Bab 36

623 7 3
                                    

Sampai sahaja dia di rumah milik keluarga Zahra, dia lantas meluru masuk tanpa memberi sebarang salam.

Dia terlampau risau. Kekasih tercinta mestilah dia risau. Sudah lama mereka berdua bercinta dari umur 17 tahun lagi. Rasa cinta yang ada semakin hari kian mendalam. Sekali pun dia tidak pernah berasa bosan.

Firash berjalan laju menuju ke arah Zaim yang sedang berjalan ulang-alik di ruang tamu itu.

Berada sahaja di hadapan sahabatnya Zaim, dia memegang kedua-dua belah bahu sahabatnya itu.

Firash menarik nafas dan menghembusnya kembali sebelum memulakan persoalan yang sedang berlegar-legar di dalam mindanya.

" Macam mana ? Dah dapat call Zahra? " soal Firash.

" Macam tu la Firash. Tadi berbunyi juga bunyi tut tut tu, tapi sekarang dah masuk voicemail. Risau aku. " ujar Zaim kepada Firash.

" Ya Allah. " Firash meraup mukanya kasar. Patutlah dia berasa tidak sedap hati.

Dia melabuhkan duduknya di sofa sambil menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

Puan Zahirah yang tadinya sedang menangis kini bangun dan duduk melutut dihadapan Firash. Air matanya masih merembes keluar namun dia tidak peduli, dia hanya mahu anaknya kembali.

" Firash " panggilnya. Dia memegang kedua-dua belah lutut Firash.

"Ye mama?" Dapat Firash lihat riak kerisauan yang terpapar diwajah Puan Zahirah. Dia juga risau jiga ada sesuatu yang buruk kepada kekasihnya.

"Firash tolong mama. Cari Zahra dan Merdina. Mama risau. Mereka tak pernah tak balik rumah. " Air mata Puan Zahirah yang mengalir pantas diseka. Puan Zahirah memandang tepat anak mata Firash. Cuba menyampaikan pesanan untuk mencari anaknya.

"Mama jangan risau. Merdina pernah bagitahu Firash yang dia selalu rasa diekori. Firash ada letak device tracker pada phone Merdina dan handbag Merdina. Firash dah arahkan team Firash untuk cari untuk lokasi Merdina. Mama jangan risau ye. " Firash menggenggam tangan Puan Zahirah untuk memberi semangat buat si emak yang tengah bimbang akan keselamatan anaknya.

Firash membuat eye contact kepada Zaim untuk memujuk Puan Zahirah. Zaim pantas mengangguk. Zaim mendekati mamanya cuba untuk menenangkan hati tua si emak.

"Mama, dah la tu jangan nangis. Mama doa dan berserah je pada Allah. Insyaallah, semuanya baik-baik je mama. " Pantas tubuh tua si emak didakap kemas.

Firash yang melihat adegan itu turut tersentuh. Dia cuma sedang menunggu panggilan dari teamnya. Dia berharap lokasi Zahra dan Merdina dapat dikesan secepat yang mungkin.

Bunyi deringan telefon bimbit Firash menggamit perhatian seisi keluarga Zaim. Firash melihat nama yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Ianya dari kawan sekerjanya. Jantung Firash berdebar-debar untuk menjawab panggilan dari kawan sekerjanya. Sebelum mengangkat panggilan tersebut sempat dia berdoa bahawa keadaan Zahra dan Merdina baik-baik sahaja.

Zaim serta kedua ibu bapanya melihat Firash yang menjawab panggilan tersebut. Mereka berharap bahawa lokasi Merdina dan Zahra sudah berjaya ditemui.

Setelah tamat perbualan di telefon, Firash melihat raut wajah keluarga kekasihnya. " Alhamdulillah, lokasi mereka berjaya ditemui. "

Selepas sahaja Firash habis berbicara, seisi keluarga itu mengucapkan kata syukur yang tak terhingga kehadap Ilahi.

" Buat masa sekarang ni Firash akan berada di pejabat dulu. Firash akan berbincang dengan teammates Firash untuk tindakan selanjutnya. Apa-apa nanti Firash akan update pada Zaim. " Firash tersenyum pada Zaim yang hanya memerhatinya.

He's Not MineWhere stories live. Discover now