsung tidak dijumpai.

"Mum, Mia mana? Dengan Myra ke?" Soalnya.

Maya yang baru sahaja ingin melelapkan mata terus terbuka semula
"Dengan Myra lah tu. Pergi update her instagram stories. Macam tak kenal adik sendiri."

***

Malam itu, seperti yang dikatakan oleh Maya, segala perhiasan telah dibawanya dan disediakan dari New York.

Banner digantung, belon ditiup, meja disusun. Segala itu dilakukan oleh Mirza. Myra? Ngelat.

Konon nak tolong mum masak untuk esok lah, padahal elok mengilai seorang-seorang depan tv tu. Entah apa yang ditonton pun dia tak tahu. Dok cakap cincang-cincang, sayur-sayur, kenyang-kenyang.

Ah! Dia pun tak faham. Kalau dia mintak tolong, alasannya "Dah nak siap tu,habiskan je lah. Nak jaga Mia ni!"

Papa pulak? Hmm..nak beromeo juliet dekat dapur dengan bini dia lah.

Haih, birthday budak nak masuk satu tahun aje pun.

Jealous? Siapa kata?

***

Aliya membalut semua hadiah yang telah dibelikan untuk Damia pagi tadi. Banyak weh.

Tak terlupa juga beberapa keping wang Ringgit dimasukkan ke dalam sampul. Itu bukan untuk Mia.

Kali ni,dia tak boleh nak tolak. Sebab kalau dia nak tolak, cakap ajelah itu hadiah untuk Mia kan? Tak percaya? Sukahati lah.

Atikah masuk ke dalam bilik Aliya kemudian menghamparkan badannya ke atas tilam.

"Tu semua hadiah untuk Mia ke?" Soalnya.

"Haah. Esok kau ikut ke Yong?"

"Tak apalah, aku nak tidur je kat rumah. Dah habis nanti kau call aku. Ye lah, nanti aku seorang je yang kena drive." Jawabnya dengan nada sedikit sarkastik di ayat yang terakhir.

Aliya tersengeh. Dia faham maksud kakaknya tu.

Dia memang tak suka bawa kereta walaupun ada lesen. Trauma. Seboleh-bolehnya dia nak elak dan tak mahu bawa kereta.

***

Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now