Bab 20

1.1K 38 3
                                    


Zahra memasuki ke dalam kelasnya dengan wajah yang gembira. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Manis sahaja wajahnya itu.

Zahra meletakkan beg body glove nya itu di atas kerusi. Dia melabuhkan duduknya di kerusi tersebut. Sambil menunggu ketibaan sahabat karibnya Farah, Zahra bernyanyi-nyanyi kecil.

Selepas 3 minit, kelihatan Farah sedang memasuki ke dalam kelas 5A-1 itu. Zahra menghadiahkan sebuah senyuman buat sahabatnya.

Farah membalas senyuman Zahra lalu berkata. "Is something happened?? Why you look so happy, my dearest friend."

"Hihihi" Zahra ketawa kecil. Dia hanya mampu tersenyum. Teringat saat manis ketika bersama buah hati pengarang jantungnya itu semalam.

Farah tidak berpuas hati melihat rakan baiknya itu. "Zahra, bagitau la aku. Ada apa-apa berlaku ke??" Farah memujuk Zahra. Manalah tahu Zahra akan menceritakan kepadanya.

Namun, hampa sahaja yang didapatinya kerana Zahra kelihatan seperti sedang termenung.

"Tak pe lah Zahra, aku pergi bertugas dulu la. Bye" Farah pun berlalu pergi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas tamat perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin, semua pelajar beredar ke kelas masing-masing.

Sebaik sahaja Farhan memasuki ke dalam kelasnya, Zahra kelihatan seperti sedang tersenyum ke arahnya. Farhan membalas senyuman itu.

Farah yang melihat adegan itu, terus membuat mulut berbentuk huruf o. Baru lah dia tahu mengapa si Zahra ni kelihatan happy je hari ni.

"Ehem, ehem. Dah dah la tu pandang si Farhan tu Zahra oi." Farah menegur Zahra.

He's Not MineWhere stories live. Discover now