Bab 28

829 52 36
                                    

3 bulan kemudian.....

Krinngg!!!!!

Kedengaran bunyi loceng yang sangat nyaring menandakan tamat waktu persekolahan. Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 3 bulan berlalu. SPM pun makin menghampiri. Tetapi Zahra masih belum sedar.

Farhan mengemas buku-buku sekolahnya dan dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Seusai itu, Farhan menggalas begnya. Zaim dan Adam sudah pun berada di luar kelas.Mereka menunggunya di luar kelas. Cepatkan mereka sudah berada di luar kelas. Walhal, loceng baru sahaja berbunyi sebentar tadi.

Biasalah bagi pelajar. Siapa sahaja yang tidak suka balik awal. Semua orang suka. Farhan berjalan ke arah mereka. Farhan menepuk bahu Adam tanda jom gerak.

Mereka bertiga berjalan beriringan. Zaim? Ya, Zaim dan Farhan sudah berbaik. Zaim sedar bahawa semua yang berlaku adalah ketentuanNya. Siapalah kita hendak mempersoalkan setiap perkara yang dilakukanNya. Semua yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. Allah tidak akan saja-saja hendak melakukan sesuatu.

Zaim juga menyalahkan dirinya sendiri. Ialah, kalau dia dan Adam tidak mencabar Farhan supaya bercinta dengan Zahra. Pasti benda ini tidak akan terjadi.

Sampai sahaja di tempat letak kereta yang telah disediakan oleh pihak sekolah khas untuk pelajar, terdapat seorang gadis yang bersandar elok di pintu kereta milik Farhan.

Farhan mengeluh. Zaim yang menyedari akan hal itu, menepuk bahu Farhan. Menyuruhnya supaya bersabar. Lalu Zaim dan Adam bergerak ke kenderaan masing-masing. Zaim menaiki kereta manakala Adam menunggang motorsikal.

Merdina yang menyedari bahawa Farhan sedang menuju ke arahnya mula melambai-lambaikan tangannya sambil tersenyum.

Farhan membalas senyuman Merdina. Senyumannya agak hambar dan kelihatan seperti terpaksa.

Sampai sahaja di hadapan keretanya, Farhan ditegur dengan suara Merdina "Hari ini kita date jom." ajak Merdina sambil memaut lengannya dengan lengan Farhan.

Farhan menolak lembut. "We're at school Merdina." kata Farhan mengingatkan.

Date?

Ya, Farhan dan Merdina dah couple.

Hubungan mereka berdua dah 2 bulan lebih dah.

Nak tahu macam mana Farhan boleh couple dengan Merdina walaupun dia sedar yang dia dah tak cintakan Merdina tetapi Zahra yang dicintainya. so, ayuh kita Flashback. 😂😂

Flashback

5 hari selepas Zahra kemalangan.........

Seorang gadis sedang melihat keadaan di sekeliling luar bilik wad Zahra. Tengku Zahirah dan Tengku Mukhriz tidak berada di dalam bilik wad Zahra taktala itu kerana mereka sedang menunaikan solat fardhu asar. Zaim pula perlu berada di pusat tusyen.

Kalau boleh, Zaim tidak mahu pergi. Tetapi ibunya memaksnya untuk pergi. Kata ibunya dia lelaki. Perlu untuk dia berjaya dengan cemerlang untuk menjaga isteri dan anak-anaknya nanti. Memanglah susah senang sama-sama. Tapi tak akan la nak biar anak bini lapar. Makan pasir dan batu. Tak akan nak ulang balik. Buat malu je.

Jadi sekarang ini, bilik wad Zahra kosong. Tiada sesiapa. Tetapi risau juga lah gadis itu kalau tiba-tiba je doktor masuk.

Si gadis memasuki ke dalam bilik wad. Pintu dibuka dengan perlahan dan ditutup kembali. Dia menarik nafas yang panjang sebelum menghampiri Zahra yang masih terbaring kaku.

"Hye, kakak." ujar gadis itu atau senang cakap Merdina. Dia mengelus pipi Zahra yang masih terdapat kesan luka dan calar.

Merdina tersenyum sinis. Tangan yang mengelus pipi Zahra sebentar tadi mula bergerak ke arah alat bantuan pernafasan Zahra.

He's Not MineWhere stories live. Discover now