Bab 9

889 47 12
                                    

Zahra pun mula membongkokkan badannya untuk mengutip daun-daun kering yang berguguran.

Zahra mencari kelibat Merdina dan dia mendapati bahawa mamat poyo + annoying tu menolong Merdina mengutip daun-daun kering.

Pilih kasih rupanya...nasib bukan dia yang menjadi ketua pengawas. Berbanding Farhan, Zaim lebih layak kerana dia lebih pandai, tegas dan paling hot kat sekolah ni + paling handsome. ( Asal mamat hot je ketua pengawas kan. Tapi ketua pengawas sekolah author tak hot pun. hahaha 😂😂)

Zahra apa lagi, dia menghentak-hentakkan kakinya. Marah atau cemburu dia sahaja yang tahu.

Zahra meletakkan daun-daun kering yang dikutipnya di atas jalan tar. Selepas itu, dia melabuhkan duduknya.

Zahra menyusun sepuluh-sepuluh untuk memudahkannya mengira dedaun tersebut.

Satu minit selepas itu, Zahra mendapati bahawa ada dua orang manusia sedang duduk di hadapannya. Siapa lagi kalau bukan Merdina dan Farhan.

Zahra mengeluh dan lantas bangun.

Farhan POV

Aku menolong Merdina mengutip daun-daun kering. Aku bukannya nak pilih kasih namun kesian terhadap gadis itu. Merdina mana biasa buat kerja-kerja macam ni.

Lagipun, mana lah tahu dengan pertolongan aku, Merdina minta get back. Aku tersenyum sendiri.

Zahra ? 'Argghhhhh' Aku serabut. Di sini aku mahu meraih cinta gadis ini, di sana aku perlu menyempurnakan cabaran. Kalau tak, aku akan dilebel sebagai pengecut.

Aku tak nak dilebel sebagai pengecut. Jatuh maruah aku.

Selesai membantu Merdina mengutip daun-daun kering, aku dan Merdina berjalan menuju ke arah Zahra yang sedang tekun mengira.

Aku dan Merdina duduk di hadapannya. Tiba-tiba Zahra bangun. Aku mendongakkan kepala ke atas dan mendapati bahawa Zahra ingin berlalu pergi.

Aku dengan pantasnya memaut lengan Zahra.

End POV

Zahra lantas bangun dan ingin berlalu pergi. Hatinya berasa sakit sangat. Macam dihiris-hiris oleh pisau yang tajam dan akhirnya berkecai. Tak dapat di cantum semula. Korang pernah tengok tak hati ayam di potong ? Kalau dah potong tak boleh cantum balik kan ? Macam tu lah hati Zahra.

Belum sempat Zahra ingin berlalu pergi, Farhan dengan pantasnya memaut lengan Zahra.
Zahra menoleh ke belakang dan menarik lengannya. Agar terlerai pautan lengannya dan lengan Farhan.

Zahra meronta-ronta agar dilepaskan. Namun hampa, Farhan tidak melepaskan lengannya. Zahra membiarkan sahaja. Malas mahu bergaduh.

Apa tujuan Farhan mahu bercinta dengannya sedangkan lelaki itu masih mengejar ex-girlfriend nya.

Zahra dapat merasakan bahawa matanya terasa hangat menandakan sebentar lagi air matanya akan mengalir.

Zahra menundukkan wajahnya agar Farhan tidak melihat wajahnya yang ingin menangis. Farhan memandang Zahra dan mengeluh.

"Nak pergi mana ? Dah habis kutip ke belum ? Suka hati kau je nak blah !!" Farhan menenkingnya.

Zahra tidak tahu mengapa lelaki tersebut menenkingnya. Ingatkan mahu memujuknya. Hampeh...

"Sebab aku dah habis kutip la aku blah!!" Zahra menenking Farhan pula. Sesedap hati lelaki tu je nak tenking-tenking orang. Dia ingat aku ni apa. Sakit hati.

Melopong mulut Farhan apabila Zahra menenkingnya. Mana tidaknya, Zahra ialah seorang gadis yang lemah lembut dan pemalu. Mana pernah gadis itu menenking sesiapa.

Melihat mulut Farhan yang melopong, Zahra menarik lengannya dari pautan Farhan. Dengan hati yang membara Zahra melangkah meninggalkan tempat itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Okey tak bab ni ?
Hope readers sekalian like it.
Enjoy ye.
Jumpa bab yang seterusnya.
So, Farhan dan Zahra bergaduh.
korang mesti dah agak yang nanti diaorang akan berbaik semula. well cerita.
But, kalau korang nak tahu macam mana Farhan pujuk Zahra...kenalah tunggu next bab. okey 👌
Assalamualaikum.

He's Not Mineحيث تعيش القصص. اكتشف الآن