Bab 1

1.5K 67 8
                                    

Farhan's POV

"Merdina. Why you did this to me." Farhan menatap gambar yang diambil bersama dengan ex-girlfriendnya semasa first date mereka. Dia masih mengingati ex-girlfriendnya dan masih setia menunggunya.

Farhan meletakkan gambar tersebut di atas meja belajar. Dia berjalan ke arah katil king size dan baring di atasnya. Perlahan-lahan dia cuba untuk melelapkan matanya.

End Farhan's POV

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zahra yang baru turun dari kereta Toyota Alphard berjalan menuju ke dalam perkarangan sekolahnya. Dia memberikan senyuman kepada pengawas sekolah yang bertugas di pintu pagar itu.

Zahra terus berjalan menuju ke arah dewan terbuka. Setelah tiba , dia duduk di barisan kelasnya.

Zahra melihat orang di sekelilingnya sedang berborak kosong. Dia menunggu sahabatnya tiba.

"Assalamualaikum Zahra. Awal sampai hari ni" kata Farah yang sudah mengambil tempat di sebelahnya.

Cuma Farah la satu-satunya sahabat yang dia ada. "Wa'alaikumussalam. ha'a sebab Pak Akub kena hantar ayah aku awal hari ni. Ayah aku ada meeting" Zahra berkata sambil menatap wajah sahabat baiknya itu. 'Sungguh cantik Farah ni , kalaulah aku cantik macam dia. hmmm' Zahra berkata di dalam hati.

*skip part perhimpunan pagi*
what? perhimpunan pagi amat membosankan 😂😂 ada faham👍👌✌

Zahra berjalan menuju ke arah kelasnya iaitu 5A-1 yang terletak di blok C tingkat 3. Dia duduk di tempat duduk yang telah ditetapkan oleh guru kelasnya.

Farah berjalan ke tempat duduknya lalu duduk. Dia menoleh ke arah Zahra yang berwajah masam itu. "Kau dah kenapa Zahra ?" tanya Farah.

Zahra cuma buat tidak tahu sahaja dengan pertanyaan Farah. Malas mahu menjawab. Dia tidak ada mood hendak bersembang dengan Farah.

"Tengku Zahra Maylissa ! Kau dengar tak ?" Farah mula naik angin. Nasib dia tidak menjerit kalau tidak habis satu kelasnya bergegar kerana jeritannya. Sebab itulah Farah dilantik sebagai penolong ketua pengawas dan di gelar cik singa.

"Ishhhh. Aku dengarlah cik Farah Nabila oiii" kataku sambil menjelingnya.

"Dah tu tak reti nak jawab ke" Farah memandang Zahra dengan riak muka yang serius.

"Aku tengah berfikir ni. Kenapa orang tak nak kawan dengan aku. Tak kan sebab aku tak cantik je. KEJAM" sengaja ditekankan perkataan kejam itu. Zahra berkata dengan nada yang perlahan. Tidak mahu ada orang lain mendengar perbualan mereka. Tak pasal-pasal kena kecam. #mohondijauhkan

Perbualan mereka terhenti kerana guru subjek pertama telah masuk ke kelas.

"Bangun kelas. "Arah ketua kelas kami iaitu Izman. Kami semua mengikut arahannya. "Assalamualaikum cikgu Hani" Izman berkata dengan suara yang lantang. "Assalamualaikum cikgu Hani"kami mengajuknya.

Cikgu Hani menyuruh kami duduk dan membuka buku tulis bahasa melayu.

Cikgu Hani memulakan sesi pembelajaran pada hari ini dengan tajuk karangan syarahan. Beliau menyalin contoh karangan syarahan pada papan putih dan menyuruh kami menyalinnya.

"Mak ai banyak gila cikgu tulis. Kalau papan putih ni lagi besar , confirm lagi banyak dia tulis. "bebel Farah. Sudah dua muka surat yang telah digunakan oleh Farah untuk menulis contoh karangan itu. Dia meletakkan pennya dan mematah-matahkan jari jemarinya kerana sudah letih menyalin contoh karangan yang telah diberikan oleh cikgu Hani.

"Macam tak biasa pulak kau ni. Salin je lah."Zahra memback up Cikgu Hani. "Bukan apa , tak baik mengata cikgu , takut nanti ilmu tak berkat." Sambung Zahra lagi. Dia hanya menyalin sahaja apa yang ditulis oleh Cikgu Hani tanpa banyak bunyi. Tulisannya yang kemas itu masih kelihatan kemas walaupun sudah letih menyalin. Bukunya kelihatan cantik dengan pen berwarna-warni yang telah dia gunakan.

**skip**

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Loceng yang menandakan waktu rehat telah pun berbunyi. (KRIIIINNGGG)

Di kantin

"Hai sayang." Farhan berkata kepada seorang gadis yang sedang lalu di hadapannya. Farhan ni memang pantang nampak gadis yang lawa , semua mahu dirembatnya. Akan tetapi dia melakukan hal itu dengan bersebab.

Farhan melihat gadis tersebut tersenyum manja kepadanya. Farhan membalas senyuman itu sehingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya. Mana-mana perempuan yang memandangnya pasti cair bila melihatnya.

Pandangan matanya meliar mencari seseorang. Setelah ternampak orang yang dicarinya, dia tersenyum sendiri. Rindu mahu keluar bersama perempuan itu dan bermanja dengannya.

"Hah" Sergah Adam yang merupakan salah seorang dari sahabat karibnya. Farhan mempunyai dua sahabat karib yang sentiasa ada untuknya ketika susah dan senang. Yang lain semua tak boleh pakai. Bila senang diorang ada, bila susah hilang entah kemana. Nama sahabatnya ialah Adam Rykarl dan Tengku Zaim Muqri. Mereka menubuhkan kumpulan yang bernama KING.

"Kau still ada hati dekat Merdina ke?" soal Zaim setelah melihat gadis yang sedang di usha oleh sahabatnya itu. Dia berasa kasihan terhadap Farhan yang masih setia menunggu Merdina. Nama ex-girlfriend Farhan ialah Tengku Zalikha Merdina iaitu adiknya. Dia berasa bersalah kepada Farhan atas apa yang telah dilakukan oleh adiknya.

"Mestilah" Farhan mengeluh perlahan. Memang dia kecewa atas apa yang telah dilakukan oleh Merdina namun dia tidak dapat melupakan gadis tersebut. Sebab itulah dia menjadi playboy kerana mahu membuat gadis tersebut berasa cemburu. Kata orang cemburu tu tandanya sayang. Dia mahu buat Merdina kembali kepadanya, dengan itu hatinya akan pulih semula.

"Ha. Aku ada idea macam mana kau nak lupakan Merdina." Kata Adam sambil memetik jarinya.

"Macam mana?" soal Farhan tak berminat.

"Macam ni, kau kena tackle sorang perempuan ......"belum sempat Adam menghabiskan ayatnya Farhan menyampuk. "Tu je." kata Farhan dengan bangga.

"Sabarlah, Ad tak habis cakap lagi kau dah menyampuk." kata Zaim pula sambil menepuk-nepuk bahu Farhan.

Farhan tersengih."Hah cepatlah sambung"

"Perempuan yang kau kena tackle tu ..." Adam sengaja melambat-lambatkan bicaranya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Vote and comment ye 😃
Sorry kalau tak best

He's Not MineWhere stories live. Discover now