Bab 15

8.1K 372 25
                                    


Pelbagai jenis binatang telah pun mereka jumpa. Betapa seronoknya Damia tu tak payah ceritalah.

Puas hati mirza kerana dapat menggembirakan dia. Lagipun, mereka juga berasa seronok.

Lawatan itu penuh dengan gelak tawa dan ketakutan Aliya.

Ya, ketakutan.

Sebab apa?

"Ee! Eeee!! Haa tuan suruh dia turun!!! Bang cepatlah ambik balik! Nanti dia gigit saya macam mana?" Pinta aliya apabila seekor ular yang sangat besar diletakkan di lehernya.

"Tak apa cik, ular ni jinak jaa..depa tak makan manusia pun... hahaha."

Sampai nak menangis orang tu tapi mirza buat tak tahu je. Makin galak ketawa adalah. Siap rakam lagi.

Tapi... hmm.. bila ular tu hendak diletakkan di lehernya, dia dah lari dulu.

Pelbagai burung yang berwarna-warni berterbangan di taman itu. Syok damia dapat bagi burung-burung tu makan.

Tapi itulah,yang jadi tempat tenggeknya kepala si aliya. Entah memang semua binatang suka dekat dia kot.

Baru sahaja aliya ingin menggerakkan kepalanya untuk menghalau burung itu, mirza terlebih dahulu menghalangnya

"Ish kau jangan lah gerak! Biar aje lah dia kat situ.. mia nak bagi makan ni!"

"Kalau dia berak atas saya macam mana? Haa. "

"Alah, takkan nye."

Aliya pasrah. Haa yelah. Tenggek lah lagi semua.

Seterusnya mereka pergi ke Langkawi skybridge cabel car.

Pemandu itu adalah orang yang sama tapi tidak disedari Aliya. Dia cuma mengenakan topi dan kaca mata sahaja kali ni.

Mirza? Buat-buat tak kenal dan tak tahu sahaja walaupun banyak kali kena usik.

Pemandangan dari atas itu sangat menyenangkan. Lautan biru yang luas dapat dilihat dengan jelas.

Tambahan pula terdapat air terjun telaga 7 yang menyerikan lagi suasana.

Suasana yang sepi di dalam kereta kabel itu diganggu oleh deringan telefon milik aliya.

"Waalaikumsalam ye?"

"Lah.. ye ke. Ni Yaya dengan mia ni. Tuan bawak dia jenjalan. Haah.."

"Dekat...skybridge... haah."

"Hmm..okay. Yee. Haa. Byee"

Mirza memandang aliya memerlukan jawapan.

"Oh, tikah. Dia tanya dekat mana sebab diorang dah habis meeting tu. Saya ingat tuan dah bagitau diaorang tuan nak pergi mana. Kalau tak dia baru nak ajak jalan jalan sekali."

Mirza mengangguk "hmm..my bad perhaps. Habis diorang kata apa lagi? Nak datang sini?"

Aliya mengangguk. "Haah. Lepastu diorang plan nak shopping chocolates and barang untuk buat bbq."

Kening mirza dikerutkan "bbq? Sempat ke?"

"Insya Allah sempat.....Lawakan tempat ni?"

Persoalan aliya hanya dijawab dengan senyuman dari mirza. Nampak keikhlasannya di situ.

"Um...aliya . Sebenarnya dari hari first  kau kerja aku nak tanya ni. Before this kau kerja apa? Sorry to ask. Dont have to answer if it bothers  you"

***

Semua staf  telah berkumpul sementara menunggu pengangkutan mereka tiba.

"Dia kata apa?" Soal nabila.

"Diorang dekat skybridge dah." Jawab atikah.

"Lah, dekat skybridge dah? Aku fikir hal apa lah tuan leave tadi. Rupanya bawak anak dia jalan... such a sweetheart! " balas farhan pula.

"Haa... lepastu alang-alang, dia dating dengan adik kau sekali kan!" Tambah syafiq.

Haih banyak mulut semuanya.

"Lah.. Adik aku kan kena jaga anak dia. So,dia kena lah ikut sekali. Ini kalau dia dengar ni... nahas kau."

Syafiq mencebik. "Eleh. Kau percaya cakap aku eh. Tak tahan pun tu pastu nanti konpem! Confirm eh... tuan akan down jugak. Alah benda-benda ni aku dah khatam lah dekat drama tu"

Apa yang dikatakan syafiq itu dipersetujui ramai. Kemudian nabila bersuara lagi.

"Alah weh. Takpayah sembang yang kat sana. Kauorang tu pun tadi masa meeting. Main-main mata... cakap pakai signal mulut.. fikir orang tak perasan ke?"

Terbuntang mata atikah mendengarnya.

Aku tengah marah  orang tu tapi orang nampak aku main mata? Eww!

Syafiq meletakkan tapak tangannya di dada dan melakukan reaksi terkejut.

"Hah? Kau main mata dengan aku ke tadi? Laah...so sawit lah you tikah!"

Habis pecah ketawa semua orang kerana jenaka itu. Atikah pula, pura-pura ketawa. Lawak.

***

Suasana diam seketika.

"Um..saya kerja dekat kedai seberang dekat kampung je dulu. Tu je lah setakat yang layak."

Mirza mengangguk. "Kalau...aku nak tanya lagi boleh ? "

Aliya ketawa kecil "Curious sangat ni. Yelah. Selagi saya boleh jawab tuan tanyalah."

"Um...hmm...tak apalah. Hish busy body sangat aku ni kan. Hahaha."

Lagi aliya ketawa. Kemudian dia mengangguk.

Setelah sahaja kereta kabel itu berhenti di puncak, aliya melangkah keluar sambil membawa damia bersama kemudian baru diikuti oleh mirza.

She really reminded me of you, Rose.
I dont know why, but only her I feel like that and I know, anyone who knows you will say the same.

***




Hah sudah aku dah merapu.

Rose? Tiber je nama tu.
Siapa tah tu haduih..









Babysitter Tuan Mirza [✔]Where stories live. Discover now