Epilog

868 15 3
                                    

3062 words. Take your time untuk baca.

Enjoy.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 tahun kemudian...

Tahun ini adalah tahun pertama dan hari terakhir berpuasa bersama dengan keluarga kecilnya.Zahra sudah mendirikan rumah tangga sejak 3 bulan yang lepas.Manakala, Zaim juga telah mendirikan rumah tangga selama 1 tahun. Hari ini mereka berkumpul beramai-ramai di rumah Tengku Mukhriz untuk menyambut hari raya aidilfitri pada esok hari bersama-sama.

Serta, kali ini sudah menjadi ramadhan ke 2 keluarga Zahra menyambutnya tanpa Merdina disamping. Ianya agak janggal kerana mereka telah kehilang puteri kecil di dalam rumah ini. Namun, tahun ini tidak seperti tahun lepas, rasa kehilangan itu masih ada, namun, mereka cuba untuk menceriakan suasana kembali walaupun tiada Merdina bersama-sama.

Farah Nabila atau nama panggilannya Farah mencedokkan nasi kedalam pinggan suaminya,Zaim. Farah kini sudah bergalar kawan baik merangkap adik ipar kepada Zahra. Perkahwinan Zaim dan Farah terhasil kerana peraturan daripada pihak ibu bapa mereka. Zaim dan Farah masing-masing tidak kisah dengan aturan ibu bapa mereka.

Zaim mengucapkan terima kasih setelah Farah mencedokkan nasi untuknya. "Hubby nak lauk apa Ara ambilkan?" Soalnya lembut.

Teringat kembali Farah sewaktu pertama kali Zaim memintanya untuk memanggil Zaim dengan panggilan hubby.

Flashback

"Farah, aku tak nak la kita berterusan panggil masing-masing dengan panggilan aku-kau. Kita kan dah kahwin apa kata kita ubah. Aku nak hubungan kita jadi lebih erat." Zaim yang sedang duduk diatas katil menyatakan hasratnya.

Farah pula yang sedang mengemas tempat solat mereka terkedu. Ya, Farah tak nafikan dia pun mahu hubungan mereka menjadi lebih erat. Rasa cinta tu perlulah dipupuk dari sekarang. Dia tidak mahukan perkahwinan tanpa cinta. Dia juga mahu merasakan kebahagiaan disamping suami yang tercinta.

"Ehem, aku tak kisah pun. Tapi nak tukar jadi apa? Yang penting aku tak nak panggil kau as abang." Tolak Farah. Panggilan abang itu dirasakan tidak kena dengan hubungan mereka. Walaupun ada sahaja pasangan lain yang menggelarkan suami mereka sebagai abang walaupun mereka sama umur ataupun si isteri lebih tua.

"Hmm ok la. Kalau kau panggil aku hubby aku and aku panggil kau honey. Ok tak?" Zaim memberikan cadangan. Zaim agak malu untuk menyatakan hasratnya kerana hubungannya dengan Farah hanya sekadar sebagai kawan sebelum ini. Jadi, dia terasa agak janggal. Namun, dia perlu atasi kejanggalan itu.

"Ok la juga. Tapi emmm jangan la panggil aku honey. Tak nak la. Geli la. Panggil Ara je boleh tak?" Farah memberikan cadangan yang lain.

Memikirkan Zaim yang mahu menggelarkannya sebagai honey membuatkan bulu romanya naik. Seram.

"Asal pulak. Hubby baru nak sweet sweet. Nanti jangan kata hubby tak sweet pulak. Ara yang tolak." Mahu tersekat kerongkongnya saat mahu menggelarkan diri sendiri sebagai hubby.

Farah terkedu apabila mendengar Zaim menggelarkan dirinya sebagai hubby. Selepas itu senyuman kecil terbit dibibir Farah. Terasa comel apabila Zaim berkata sedemikian 'hubby eh' soal hati Farah.

"Isyyhh bukanlah tak boleh langsung. Tapi kadang-kadang tu nak la juga hubby panggil Ara dengan gelaran sayang ke apa ke. Tapi tak nak la hari-hari. Geli" Farah membuat gaya mahu muntah.

Zaim ketawa kecil. "Oh dalam hati ada taman rupanya sayang hubby sorang ni." Zaim menyakat Farah. Melihatkan wajah Farah yang berubah menjadi tomato membuatkan Zaim tergelak kecil. Suka. Isterinya kelihatan sangat comel.

He's Not MineWhere stories live. Discover now