Bab 5

9.1K 490 6
                                    

"Dah ada anak?" Hah terkejut kau.
Tak sangka pulak dia. Yelah, muka macam muda lagi nak kahwin. Tapi sekarang ni ramai je kan kahwin muda yek?

"Yelah. Kau nak ke tak kerja ni?" Soal atikah.

Aliya termenung seketika. Bukan seketika,lama jugak lah sampai maryam dengan atikah naik hairan.

"Hoi! Termenung pulak dia. Teruk benor leh perangainya." Sergah maryam. Maryam ni macam makcik makcik sikit perangai dia so faham faham lah ye.

"Ah, apa?" Soal aliya lepas tersedar dari lamunannya.

"Kau nak tak kerja situ?" Soal atikah lagi sekali.

"Oh haah. Boleh. Dia hantar sini ke macam mana?"

Atikah menghulurkan sebuah folder berwarna coklat kepada aliya. Entah dari mana dia capai entah.
Aliya mengambilnya dengan tangan kiri "apa ni?"

"Semua benda yang kau nak tahu dalam tu. Alamat rumah dia pun ada. Esok pukul lapan dia nak kau ada kat sana. Jangan lambat."

Reaksi aliya sedikit terkejut "esok? Eh yaya tak prepare apa lagi ni."

"Tak payah. Eh kau bacalah dulu kontrak tu! Kalau semua aku nak terang baik tak payah!"

Sempat lagi aliya mencebik sebelum meletakkan folder itu di sebelahnya.

***

Sehelai demi sehelai dibaca dengan teliti.

"Damia Rose. Lawa nama. Mesti budak baik ni. Hehehe comel pun comel." Tersenyum aliya apabila melihat foto damia. Matanya beralih ke sebuah nama

Mirza Daniel.

"Eceh. Nama kemain lagi kau. Alah..gambar dia tak ada ke? Hmmm...eh apa kau ni yaya! Laki orang kot! Haishh."

Matanya mencari cari lagi nama seseorang tapi tidak dijumpai "nama mak dia tak ada ke? Hmm."

***

Rumah banglo dua tingkat kini berada di hadapannya. Mewah,lawa. Memang orang kaya ni. Loceng ditekan beberapa kali akhirnya pintu pagar terbuka dari dalam.

"Uish, macam dalam tv. Hebat.." kata aliya sedikit jakun. Skuternya ditolak masuk ke dalam rumah. Kelihatan 2 biji kereta terpakir elok di halaman.
Satu warna hitam berkilat satu lagi warna maroon. Yang warna maroon tu besar sikit. Hah sudah tertarik pula dengan kereta.

Laman pula cantik. Kemas,siap ada gazebo lagi. Nampak macam luas. Tak apa aliya nanti kau explore lah rumah ni ye. Tanpa dia sedar Mirza perhati sahaja dia dari depan pintu.

Akhirnya barulah dia nampak ada makhluk lain kat situ. Helmet yang masih terikat dicabut dan disangkut pada handel skuter. Terus dia menyusun langkah ke arah majikannya kini.

"Assalamualaikum tuan."ucap aliya.

"Hmm." Itu sahaja yang dijawab mirza kemudian terus masuk kedalam rumah.

Eh dia ni tak reti nak jawab salam ke? Hmm hmm kau ingat apa? Jatuh sangat ke maruah tu kalau jawab salam?! Bebel aliya di dalam hati. Dalam hati je lah oii.

Aliya mengejar langkah mirza yang telah masuk ke dalam rumah. Dalam pun lawa. Tak nampak serabut pun dengan perabut dengan frame gambar. Pandai dia hias rumah.
Terdapat sebuah sliding door ditepi yang menampakkan kolam renang. Ye kolam renang! Tak hilang senyuman di bibir aliya.

Tiba tiba dia terasa dirinya terlanggar sesuatu yang keras. Dinding ke?
"Aduhh" dahinya digosok perlahan. Kepala diangkat untuk melihat 'dinding' tadi.

Lah apa pasal dinding ada leher? Unik betul.

"Kau dah kenapa? Tak boleh nak jalan elok-elok?" Tegur mirza.

"Oh. Ehehe. Maaf. Saya tak nampak." Hah kan dah malu. Bukan dinding tapi dada bidang orang tu yang kau langgar. Hadeh.. keras ow. Haish!

Mirza masih lagi dengan muka serius nya "kau dah baca kontrak tu?"

"Dah!" Jawab aliya.

Mirza mengangguk. Wajah aliya ditenung seketika ""Kau pasti kau boleh jaga anak aku?"

"Eh mestilah! Saya suka budak-budak tau. Budak-budak pun suka saya. kalau tak buat apa kakak saya suggest dekat Tuan kan? Hehehe." Jawab aliya kemudian wajahnya menunduk memandang kakinya yang berstokin corak kartun lilo and stich.

Kenapa telinga dia panjang eh?

Mirza juga turut memandang stokin itu. "Apahal kau tunduk. Tengkuk kau patah ke?" Sindir mirza. Yelah sindir. Dah sah sah lah dia tau orang tu malu kau tenung dia.

Aliya kembali mengangkat muka "eh tak. Um.. mana damia?" Soal aliya. Matanya cuba untuk tidak memandang mirza.

Mirza perasan benda tu kemudian tersenyum tapi selejap, dia kembali serius.

"Mia. Panggil dia mia. Ada kat atas. Bilik aku. Mari"

Tercengang aliya seketika "pergi mana?"

"Nak ambil mia lah. Kau nak jaga dia kan?"

"O-oh. Haah. Okey okey."

Aliya mengikut mirza untuk naik ke atas sambil memerhati beberapa fotograf yang terganun pada dinding sepanjang menaiki tangga. Semua gambar dia aje. Dah macam model pulak cara dia pose. Okeylah tak tipu,dia hensem. Untunglah bini si mirza ni.

"Hoi" sergah mirza. Oh dah sampai depan pintu bilik rupanya

"Ye?"

"Kau tunggu sini."arah mirza sementara dia masuk ke dalam biliknya.

Kemudian mirza keluar dengan seorang bayi perempuan didakapannya. Bayi lah sebab belum capai tahap kanak kanak. Kan? Macam pelik je... Hmm.

"Eh comel nye dia! Mia ke ni?" Mirza menyerah kan mia kepada aliya. Tembam kau macam pou dalam cerita kung fu panda tu. Hah. Putih suci aje.

"Barang dia semua ada dalam bilik yang kat sebelah tu. Tu juga tempat kau rehat nak solat apa semua. So....boleh katakan tu bilik kau jugak lah kan? Bila aku balik baru kau boleh balik. Faham?"

Aliya mengangguk tapi wajahnya tidak memandang mirza.

"Hmm. Aku pergi kerja dulu. Jaga dia elok elok. Rumah ni ada cctv,aku boleh tau kau buat apa. Kau dengar tak?!" Soal mirza lagi apabila aliya masih lagi tidak memberikan perhatian kepadanya.

"Iye... saya faham. Dah la. Tuan pergi lah kerja. Pandai lah saya nak jaga dia ni"

***

Babysitter Tuan Mirza [✔]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant