Bab 38

631 13 0
                                    

Zahra membuka kotak yang terakhir sekali. Iaitu dari Firash. Penutup kotak yang dihiasi dengan reben berwarna merah jambu itu dibuka. Terdapat surat di dalam kotak itu. Zahra meletakkan penutup kotak tersebut di tapi. Kertas itu diambil oleh Zahra lalu Zahra membuka lipatan kertas tersebut. Zahra membaca satu persatu perkataan yang ditulis oleh Firash.

Pergi masuk dekat dalam bilik di tingkat 3. Bilik utama villa ini.

Zahra berasa sangat keliru dengan arahan yang telah diberikan oleh Firash.

Melihat kekeliruan yang nyata jelas dipaparkan di riak wajah zahra, Zaim lantas bertanyakan kenapa. Zahra menunjukkan kertas tersebut kepada Zaim.

"Eh aku nak tengok juga." kata Farah yang segera mendekatkan dirinya dengan Zaim. Farah juga jadi tertanya-tanya tentang ayat yang ditulis di dalam kertas tersebut.

"Eh kau ni sibuk aje nak tahu. Pergi main jauh-jauh la sana." halau Zaim apabila Farah telah siap berdiri disebelahnya.

Farah menunjukkan muka menyampah. Bibirnya dimuncungkan. "Kedekut" Matanya juga dijelingkan. Menyampah dengan kembar si Zahra sorang tu.

"Kau ingat comel kut buat macam tu." perli Zaim. Farah tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Zaim. Kepala Farah ditoleh ke arah Zahra. 'Lebih baik aku tanya Zahra' kata hati Farah.

"Apa yang ditulis kat kertas tu Zahra?" Farah menghampiri pula sahabatnya Zahra. Lengan Zahra dirangkul manja. Muka buat-buat comel ditunjukkan buat Zahra.

Zahra tergelak kecil dengan tingkah sahabatnya. "Takde ape pun. Cuma dia tulis suruh masuk kat dalam bilik utama villa ni je." ujar Zahra. Dia pun pelik kerana ada apa di dalam bilik tersebut.

"Oh iye. Hmmm dahtu tunggu apa jomla naik atas." lalu tangan Zahra ditarik dibawa menuju ke arah tangga.

"Oi oi" jerit Zaim. Pening dengan tingkah laku Farah yang bersahaja itu. Zaim menggelengkan kepalanya perlahan.

"Jomlah Han." Bahu Farhan ditepuk oleh Zaim. Lalu mereka bergerak ke arah tangga juga. Mengejar langkah gadis-gadis tersebut.

Farah dan Zahra menunggu ketibaan Farhan dan Zaim di hadapan bilik utama villa tersebut. Setibanya Farhan dan Zaim bersama mereka lantas Farah mengarahkan Zahra untuk membuka pintu tersebut. Tombol pintu itu dibuka oleh Zahra. Ditolak pintu itu dengan perlahan.

Sejurus kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tersebut matanya terpaku dengan dekorasi bilik tersebut. Tubuhnya kaku. Zahra tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

Bukan sahaja Zahra malah Zaim,Farhan dan Farah juga terkelu. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Zahra melihat susun atur hiasan yang telah disediakan oleh Firash. "Korang tahu ke soal benda ni?" Tanya Zahra.

"Tak" Serentak mereka bertiga menjawab.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayangkan cincin tu ada dekat tengah2 katil dekat gambar pertama)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayangkan cincin tu ada dekat tengah2 katil dekat gambar pertama)

Zahra kagum melihat hiasan bilik tersebut. Terlalu cantik. Dan ayat yang ditulis melalui belon itu amat bermakna. Tidak sampai satu saat kelopak matanya dibanjiri dengan air mata.

'Arash' panggil Zahra di dalam hati. Dia menjadi sebak. Tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

"Zahra ada surat la kat bawah cincin tu." kata Farah. Lalu diambil surat tersebut dan diberikan kepada Zahra.

Zahra mengambil surat yang telah dihulurkan oleh Farah.

Sampul tersebut dibuka. Terdapat gambarnya dengan Firash di dalam dan sekeping kertas. Zahra mengamati gambar mereka berdua. Wajah Firash diusap menggunakan ibu jarinya. Dia mengelap air matanya. Tidak mahu air matanya jatuh ke atas gambar tersebut.

Lantas Zahra beralih ke arah surat tersebut. Lipatan surat tersebut dibuka.

Assalamualaikum Zahra.

Arash tulis surat ni sebab Arash nak Zahra tahu yang Arash cintakan Zahra sangat-sangat. Sejak dari hari pertama kita berjumpa kembali di sekolah Arash tahu yang Zahra adalah orangnya. Arash selalu berdoa dekat Allah jika Zahra ialah jodoh yang telah ditetapkan untuk Arash maka dekatkan lah Arash dengan Zahra. Dan alhamdulillah, doa Arash termakbul. Kita bercinta sudah 9 tahun lebih. Walaupun pada mulanya Zahra tidak cintakan Arash, Arash tak pernah putus asa. Sebab Arash tahu kalau Arash berusaha insyaallah Zahra akan menjadi milik Arash dengan ketentuanNya. Dari hari pertama kita bercinta Arash cuba bermacam-macam cara untuk buatkan Zahra jatuh cinta dengan Arash. Sehinggakan kita bertengkar kerana Zahra anggap Arash pentingkan diri sendiri.

Sayang,

Hanya Allah je yang tahu betapa dalamnya cinta Arash dekat Zahra. Kisah kita mungkin bermula dengan cinta bertepuk sebelah tangan dari Arash namun Arash bersyukur akhirnya Zahra ada disisi Arash. Kita dah lalui pelbagai benda bersama-sama. Di saat Zahra sedih, Arash ada untuk kembalikan senyuman Zahra. Susah senang kita sentiasa bersama. Jadi disini Arash nak melamar Zahra menjadi kekasih yang halal buat Arash. Arash akan sentiasa berada disisi Zahra. Hanya maut yang akan memisahkan kita. I love you sayang. Will you marry me?

Dari Arash yang paling hensem tulus ikhlas dari hati ❤

Habis sahaja Zahra membaca surat yang telah ditulis oleh Firash air mata Zahra tidak henti-henti mengalir. 'Ya Allah, Arash.' Zahra menekup mulutnya dengan sebelah tapak tangannya. Tidak mahu menghasilkan bunyi dari tangisannya.

Mata Zahra ditutup rapat. Kenangannya bersama Firash muncul dimindanya. Detik pertemuan mereka kembali menjengah di fikirannya. Walaupun matanya ditutup rapat, air matanya tetap sahaja merembes keluar.

Farah lantas memeluk tubuh Zahra. Farah tidak berkata apa-apa hanya megusap belakang Zahra untuk menyalurkan kekuatan. Tidak disangka olehnya bahawa Firash akan melamar Zahra. Jika Firash masih hidup sudah pasti hari ini ialah hari yang gembira buat Zahra.

Zahra masih tersedu-sedu menangis. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Lantas Zahra meleraikan pelukannya bersama Farah lalu pergi mendakap tubuh kembarnya.

Zaim membalas pelukkan Zahra. "Arash, Zaim. Arash. " Zahra menangis dia dalam pelukkan Zaim. "Dia lamar Zahra tapi dia dah takde. Apa patut Zahra buat?" Tangisannya semakin lebat.

Zaim mendakap tubuh Zahra dengan lebih erat. Kepala Zahra diusapnya. "Zaim tahu. Doakan arwah Firash tenang dekat sana and ditempatkan di syurga." kata Zaim.

Tubuh melorot ke bawah. Dadanya ditepuk perlahan. Rasa sakit mencengkam jiwanya. 'I love you too Arash. Sangat-sangat. I do. I want to be your wife Arash. Tapi Arash dah tak de. Arash dah tinggalkan Zahra. Selama-lamanya. What should I do Arash.'  Cincin yang berada di dalam kotak baldu tersebut diusapnya dan digenggamnya erat. Tidak mahu menghilangkan barang pemberian Firash yang paling berharga buatnya.

Farhan yang melihat keadaan Zahra tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melihat sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf kalau ada typo 😅

He's Not MineWhere stories live. Discover now